Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Apr 12, 2012

Pesanan Kepada Peserta BERSIH 3.0...!!!



Nota :

sila buat persiapan
sila beli tiket bas
sila beli tiket keretapai

datang awal ke kuala lumpur
anak muda sila tempah bilik
jika tidak tumpang rumah kawan
jika tidak sila bawa sleeping bag

ini ibu segala demo
ini datuk segala demo
kita akan membuat sejarah!

Bekas PM Yang Tak Jadi Pun Sokong BERSIH 3.0....!!!


KU LI NYATAKAN SOKONGAN PERHIMPUAN BERSIH 3.0 - MI

KOTA BHARU, 11 April — Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka, (Amanah) Tengku Razaleigh Hamzah menyatakan sokongan terhadap perhimpunan menuntut pilihan raya yang adil dan bersih, Bersih 3.0.

Veteran Umno itu menjelaskan, pihaknya menyerahkan kepada ahli Amanah untuk membuat penilaian dan memilih sama ada akan turut serta dalam perhimpunan yang bakal berlangsung di Dataran Merdeka 28 April depan.

“Saya serah kepada ahli-ahli Amanah untuk hadir pada perhimpunan tersebut pada 28 April ini,” kata Tengku Razaleigh, atau lebih dikenali sebagai Ku Li ketika menjawab soalan penonton pada Bicara UT6 – PRU-13 Perjuangan dan Amanah di Kelantan Trade Centre malam tadi.

“Kita mahu peranan media lebih adil dan bebas. Begitu juga dengan penggunaan jentera dan kakitangan kerajaan ketika pilihan raya tidak boleh disalahgunakan. Kita mahu pilihan raya benar-benar adil dan bebas.

Nota :

ku li ini memiliki
potensi untuk menjadi pm
dia pernah kena tipu oleh mahathir

tetapi ku li ini agak slooo sikit
baru sekarang nak bersuara

dalam politik....
lambat membuat keputusan
akan kena cicir

walau apa pun
sepang kederang mengalu-alukan
kenyataan ku li yang menyokong bersih

apa yang perlu dinyatakan
sejelas mungkin oleh ku li
ialah menggalak kan orang ramai
untuk turun ke dataran merdeka....

Kenyataan Media BERSIH 3.0


12 April 2012

Pesuruhjaya Pilihan Raya Mesti Letak Jawatan


BERSIH 2.0 menuntut ahli-ahli lembaga Pesuruhjaya Pilihan Raya ( SPR) meletak jawatan dengan serta merta. Ini kerana kerana mereka telah melemahkan integriti daftar pemilih. Mereka telah membiarkan penipuan dalam pilihan raya yang bakal dijalankan tidak lama lagi berterusan.

Lembaga Suruhanjaya Pilihan Raya yang wujud pada hari ini tidak lagi diyakini dan dipercayai oleh orang ramai dan rakyat Malaysia.

BERSIH 2.0 bertegas bahawa Pesuruhjaya Pilihan Raya telah dipertanggungjawabkan untuk membersihkan daftar pemilih. Terdapat lebih dari 400,000 pengundi yang disyaki. Nama-nama pengundi yang disyaki ini telah ditemui oleh Malaysian Electoral Roll Analysis Project (MERAP).

Perkara ini mesti diselesaikan sebelum Pilihanraya Umum yang akan datang.

Lebih memeranjatkan lagi, penipuan terus-menerus dirancang. Kerja jahat ini telah diketahui oleh orang ramai. Ianya tidak dapat disorokan lagi. Penipuan ini telah menerima teguran Jawatan Kuasa Pilihan Khas (JKPK) tentang penambahbaikan pilihan raya. Beberapa kes penipuan yang dirancang jelas kelihatan. Berikut adalah contoh:

1. Dalam suku tahun terakhir 2011, tiada kematian dilaporkan di bawah Code 33 di Sabak Bernam, Sungai Besar, Hulu Selangor, dan Tanjong Karang. Namun demikian, banyak sijil kematian telah dikeluarkan di tempat-tempat tersebut pada suku tahun itu. (Suku tahun keempat 2011)
2. Pendaftaran dua kali ditemui ketika 15,520 pengundi di Sabah dan 8,585 pengundi di Sarawak didaftarkan semula di Selangor. (Suku tahun pertama 2012)
3. Masih terdapat lebih 15 orang didaftarkan sebagai pengundi dalam sebuah rumah. (Suku tahun pertama 2012)
4. Di Selangor sahaja, sebanyak 7,841 pengundi didaftarkan di bawah Code 71, code ini untuk warganegara dilahirkan di luar negara (Suku tahun pertama 2012). Siapa mereka ini?

Hasil penyelidikan MERAP telah mengenal pasti 10 masalah pokok. Pekara ini berkaitan khususnya dengan daftar pemilih. Terdapat nama pengundi pasangan tentera/polis yang jentinanya – dari lelaki jadi perempaun kemudian jadi lelaki dan kemudian jadi perempuan kembali. Terdapat juga pengundi pos - anggota polis dan tentera - yang terlalu tua dan pasti telah bersara. Jantina pengundi yang berubah-ubah ini amat-amat disyaki.

Hasil penyelidikan ini juga memperkukuh lagi keperluan untuk membersihkan daftar pemilih sebelum Pilihan Raya Umum dijalankan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terbukti telah gagal menjalankan tanggungjawab untuk memastikan pilihan raya yang bersih dan adil. SPR bukannya menjamin ‘satu orang satu undi’, sebaliknya SPR telah bersekongkol dalam penipuan yang diterangkan di atas.

Membiarkan ahli lembaga Pesuruhjaya Pilihan Raya sekarang terus bertugas hanya akan menjadikan pilihan raya umum yang akan datang ini terkotor, tidak adil dan tidak demokratik.

Lebih memeranjatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah gigih menyekat penambahbaikan pilihan raya dengan tidak menghiraukan sepenuhnya tujuh (7) lagi tuntutan BERSIH 2.0. Misalannya, SPR enggan mengiktiraf pengudi di seberang laut sebagai pengundi yang sah, dan enggan menerangkan secara jelas dan telus proses dan kriteria untuk pengundi pos dan pengundi awal. Jelas SPR tidak jujur untuk menambah baik sistem dan proses pilihan raya.

Oleh itu, BERSIH 2.0 menggesa ahli lembaga Pesuruhjaya Pilihan Raya agar meletak jawatan serta merta. Mereka wajib digantikan dengan ahli lembaga yang baru yang sanggup bertindak untuk memastikan pilihanraya akan dijalankan secara bersih dan adil.

Dengan bangganya BERSIH 3.0 mengumumkan kempen DUDUK BANTAH nasional dan antarabangsa telah meningkat dan mengampuh. Bandar raya dan bandar di seluruh dunia yang akan mengadakan DUDUK BANTAH adalah seperti dalam Lampiran 1.

BERSIH 2.0 menyeru seluruh rakyat agar bangkit dan menyertai DUDUK BANTAH BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka - ditempat lain dalam negara dan di kota-kota dunia pada 28 April 2012. Masa depan negara adalah tanggungjawab kita semua.

Salam BERSIH 2.0!
Jom mengundi!


NOTA:

cukup jelas bahawa spr
adalah lembaga jahat
yang menipu dan merancang
untuk memastikan gerombolan
akan terus berkuasa

jawapannya ialah :-
wajib 500 ribu turun
ke dataran merdeka
kita ajar SPR bagaiman untuk
buat baik dan adil!

28 April Ini Adalah Ibu Segala Demo....!!!


Dataran Merdeka pada Sabtu 28 April 2012 ini akan menjadi sasaran 500 ribu penunjuk persaan. Lima ratus ribu warga Malaysia akan berkumpul di Dataran Merdeka untuk Duduk Bantah.

Duduk Bantah di Dataran Merdeka adalah IBU segala tunjuk perasaan. Ini adalah ibu segala demo. Ini adalah ibu segala bantahan. Duduk Bantah di Dataran Merdeka ini adalah tanda bantahan rakyat. Rakyat membantah kerana pilihan raya yang akan datang ini telah terbukti sebagai satu projek penipuan.

Pada 9 Julai 2011 tahun lalu Bersih 2.0 yang menjadi payung kepada lebih dari 60 buah Ngo telah mengajukan 8 Tuntutan. Dari lapan tuntutan ini hanya pengunaan dakwat kekal yang telah diterima. Tujuh lagi tuntutan Bersih telah dibakul sampahkan. Pengunaan dakwat kekal ini pun masih belum ada kepastian lagi.

Rakyat pada ketika ini sedang naik darah apabila diberitahu bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya sedang merancang dengan licik untuk terus menipu orang ramai. Kepada mata orang ramai lembaga SPR dilihat sebagai satu jabatan yang sedang berkerja keras untuk memastikan kuasa kekal ditangan United Malays National Organisation.

PODCAS : MARIA MAHU SASARAN 500,000 KE DATARAN MERDEKA-MK

Salah seorang pengasas BERSIH Maria Chin Abdullah mempertahankan sasaran mendapatkan 500,000 rakyat turut berhimpun pada 28 April ini bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil.

Dalam siri podkas dengan perunding media Oon Yeoh, Maria turut bercerita tentang pilihan raya umum akan datang, kegiatannya bersama NGO hak wanita Empower dan sama ada beliau akan terjun ke gelanggang politik.

Dengarkan podkas 12 minit dengan mari di sini.

http://oonyeoh.podbean.com/wp-content/plugins/podpress/podpress_backend.php?podPressPlayerAutoPlay=yes&standalone=yes&action=showplayer&pbid=0&b=115320&id=2690704&filename=http://oonyeoh

Mari Kita dapatkan Baju BERSIH 3.0 Sekarang....!!!


Perniagaan kecil pra-BERSIH 3.0 bermula-MK

Sejurus selepas tarikh BERSIH 3.0 diumumkan minggu lagu, pelbagai perniagaan kecil, terutamanya penjualan kemeja-T perhimpunan itu kini muncul di Internet.

Bukan sahaja 'baju kuning' BERSIH, turut juga dijual kemeja-T hijau kumpulan anti-Lynas yang mahu menjadi "tsunami dalam lautan kuning" di Dataran Merdaka pada 28 April ini.

Semakan di laman sosial Facebook mendapati sekurang-kurangnya lima jenis kemeja-T BERSIH 3.0 dijual dalam perbagai desain, walaupun gabungan itu mengeluarkan kemeja rasmi mereka.

Bagaimanapun, baju-baju yang dijual masih mengekalkan logo sama dan dijual antara RM15 hingga RM30 setiap satu.

Kenyataan Media....!!


SOLIDARITI HIJAU SEMALAYSIA – STOP LYNAS 10 APRIL 2012 (SELASA)

Pengumuman senarai lokasi bagi mobilisasi kempen Solidariti Hijau SeMalaysia
Himpunan : Solidariti Hijau SeMalaysia - Stop Lynas
Pada : 13 April 2012
Masa : Selepas Solat Jumaat (1.30PM-3PM)

TIMBALAN PRESIDEN PAS, TN.HAJI MOHAMAD SABU AKAN BERSAMA-SAMA DALAM HIMPUNAN INI DI DATARAN SHAH ALAM.

JAWATANKUASA SOLIDARITI HIJAU SEMALAYSIA STOP LYNAS DIPENGERUSIKAN OLEH TN.HAJI ZULKEFLY MOHAMAD OMAR, PENGERUSI LAJNAH ALAM SEKITAR PAS PUSAT/AJK PAS PUSAT.

SEMUA WAKIL PIMPINAN PAS NEGERI DAN WAKIL NGO AKAN MEMIMPIN HIMPUNAN DI SETIAP NEGERI DISELURUH NEGARA.

Merujuk kenyataan media kami keluarkan pada 4 April 2012 lalu dalam sidang akhbar di Mahkamah Jalan Duta, maka pada hari ini gabungan dalam Solidariti Hijau SeMalaysia - Stop Lynas (SHS-SL) dengan sukacita mengumumkan lokasi-lokasi perhimpunan aman Solidariti Hijau SeMalaysia - Stop Lynas dijadualkan akan diadakan di seluruh negara pada 13 April 2012, selepas sembahyang Jumaat.

Berikut adalah senarai lokasi perhimpunan aman Solidariti Hijau SeMalaysia - Stop Lynas:
Bil. Negeri Lokasi * Catatan
1. Selangor & KL Dataran Shah Alam (Berhampiran MBSA), Shah Alam
2. Pahang Masjid Al-Fatah, Batu 3, Kuantan, Pahang.
3. Perak Tapak kilang ARE Bukit Merah, Menglembu, Perak. 3.00 petang.
4. Pulau Pinang Masjid Permatang Janggus, Permatang Pauh, P. Pinang.
5. Terengganu Masjid Pengadang Baru, Kuala Terengganu, Terengganu.
6. Melaka Masjid Al Azim, Melaka
7. Johor Masjid Daerah Batu Pahat, Batu Pahat, Johor.
8. Kedah Dataran Jam Besar, Sungai Petani, Kedah.
9. Negeri Sembilan Taman Tasik Seremban, Hadapan Masjid Negeri, Seremban.
10. Kelantan Dataran Ilmu, Kota Bharu, Kelantan 10.30 pagi **
11. Sarawak Masjid At Takwa, Miri, Sarawak.

Nota: * Semua nama masjid dinyatakan dalam senarai di atas hanya sekadar merujuk nama masjid sebagai petunjuk lokasi terhampir dari tempat sebenar perhimpunan telah dirancang. Pihak SHS-SL sama-sekali tidak pernah merancang apa-apa perhimpunan yang kononnya bakal diadakan di dalam kawasan mana-mana masjid.

** Himpunan di Kelantan akan dimulakan selepas kuliah mingguan Tok Guru Nik Abdul Aziz pada jam 10.30 pagi. Kecuali bagi Kelantan dan Perak, semua himpunan akan bermula selepas solat Jumaat.
Kami menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia yang prihatin supaya menyertai himpunan aman Solidariti Hijau SeMalaysia - Stop Lynas ini yang akan diadakan di seluruh negara, selepas solat Jumaat pada 13 April 2012.

Matlamat inisiatif Solidariti Hijau SeMalaysia - Stop Lynas menganjurkan himpunan soldariti di seluruh negara sejak pertama kali dianjurkan pada 26 Februari lalu (tanda solidariti mendukung Himpunan Hijau 2.0 di Kuantan) adalah untuk mengangkat kesedaran alam sekitar dan perjuangan penduduk kampung di Gebeng dan Kuantan itu agar menjadi sebuah kempen berkenaan alam sekitar yang besar dan penting –isu penting di peringkat nasional-- yang mampu menarik keprihatinan seluruh rakyat di seluruh pelosok negara.

Perhimpunan aman solidariti di seluruh negara ini juga sekaligus bertujuan untuk mematahkan putar-belit pihak tertentu yang cuba memomokkan bahawa kempen Hentikan Lynas ini cuma sekadar isu terpencil yang hanya melibatkan masalah tempatan penduduk Kuantan semata-mata.

Selain mahu menjadikan aksi solidariti ini sebagai sebuah medan membangkitkan kesedaran alam sekitar di kalangan rakyat Malaysia, himpunan aman Solidariti Hijau SeMalaysia - Stop Lynas kali ini
juga adalah penting dan membawa kesan besar (significant) bukan saja terhadap dinamika gerakan rakyat serta perjuangan alam sekitar di negara ini pada amnya, malah secara khususnya himpunan
pada 13 April ini juga bakal menjadi isyarat jelas menunjukkan pendirian tegas rakyat Malaysia dalam beberapa persoalan berkaitan, seperti berikut:

1) Demonstrasi rakyat menolak PSC
– Perhimpunan aman Solidariti Hijau SeMalaysia - Stop Lynas adalah medan untuk rakyat menyatakan pendirian mereka menolak sepenuhnya tindakan pemerintah menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berkaitan Lynas, berdasakan alasan-alasan berikut:

a). Penubuhan PSC hanyalah satu lagi tipuhelah untuk melengah-lengahkan keperluan mendesak bagi kerajaan supaya segera mengambil keputusan menghentikan projek Lynas sejajar tuntutan rakyat.

b). PSC ditubuhkan untuk tujuan mengalihkan tumpuan kritikan dan perhatian –dari pusat kuasa pemutus di Putrajaya, kearah jawatankuasa lemah dan tanpa kuasa– dengan matlamat utama
menyediakan ruang (kononnya, sebagai saluran sah) bersuara supaya dapat meredakan penentangan lantas menyejukkan kemarahan rakyat.

c). Penubuhan PSC ini hanyalah sebagai fait accompli ** untuk meluluskan sahaja loji bernilai RM700 juta itu. Persoalannya ialah kenapa hanya setelah projek itu hampir 95 peratus selesai dan setelah syarikat Lynas dianugerahkan Temporary Operating Licence (TOL) baru ditubuhkan jawatankuasa yang kononnya untuk mengkaji kes ini.

** Fait accompli literally translates into fact accomplished.
In English, (and in French) fait accompli means a course of events that has already been completed and cannot be undone, or something that has been decided and is, therefore, a done deal.

2) Reaksi rakyat terhadap keputusan Semakan Kehakiman pada 12 April 2012
– Memandangkan keputusan penghakiman semakan kehakiman berhubung pemberian lesen operasi sementara (TOL) kepada Lynas akan diumumkan mahkamah pada 12 April 2012 (Khamis), maka himpunan Solidariti Hijau SeMalaysia - Stop Lynas yang secara kebetulan bakal diadakan pada keesokan harinya (13 April 2012) sewajanya sesuai sebagai tempat menyatakan tindakbalas atau reaksi sebenar majoriti rakyat (terhadap keputusan penghakiman itu nanti), petanda menyokong tindakan berani plaintif (10 orang penduduk Kuantan) mewakili kepentingan secara tidak langsung seluruh rakyat Malaysia dalam tuntutan mereka.

3) Membina momentum dan sokongan menjelang Himpunan Hijau 3.0 & Bersih 3.0
– Himpunan aman Solidariti Hijau SeMalaysia - Stop Lynas yang telah dirancang dan diumumkan tarikhnya lebih awal sebelum ini adalah atas niat murni untuk membantu mencetuskan gelombang hijau-kuning serta membina momentum sokongan seluruh rakyat prihatin supaya menyertai Himpunan Hijau 3.0 dan Bersih 3.0 yang akan diadakan serentak pada 28 April 2012. Maka, kami menyeru semua pihak mahupun persatuan, kumpulan, pertubuhan serta semua badanbadan masyarakat sivil tanpa mengira latar tuntutan perjuangan masing-masing perlu untuk berpadu suara dan tenaga segera bersama menyatakan dukungan dengan menyertai kempen Bersih 3.0 – sebuah gerakan rakyat menuntut sistem pilihanraya bersih dan adil.

Dengan ini, sekali lagi kami merayu kepada semua Anak Bangsa Malaysia supaya menyokong dengan sepenuh hati dan menyertai gerakan solidariti rakyat di seluruh negara ini dalam perjuangan rakyat HENTIKAN LYNAS dan SELAMATKAN MALAYSIA kerana projek Lynas bakal membahayakan kesihatan bukan sahaja terhadap penduduk Gebeng di Kuantan malah juga keselamatan dan kesihatan seluruh rakyat Malaysia.

Dikeluarkan oleh,
Solidariti Hijau SeMalaysia - Stop Lynas (SHS-SL)
(Menyatakan hasrat sertai inisiatif, sokongan atau sebarang pertanyaan, sila hubungi SHS-SL melalui
telefon:03–79827101, fax:03-79829097, emel: asalkanbukanumno@gmail.com)


Senarai organisasi bergabung bersama mendukung inisiatif (endorsees):
1. Badan Bertindak Anti-Rare Earth (Badar)
2. Stop Lynas Coalition (SLC)
3. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI)
4. Parti Sosialis Malaysia (PSM)
5. Asalkan Bukan Umno (ABU)
6. Parti Rakyat Malaysia (PRM)
7. Himpunan Hijau
8. Green Clean World
9. Federation of Volunteers, Malaysia
10. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
11. Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM)
12. National Indian Rights Action Team (NIAT)
13. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
14. Malaysian Indian Progressive Association (MIPAS)
15. People's Green Coalition
16. Angkatan WargaAMAN Malaysia
17. People's Welfare & Rights Coalition (POWER)
18. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
19. Malaysian Indians Transformation Action Team (MITRA)
20. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
21. Malaysian Indian Youth Council (MIYC)
22. Jaringan Aktivis Alam Sekitar Perak
23. Federation of Malaysian Indian Organisation (PRIMA)
24. Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)
25. Association for Malaysian Indians of Kelantan Origin (SOKMO)
26. Rumah Anak Teater (RAT)
27. Malaysian Indian Student Association (MISA)
30. Consumers' Association Of Penang (CAP)
29. Save Teluk Rubiah
30. Perak Green Pioneer
31. Bangkit Malaysia"