Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Mar 11, 2012

Altantuya Return.....!!


Siasat semula kes Altantuya – Mat Zain-Keadilandaily

KUALA LUMPUR 9 Mac: Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim menggesa polis membuka semula siasatan kes pembunuhan wanita Mongolia, Antantuya Shaariibuu kerana “banyak perkara yang tidak kena” dalam kes itu.

Selain itu katanya, berlaku “penyembunyian bukti material dan juga manipulasi” dalam perjalanan kes berkenaan yang menyebabkan penganalisis politik Abdul Razak Baginda dibebas daripada tuduhan bersubahat.


Dua lagi tertuduh dalam kes itu, Insp Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar didapati bersalah oleh mahkamah dan dijatuhkan hukuman mati.

Mengulas lanjut, Mat Zain berkata, polis mempunyai kuasa dan justifikasi untuk melihat semula keseluruhan siasatan mereka untuk mencari bukti.

“Tiada (pihak) yang mempunyai kuasa untuk menghalang polis daripada menjalankan tugas mereka. (Peguam Negara) Tan Sri Abdul Gani Patail pun tidak boleh (halang).

“Seorang pegawai polis boleh menahan, tanpa waran, mana-mana orang yang menghalang mereka,” katanya dalam kenyataan seperti dilapor Malaysiakini hari ini.

Walaupun peguam negara berkuasa menamatkan prosiding jenayah itu, namun Ghani Patail katanya tiada kuasa memusnahkan bukti.

“Peguam Negara mungkin mempunyai kuasa untuk memulakan, menjalankan atau menamatkan apa-apa prosiding jenayah namun beliau tidak berkuasa untuk memalsukan, memanipulasi, menyembunyikan atau memusnahkan bukti pada bila-bila yang dia suka.

“Fahami juga bahawa IGP (ketua polis negara) bukannya pak turut AG dan bahawa polis boleh berfungsi secara bebas tanpa perlu menyesuaikan siasatan menurut kehendak AG,” katanya lagi.

Tambahnya, pendakwaan dan hukuman ke atas Azilah dan Sirul Azhar mungkin dijalankan berdasarkan “bukti palsu” yang diakui Abdul Razak dan seorang saksi dalam kes berkenaan, penyiasat persendirian P Balasubramaniam.

Dalam penghakiman kes itu, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohd Zaki Md Yasin tidak menyentuh secara langsung mengenai motif dua anggota polis yang dijatuhi hukuman itu selain membebaskan Razak Baginda.

Razak Baginda ialah kenalan rapat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di mana penganalisis politik itu pernah mengarahkan Musa Safri yang merupakan Ketua Pengawal Peribadi Najib untuk menangani Altantuya, seperti apa yang didakwanya, wanita itu mengugut beliau.

Siapa Sebenarnya Yang Bodoh.....??


Menteri Besar Pahang, Datuk Adnan Yaakob hari ini naik angin terhadap wartawan akhbar berbahasa Cina, dengan berulang kali memanggil mereka “bodoh” kerana melaporkan kenyataan yang dikatakan dibuat olehnya bahawa sisa radioaktif Lynas boleh dibuang ke dalam Sungai Lembing.

Menurut laporan di beberapa akhbar berbahasa Cina, Adnan juga menolak kamera yang dipegang oleh seorang jurugambar yang sedang mengambil gambarnya yang sedang naik angin itu.

Beliau kemudian mencabar jurugambar tersebut supaya menyiarkan gambar esok dan mewujudkan saat yang janggal sewaktu sidang akhbar di Kuantan itu.

Tiga wartawan kemudiannya memutuskan untuk meninggalkan sidang akhbar tersebut.

Semuanya bermula apabila Adnan secara tiba-tiba membangkitkan kontroversi loji nadir bumi Lynas, yang dijadual memulakan operasi berhampiran dengan Gebeng, selepas beliau merasmikan sebuah pesta buku di Kuantan hari ini.

Adnan memberitahu wartawan bahawa beliau tidak pernah mencadangkan sisa radioaktif itu dibuang ke dalam Sungai Lembing, dan berkata ia hanyalah satu contoh yang diberikan oleh Ketua Pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), Datuk Raja Abdul Aziz Raja Adnan pada satu majlis makan malam.

Katanya, Raja Abdul Aziz berkata terdapat banyak gua di Malaysia yang boleh dijadikan tapak pelupusan sisa seperti di Sungai Lembing.

Dengan nada tinggi, Adnan berkata, beliau tidak pernah kata bahan tersebut boleh dibuang di Sungai Lembing.

Sungai Lembing merupakan sebuah bandar lombong bijih timah yang terletak kira-kira 40km di barat laut Kuantan. Hari ini, kebanyakan lombong bawah tanah di situ tidak lagi beroperasi.

Adnan turut dimarahi Kuantan MP Fuziah Salleh – salah seorang penentang kuat pembinaan kilang Lynas.

“Awak lapor saya kata begitu. Jika MP PKR Kuantan, Fuziah Salleh mengatakan perkara yang sama, maka dia juga bodoh. Semua akhbar Cina dan wartawan yang melaporkan berita itu adalah bodoh.

“Mereka boleh saman saya! Saya juga boleh saman mereka.”

Apabila seorang wartawan cuba untuk menerangkan kepadanya, Adnan menyampuk: “Tidak perlu hendak jelaskan. Saya terima SMS yang mengatakan akhbar Cina melaporkan saya mencadangkan sisa itu dibuang ke Sungai Lembing..

“Anda lapor tanpa mengesahkannya sendiri, ini adalah benar-benar bodoh.” – Malaysiakini

Walauapapun...Hidup Mesti Di Teruskan...!!


'Suami saya tidak ganas', kata isteri imam Hoslan - MK

Isteri kepada Hoslan Hussin yang dijatuhkan hukuman penjara setahun di atas kesalahan menghina mahkamah kerana melemparkan seliparnya ke arah panel hakim, menyifatkan suaminya bukan seorang yang ganas seperti yang didakwa.

Noorliza Mat Isa, 43, berkata, Hoslan yang merupakan seorang imam juga tidak pernah sesekali memarahi dan memukul anak-anaknya.

Malah, Noorliza menambah, suaminya itu juga bukan seorang panas baran.

"Suami saya tidak ganas seperti yang hakim kata. Dia marah saya, anak-anak pun tidak. Saya dah berkahwin dengan dia 17 tahun, saya tahulah. Pukul anak-anak pun dia tak pernah.

"Cuma dia seorang yang tegas bila melibatkan soal agama," katanya ketika ditemui Malaysiakini di rumahnya malam tadi

Kelmarin, Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas Hoslan.

Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin ketika menyampaikan hukuman dilaporkan berkata, penjara setahun adalah hukuman setimpal bagi kes berkenaan.

Beliau juga mendapati Hoslan tidak menunjukkan imej seorang imam yang berbudi pekerti tinggi sebagai seorang yang menyandang jawatan keagamaan.

Sebaliknya, tindakan imam itu menunjukkan sikap "angkuh, biadap, riak, ganas dan langsung tidak menghormati institusi (kehakiman)," kata Zulkefli.

Dalam pada itu, menceritakan detik-detik ketika mendengar hakim menjatuhkan hukuman terhadap Hoslan, Noorliza berkata, dirinya sememangnya sudah bersedia menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku.

Sambil menganggap hukuman yang dijatuhkan tidak adil, Noorliza turut mengatakan tindakan suaminya melemparkan selipar sebagai satu tindakan yang wajar.

"Tetapi apa pun, saya mengharapkan agar hukumannya diringankan atau singkatkan tempoh hukuman itu.

"Saya memang bergantung semuanya pada dia (Hoslan). Bila dia tiada, saya memang terasa sangat. Saya tak pandai memandu dan gaji saya kecil, RM750 sebulan. Memang tak cukup untuk menampung tujuh anak saya yang masih sekolah.

"Sebelum ini semuanya suami yang buat. Jadi, sekarang saya perlu berdikari. Tempoh setahun bukan sekejap... Tetapi walau apa pun, saya redha dan menganggap ini sebagai ujian," kata Noorliza yang bertugas sebagai pembantu guru PASTI.

Hasil perkahwinan Hoslan dan Noorliza, mereka dikurniakan tujuh orang anak, masing-masing berumur 16, 15, 14, 12, 11, 8 dan 6 tahun.

Hoslan berasal daripada Slim River dan dibesarkan di Kampung Pandan manakala Noorliza dari Sungkai, Perak.

Hoslan dan Noorliza merupakan ahli PAS seumur hidup sejak tahun 1998 sehingga kini.

Menurut Noorliza, anaknya yang sulung kini belajar di Kuantan dan yang kedua di Klang. Manakala anak yang ketiga pula di Kelantan. Selebihnya mereka bersekolah di sebuah sekolah rendah agama swasta berhampiran dan di PASTI tempat beliau bekerja.

Selain itu, Noorliza turut menambah, beliau bersyukur kerana mempunyai anak-anak yang memahami walaupun masih kecil.

Katanya, dari awal lagi beliau telah menceritakan dan memberitahu
kepada semua anaknya bahawa bapa mereka tidak bersalah dan apa yang dilakukannya merupakan satu perjuangan.

"Saya kumpulkan anak-anak, saya ceritakan pada mereka yang ayah tak salah. Itu semua perjuangan. Alhamdulillah mereka faham. Cuma yang bongsu kadang-kadang tanya bila ayah nak balik.

"Nak kata sedih, memang saya sedih. Tapi anak-anaklah penguat saya," katanya.

Sementara itu, semalam, Pemuda PAS mensasarkan RM20,000 kutipan derma bagi tabung membantu keluarga Hoslan.

Dan hari ini, Muslimat PAS berkata akan menyumbang RM800 sebulan selama setahun kepada Noorliza untuk membantunya membesarkan anak-anaknya.

Sehubungan itu, Noorliza berkata, beliau amat berterima kasih
kepada pihak yang ingin membantu dan menganggapnya sebagai pendorong bagi dirinya untuk menjadi lebih kuat dan hidup berdikari sementara suaminya di dalam penjara.

"Bagi yang nak membantu saya sangat mengalu-alukan kerana memang tak cukup untuk saya menyara anak-anak saya dengan duit gaji yang ada. Saya ucapkan terima kasih banyak-banyak," ujarnya.

Bagi yang ingin menderma terus kepada Noorliza, boleh menderma ke akaun CIMB- 12530022498528 atas nama Noorliza Mat Isa.

Berhiburlah Cara Islam...Pakat Mari Ramai-Ramai....!!

Rakyat Tranung Makin Rosak Di Bawah UMNO/BN....!!


Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) terpanggil untuk mempersoalkan sejauhmana sebenarnya Kerajaan Negeri Terengganu serius dan mengambil berat dalam menangani permasalahan sosial yang melanda anak-anak muda di Negeri Terengganu pada hari ini.

DPPNT melihat akhir-akhir ini pelbagai program berbentuk Konsert Hiburan diadakan hampir di seluruh negeri. Terbaru BIG JAM 2012 yang akan diadakan pada 10 Mac ini di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu.

Penganjuran sesebuah konsert, bukanlah menjadi satu kesalahan. Malah jika kena dengan caranya, ianya boleh mendatangkan manfaat.

Bagaimanapun, berkenaan dengan BIG JAM 2012 ini, DPPNT melihat ianya hanya bertumpu kepada hiburan semata-mata. Malah dibimbangi menjurus kepada hiburan melalaikan memandangkan konsert ini bermula seawal jam 2 petang dan berakhir sehingga jam 12 malam. Di sana juga dibimbangi berlaku pergaulan bebas, pendedahan aurat, perlakuan sumbang dan sebagainya.


Kita baru sahaja meninggalkan ‘bulan Maulud’. Hampir setiap hari di sana-sini berselawat, tidak kurang juga yang mengambil kesempatan berarak. Pelbagai sepanduk, kain rentang diusung bagi menunjukkan semangat. Semuanya dilakukan bagi menunjukkan cinta dan kasih kepada Rasulullah S.A.W. Apakah cinta dan kasih kita sebagai Umat Muhammad hanya untuk sebulan?

DPPNT juga mempersoalkan sejauh mana garis panduan sesuatu program hiburan dibenarkan diadakan di Negeri Terengganu. Apakah tiada peraturan yang boleh mengawal atau memandu sesuatu program hiburan yang ingin diadakan supaya lebih bermanfaat dan lebih sihat untuk dinikmati?

Akhirnya, DPPNT mencadangkan supaya program-program umum yang melibatkan kehadiran muda-mudi seperti konsert ini diasingkan tempat penonton lelaki dan wanita. Ini bagi mengelakkan pergaulan bebas dan memastikan wanita yang hadir dapat menjaga dirinya dari diambil kesempatan oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab.

Muhammad Zaidan Abdullah
Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu

ANAK : Felda Kini Umpama Ceti...!!


DUNGUN – Pengerusi Anak-anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Negeri Terengganu,Shalahuddin Jaafar, berikrar akan berjuang habis-habisan membela nasib dan masa depan yang lebih baik bagi anak-anak peneroka generasi kedua dan ketiga.

Katanya, nasib 112, 000 peneroka seluruh negara kini terancam akibat tindakan-tindakan Felda, khususnya tindakan terbaru, mahu menyenaraikan Felda ke bursa saham.

“ada 112, 000 peneroka di seluruh negara yang nasib mereka tidak menentu, (Anak) telah (akan) bersatu memperjuangkan nasib generasi kedua dan ketiga,

“kerana isu-isu (tindakan Felda) pada hari ini, mengancam masa depan warga Felda dan generasi kedua (serta) ketiga,”ujarnya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Anak Negeri Terengganu di Felda Kerteh 2, Jumaat 9 Mac.

Menurutnya, tindakan pertama yang akan dilakukan selepas pelancaran, Anak Terengganu akan bertemu dan menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Said.

Katanya, memorandum tersebut adalah untuk menggesa kerajaan negeri supaya tidak menyerahkan tanah kepada Felda Global Venture Holding (FGVH) untuk digadaikan apabila penyenaraian dibuat.

Beliau menegaskan, bukan sahaja warga dan generasi anak-anak Felda yang menolak penyenaraian Felda, bahkan para pegawai Felda turut menolak cadangan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) itu.

Beliau turut menyelar sikap Felda yang kini tidak lagi mengutamakan kebajikan warga Felda tetapi sudah menjadi sebuah badan koperat yang mengutamakan keuntungan semata-mata.

Beliau berkata walaupun pihak Umno dan BN mendakwa Felda adalah sebuah organisasi yang kaya, namun warga Felda terpaksa meminjam untuk melaksanakan pembangunan dan mendirikan rumah.

“Orang bercakap Felda kaya, tapi nak baiki jalan ladang susah (kena buat pinjaman dengan Felda) nak buat rumah kena pinjam, nak beli saham KPF (Kopeasi Peneroka Felda) kena pinjam,

“(pinjaman KPF) interest (kadar bunga) 6% lebih tinggi daripada (kadar interest pinjaman) bank,”jelasnya.

Menurutnya, sikap Felda kini tidak ubah umpama ‘ceti’, meletakkan kadar pinjaman yang tinggi tanpa mempertimbangkan keadaan hidup para peneroka Felda.

Pelancaran Anak Peringkat Neegeri Terengganu telah disempurnakan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Beliau telah menerima penyerahan sebanyak 206 keping borang permohonan generasi kedua dan ketiga Felda telah mendaftar sebagai ahli Anak, pada hari pelancaran terbabit.

Turut hadir adalah Pengerusi Anak Kebangsaan yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman, Timbalan Psuruhjaya PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat dan Pengerusi NGO Waris, Ustaz Roslan Ismail

Kami Tetap Berdiri Teguh Di Belakangmu......!!


Isu dalaman kerajaan pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat yang berlaku di Kedah belum lagi reda tiba-tiba timbul pula polemik pandangan supaya jawatan Timbalan Presiden PAS boleh dipegang oleh orang bukan Islam.

Tetapi Alhamdulillah, lega apabila melihat dan meneliti kenyataan Mursyid Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyatakan dengan tegas bahawa sesiapa sahaja boleh memimpin PAS selagimana dia adalah orang Islam dan salih tanpa mengira apa bangsa dan keturunannya.

Bagi ahli bawahan bukan sahaja yang tinggal di bandar bahkan yang tinggal di kampung-kampung seperti saya polemik-polemik seperti ini membimbang dan merungsingkan mereka kerana bagi mereka isu-isu seperti ini sudah selesai kerana kemasukan dan intima mereka ke dalam PAS bukan sahaja melihat PAS itu sebagai sebuah parti politik tetapi sebagai sebuah jamaah dan gerakan Islam yang mewakili umat Islam di negara ini khususnya.

PAS diakui sebagai sebuah Jamaah Islam dan wadah kepada perjuangan umat Islam di negara ini, adalah satu dari mata rantai Gerakan Islam seluruh dunia yang ditubuhkan bagi memenuhi tuntutan tajdid selepas kejatuhan Khilafah Islamiyyah di Turki. Ia bersama-sama dengan Ikhwan Muslimin di Mesir, Jemaat Islami di Indo-Pak, Parti Saedat di Turki, HAMAS di Palestin dan lain-lain harakah Islam di seluruh dunia, mendukung perjuangan Islam dan bangun bersama Islam dan merealisasikan corak hidup Islam.

Walaupun nama-namanya berbeza di antara satu dan yang lain tetapi yang menyatukan gerakan-gerakan Islam ini ialah tujuan dan matlamatnya untuk melihat ugama Islam menjadi ugama yang memerintah di atas muka bumi Allah ini.

Kenyataan Mursyid Am PAS itu bukannya jumud, beku atau ingin membawa PAS berundur ke belakang di saat sokongan daripada orang bukan Islam begitu memberangsangkan sekali. Seolah-olah menyekat orang bukan Islam untuk menjadi pimpinan tertinggi PAS; mereka memahami apabila mereka memberikan sokongan kepada PAS bahawa PAS adalah parti untuk orang Islam tetapi mereka tertarik dengan komitmen dan istiqamah pemimpin dan ahli-ahli PAS dengan perjuangan Islam PAS.

Mereka tidak kecewa dengan penegasan Mursyid Am PAS itu. Penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) adalah bukti bagaimana orang bukan Islam boleh menerima pendekatan yang dibawa oleh PAS dan menerima kepimpinannya mestilah diterajui oleh orang Islam. Dalam tempoh lima dekad perjuangan, PAS telah berjaya meruntuhkan tembok yang memisahkannya dengan orang bukan Islam, tembok khurafat yang dibina oleh UMNO/BN yang sentiasa berusaha untuk mewujudkan jurang antara PAS dan orang bukan Islam.

PAS akan terus menawarkan risalah Islam yang bersifat ‘alamiyyah (universal) dengan berkonsepkan adil dan rahmat ini kepada masyarakat bukan Islam. Tawaran PAS ini bukan untuk menindas mereka, bukan untuk memperdayakan mereka dan bukan untuk memaksa mereka. Kita mengemukakan penyelesaian mengikut Islam untuk mereka membuat pilihan yang bebas antara politik yang bersifat dominasi politik Melayu dengan politik Islam yang bersifat ‘alamiyyah sebagai teras kehidupan yang harmoni dan adil di negara ini.

Pada pandangan saya apa-apa jawatan di dalam PAS walaupun ketua cawangan sekalipun syaratnya mestilah berugama Islam, adalah di antara prinsip-prinsip tetap yang diamalkan di dalam PAS, ia bukannya termasuk di dalam ruang lingkup perkara yang boleh berubah mengikut tempat dan masa yang tertentu. Perlembagaan PAS FASA 11 (2) menetapkan syarat untuk menjadi ahli PAS itu mestilah berugama Islam, untuk menjadi pemimpin PAS mestilah terlebih dahulu menjadi ahli PAS.

Penetapan ini bukan kerana PAS mengokong penglibatan penganut ugama lain untuk bersama-sama membangunkan PAS di barisan pimpinan tetapi ianya adalah satu ketetapan yang berlandaskan kepada dasar PAS itu sendiri iaitu Al-Quran, As-Sunnah, Ijma’ dan Qiyas. Ini adalah amalan biasa hatta di dalam mana-mana pertubuhan dan organisasi, bahawa pemimpin yang mahu memimpin pertubuhan dan organisasi tersebut mestilah menganut ideologi dan berpegang dengan dasar-dasarnya. Mana mungkin Parti Komunis boleh mengambil pemimpin yang berpegang dengan ideologi Kapitalis, adalah mustahil sama sekali.

PAS menetapkan pimpinannya mestilah di kalangan orang Islam kerana ianya adalah tuntutan syarak. Sesebuah jamaah Islam mestilah dipimpin oleh orang Islam. Mana mungkin imam di dalam solat berjamaah atau orang yang boleh menggantikan imam adalah di kalangan orang bukan Islam, begitulah juga keadaannya Jamaah Islam yang bergerak di dalam masyarakat, kepimpinannya mestilah di kalangan orang-orang Islam. Intipati ini boleh difahami di dalam firman Allah antaranya ialah (bermaksud): “Hendaklah ada di kalangan kamu satu umat (kumpulan) yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh manusia melakukan kebaikan dan mencegah mereka daripada melakukan kemungkaran“.

Ayat ini dengan jelas menyatakan bahawa kumpulan yang melaksanakan tugas-tugas sebagaimana yang digariskan itu mestilah dikalangan orang-orang Islam dan dipimpin oleh mereka.

Rasulullah s.a.w. adalah pemimpin Jamaah Islam yang pertama, apabila baginda tiba di Madinah selepas melalui kesusahan di dalam peristiwa hijrah, orang-orang Madinah bersepakat melantik baginda untuk menjadi pemimpin mereka di Madinah walaupun di Madinah ketika itu masyarakatnya adalah majmu’ yang terdiri daripada orang Yahudi, Nasrani Najran dan orang Musyrikin. Rasulullah s.a.w memimpin masyarakat Madinah dengan model Jamaah Islam yang memimpin sebuah kerajaan dan pemerintahan, oleh kerana itulah semua pimpinan kerajaan Islam Madinah adalah orang-orang Islam. Orang-orang bukan Islam pada ketika itu semuanya bersetuju apabila mereka sepakat menerima Piagam Madinah yang diletakkan oleh Rasulullah s.a.w., kecuali Abdullah bin Ubay dan golongan munafiqun yang bermati-matian menentang Rasulullah s.a.w. dengan cara yang terang-terangan atau halus.

PAS menetapkan pimpinannya mestilah di kalangan orang Islam kerana ianya menjamin maslahah Islam dan umat Islam. Maslahah Islam dan umat Islam ialah dengan melaksanakan konsep pemeliharaan lima perkara asas di dalam Islam iaitu; penjagaan kepada ugama, nyawa, maruah, aqal dan harta. PAS adalah jamaah yang meyakini bahawa Islam adalah satu-satunya kekuatan yang dapat membangun semula umat Islam, membebaskan golongan mustadhafiin dan menyelamatkan negara daripada kehancuran dan kemusnahan. PAS akan terus menerus menjadi jamaah yang berjuang dan berusaha membebaskan umat Islam daripada penyakit-penyakit yang membawa kepada kehinaan dan kehilangan maruah mereka. Tanggungjawab dan kewajipan yang besar ini sudah tentu tidak boleh dilaksanakan melainkan oleh orang-orang Islam sendiri.

Kedudukan orang bukan Islam sebagai pemimpin kepada Jamaah Islam dan kedudukannya sebagai salah seorang menteri atau pegawai di dalam sebuah kerajaan Islam adalah dua keadaan yang berbeza sama sekali. Kepimpinan kepada Jamaah Islam adalah perkara asas dan dasar adapun وزارة التنفيذ dalam pelaksaaan sistem pemerintahan Islam adalah perkara furu’ yang mempunyai ruang kepada ulama untuk memberikan ijtihad-ijtihad mereka. Di dalam konteks negara Islam para fuqaha sering menyebut Hadis Nabi s.a.w apabila membicarakan hak-hak orang bukan Islam di dalam Negara Islam: “Bagi mereka (orang bukan Islam) apa yang dimiliki oleh kami (orang Islam) dan apa yang dikenakan ke atas mereka juga dikenakan ke atas kami“.

Mengikut Dr Abdul Kareem Zaidan di dalam bukunya أحكام الذميين والمستأمنين فى دار الإسلام walaupun hadis ini tidak terdapat di dalam kitab-kitab hadis yang muktabar tetapi maknanya boleh diterima oleh fuqaha. Bertitik tolak daripada sini para fuqaha menegaskan bahawa, di atas asas umum, orang-orang bukan Islam yang menghuni di dalam Negara Islam, mereka adalah sama dari sudut hak-hak dan keperluan-keperluan melainkan asas umum ini terdapat pengecualian iaitu Negara Islam meletakkan syarat terhadap orang bukan Islam untuk mereka menikmati hak-hak yang tertentu di dalam negara Islam mestilah menepati syarat Aqidah Islam kepada individu tersebut tidak cukup dengan hanya dia menjadi rakyat kepada negara Islam dengan erti kata lain mestilah berugama Islam. Maka di atas dasar ini jika sekiranya kita melihat Jamaah Islam itu adalah jelmaan kepada Negara Islam, mereka yang memimpin Jamaah Islam mestilah menepati syarat Aqidah Islam itu sendiri.

Pelantikan atau pemilihan orang bukan Islam menjadi pimpinan tertinggi PAS hatta presiden sekalipun boleh diterima jika sekiranya PAS adalah semata-mata parti politik sebagaimana حزب الحرية والعدالة (Parti Kebebasan dan Keadilan) di Mesir sebagaimana contoh yang diberikan. Tidak menjadi salah kita melihat dan mengambil manfaat daripada pendekatan PKK di Mesir atau di mana-mana sahaja tetapi bukan semua yang diketengahkan di Mesir boleh diterima pakai di Malaysia.

Bukan semua yang diketengahkan di Pakistan boleh diterima pakai di Morocco dan begitulah seterusnya. PKK di Mesir adalah cabang parti politik yang ditentukan polisi dan strategi oleh Ikhwan Muslimin. Ikhwan Muslimin tidak masuk campur dari segi kewangan, kepimpinan dan perkara-perkara yang bersifat teknikal. Mereka boleh memilih pemimpin mengikut kehendak mereka, oleh kerana itulah mereka memilih Rafiq Habib, penganut Kristian sebagai Timbalan Presiden kepada PKK sebagai satu strategi politik. PKK ditubuhkan dan bergerak bersusuaian dengan waqi dan keadaan semasa ianya ditubuhkan ketika berdepan dengan tekanan oleh regim Hosni Mubarak di mana Ikhwan Muslimin tidak boleh menggunakan nama dan simbolnya untuk bertanding di dalam pilihanraya di Mesir.

Selepas daripada kejatuhan regim Hosni Mubarak sudah timbul suara-suara di dalam Ikhwan Muslimin sendiri, ketika pilihanraya yang diadakan baru-baru ini supaya Ikhwan Muslimin menggunakan nama dan simbolnya sendiri yang sudah tentu jika sekiranya perkara ini berlaku Rafiq Habibi tidak boleh menjadi timbalan presiden kepada Ikhwan Muslimin kerana perlembagaan Ikhwan Muslimin sebagaimana perlembagaan PAS meletakkan syarat keahliannya mestilah orang Islam.

Dengan ini saya mengucapkan tahniah di atas ketegasan Mursyid Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan saya menyokongnya dengan sebulat hati.

USTAZ KHALIL ABDUL HADI
Timbalan Ketua Lajnah Tarbiah
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Arahan Untuk Berbai'ah Dengan Para Guru Di Tarik Balik...!!

Mac 9, 2012 - Pejabat Pendidikan Tawau hari ini menarik balik arahan yang dikeluarkan kepada guru besar supaya merekodkan kecenderungan politik kakitangan mereka.

Arahan asal yang meminta guru besar mengkategorikan kakitangan mereka, termasuk guru, sebagai 'hitam', 'kelabu' dan 'putih' mengikut kecenderungan politik masing-masing, adalah satu "kesilapan", kata pegawai pendidikan daerah, Darman Shah Asakil kepada Malaysiakini hari ini.

Darman Shah berkata arahan itu adalah inisiatif Pejabat Pendidikan Tawau dan tiada kaitan dengan Kementerian Pelajaran atau Jabatan Pelajaran Sabah dalam apa jua cara.

"Ia adalah satu kesilapan dan surat itu tidak sepatutnya dihantar. Ia ditulis oleh kakitangan saya dan saya tidak semak betul-betul.

"Hasrat kami adalah semata-mata untuk menasihat guru-guru supaya memberi tumpuan kepada pengajaran dan tidak terlibat dalam politik," katanya.

Jabatannya, tambah Darman Shah, telah mengeluarkan surat pekeliling kepada semua guru besar memaklumkan kepada mereka tentang penarikan balik arahan asal itu.

Awal hari ini, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Puad Zarkashi memberitahu Malaysiakini tiada arahan seumpama itu dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran.

http://www.malaysiakini.com/news/191635

UMNO/BN Sedang Giat Berbai'ah Dengan Para Guru....!!


Menjelang pilihan raya umum yang akan datang, bukan sahaja kawasan parlimen yang bakal dikategorikan dengan warna "putih", "kelabu" dan "hitam", malah guru juga dikategorikan sebegitu mengikut kecenderungan politik masing-masing.

Dalam sepucuk surat rasmi dari Pejabat Pelajaran Daerah Tawau pada 1 Mac 2012 (gambar kanan), pengetua dan guru besar sekolah di daerah tersebut diarahkan untuk mengkategorikan kakitangan di bawah jagaannya mengikut kecenderungan politik dengan tafsiran warna seperti berikut.

Mereka yang jatuh ke kategori putih memiliki ciri-ciri seperti akur akan dasar-dasar kerajaan, kritis terhadap dasar kerajaan secara positif dan membina, bersyukur akan kelebihan yang diberikan kepada kakitangan kerajaan. Sementara mereka yang disenaraikan di bawah warna kelabu, menunjukkan sifat "mula mengkritik secara negatif dan terbuka akan dasar-dasar kerajaan, mula berjinak-jinak dengan parti pembangkang". Malah mereka yang jatuh dalam warna hitam pula, adalah "ahli berdaftar dan memegang jawatan dalam parti pembangkang, bergiat cergas dalam aktiviti berkempen menentang kerajaan, dan ada percubaan mempengaruhi rakan sejawat yang lain supaya turut serta dalam sebarang aktiviti untuk membenci kerajaan".

Malah, pegawai pelajaran daerah Tawau yang mengeluarkan surat rasmi ini, Darman Shah bin Haji Asakil menambah, "Oleh kerana maklumat sedemikian boleh menjejaskan mana-mana pihak yang terbabit, saya memohon agar borang ini diisi oleh tuan/puan/cik sendiri agar kerahsiaannya terkawal di bawah Akta Rahsia Rasmi Kerajaan".

Surat ini disebarkan di laman sosial Facebook baru-baru ini, dan MerdekaReview telah berjaya menghubungi Darman Shah untuk mendapatkan respon beliau. Darman menafikan bahawa surat ini adalah arahan daripada kementerian pelajaran mahupun jabatan pelajaran, malah mengakui bahawa "Ini satu kesilapan. Surat telah dibatalkan".

Dalam surat tersebut, Darman mendakwa dirinya diarah untuk mendapatkan maklumat berkenaan daripada semua ketua sekolah di daerah Tawau, merujuk kepada Mesyuarat Khas Jabatan Pelajaran Negeri Sabah bertarikh 29 Februari 2012. Bagaimanapun, Darman berkata kepada wartawan bahawa mesyuarat tersebut tidak berlangsung, malah mengulangi bahawa surat ini adalah satu kesilapan, dan pihaknya bakal mengutus surat kepada jabatan, kementerian dan sekolah untuk memaklumkan bahawa surat ini telah dibatalkan.

*Ong Vic Kee ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting dari teks asal.

Kalau Ia Pun...Biarlah Padan....!!


KUALA LUMPUR, 9 MAC: Ketua Hakim Negara Tan Sri Arifin Zakaria diminta campur tangan untuk meringankan hukuman penjara setahun terhadap seorang iman Hoslan Hussein yang hanya membaling kasut dalam mahkamah.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, Arifin perlu memikirkan semula tentang hukuman berat itu kerana:

1) Tindakan membaling kasut kerana marah dengan keputusan hakim telah lama berlaku pada 22 Februari lalu dan ia hanya isu “menghina” prosedur mahkamah; dan

2) Hukuman itu diputuskan oleh tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang sama sedangkan mereka tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap iman tersebut sebaik sahaja kejadian itu berlaku.

Hoslan membaling kasut terhadap panel hakim yang diketuai oleh Hakim Besar Malaya Zulkifli Ahmad Makinuddin pada 22 Februari lalu kerana tidak puast hati dengan keadilan yang dituntutnya.

Menurut Kit Siang, hukuman itu mencerminkan seolah-olah ada konflik kepentingan serta terlalu berat bagi “kesalahan” tersebut, khususnya apabila dibandingkan dengan jenayah korupsi yang melibatkan beberapa pemimpin penting dalam kerajaan.

“Begitu juga dengan kes lain. Adakah Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri dan

Pengerusi Barisan Nasional akan menghapuskan amalan diskriminasi politik serta diskriminasi terhadap petani cacat di Sarawak, Frusis Lebi, dengan mengembalikan semula bantuan kebajikan dan subsidi pertanian yang ditarik balik oleh pemimpin BN di Sarawak?

“Jika tidak isu-isu ini akan dibangkitkan dalam sidang Parlimen yang akan bermula minggu depan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, sejak beberapa hari lalu, rakyat Malaysia semakin didedahkan dengan kepincangan kepimpinan Najib yang kini sudah hampir tiga tahun.

Antara kepincangan-kepincangan kerajaan UMNO-BN pimpinan Najib adalah:

a) Hukuman berat penjara setahun terhadap imam Hoslan semata-mata membaling kasut;
Seorang hakim Mahkamah Tinggi mengambil masa dua tahun untuk menyiapkan keputuasn bertulis setebal 70 muka surat bagi kes pembunuhan rakyat Mongolia, Altantuya Shaariibuu, yang diletupkan mayatnya dengan bom C4 – tanpa mempedulikan tentang “motif” pembunuhan itu;

b) Diskriminasi bantuan kebajikan dan subsidi pertanian kepada Frusis Lebi semata-mata kerana beliau membantu Pakatan Rakyat sewaktu pilihan raya negeri Sarawak 2011;
Pendedahan demi pendedahan skandal National Feedlot Corporation (NFC/NFCorp) yang membuktikan penyelewengan teruk dan pecah amanah wang wakyat sehingga ke luar negara, dengan dakwaan terbaru di mana para pengarah NFCorp bukan sahaja membeli hartanah di Singapura tetapi juga di Kazakhstan;

c) Penafian yang lemah oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyddin Yassin bahawa projek lebuh raya Kinrara-Damansara Expressway (Kides) bernilai RM2.2 bilion telah diberikan kepada firma-firma berkaitan UMNO sebagai “hadiah” kerana berajya merampas kuasa untuk UMNO-BN di Perak; dan

d) Kerajaan menyalahgunakan wang rakyat RM840 juta untuk menyelamatkan bekas Pengerusi Malaysia Airlines (MAS) Tan Sri Tajudin Ramli, membayangkan rakyat Malaysia masih lagi membayar kerugian RM100 bilion akibat pelbagai skandal era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Ini hanyalah sebahagian kecil penyalahgunaan kuasa, korupsi, kronisme, tiada ketelusan, ketidakadilan yang zalim serta pentadbiran yang baik oleh kerajaan UMNO-BN.

“Slogan-slogan indah Perdana Menteri dan segala program transformasi hanya indah khabar dari rupa,” ujarnya. – Roketkini.com