Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Oct 2, 2011

Mengapa Hukuman Mati Boleh Terima..Sedangkan Hudud Di Tolak...!!


KEPALA BATAS - Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata undang-undang Hudud yang tidak harus dipersoalkan dan mempertahankan pendirian tegas parti itu untuk menerima pakai undang-undang hudud tersebut.

Menurutnya, Umno telah menyebabkan golongan bukan Islam menjadi keliru dan taku kepada undang-undang Islam itu.

"melaksanakan undang-undang hudud sentiasa menjadi perjuangan dalam PAS. Kami akan terus berkempen untuk itu, "katanya ketika merasmikan satu hari PAS sambutan ulang tahun ke-60 di Dewan Milenium di sini hari ini.

[Gambar - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meletakkan ibu jari pada papan pelancaran sewaktu merasmikan Sambutan 60 tahun PAS]

Kemudian pada sidang akhbar, Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau akan berdoa bahawa undang-undang hudud dan qisas akan diguna pakai di negara ini walaupun ada bangkangan yang kuat dari DAP kini.

Beliau juga mendakwa DAP telah bersetuju pada dasarnya kepada undang-undang hudud yang telah diluluskan di Kelantan dan Terengganu pada tahun 1993 dan 2003, tetapi mahu penerimaannya berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berikrar bahawa beliau akan berdoa untuk Pakatan Rakyat untuk mengambil alih Kerajaan Persekutuan dengan majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum akan datang supaya perlembagaan boleh dipinda untuk memasukkan hudud dan qisas ke dalam sistem mahkamah Syariah

Nik Abdul Aziz yng juga Besar Kelantan, berkata beliau terkejut bahawa orang ramai dapat menerima hukuman mati tetapi menentang hudud.

"Tidak ada hukuman mati dalam hudud. Ia hanyalah pencegahan dan pendidikan. Undang-undang hukuman mati kami adalah kejam, tidak seperti hudud, "katanya.

Penghakiman Kes Kerajaan Perak Adalah Tidak Sah...!!


Keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes-kes yang membabitkan krisis perlembagaan Perak perlu dianggap tidak sah ekoran pengakuan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi bahawa beliau tidak terbabit dalam pembentukan panel hakim yang mendengarnya, kata DAP Perak.

Pengerusinya, Datuk Ngeh Khoo Ham berkata pengakuan Zaki yang beliau tidak terbabit dalam pembentukan panel lima hakim panel yang mendengar kes Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin, adalah salah di sisi undang-undang.

Memetik kes Majlis Peguam lwn Tan Sri Abdul Hamid Omar [1989] 2 MLJ muka surat 281, beliau berkata Mahkamah Agung pada tahun 1989 memutuskan bahawa pembentukan panel hakim Mahkamah Persekutuan hanya boleh dibuat oleh Ketua Hakim Negara.

"Ekoran keputusan Mahkamah Agung itu - mahkamah tertinggi di negara ini - maka pembentukan panel hakim Mahkamah Persekutuan oleh mana-mana orang lain, adalah tidak dibenarkan.

"Oleh yang demikian, keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai kes krisis Perak adalah tidak sah," kata Ngeh (kanan) kepada Malaysiakini.

Dalam kes pada tahun 1989 itu, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa hanya ketua hakim negara sahaja berhak untuk mengada dan membentuk panel hakim Mahkamah Agung untuk mana-mana prosiding. -M'kini

Berita terdahulu:

Zaki nafi terlibat krisis perlembagaan Perak

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi mendakwa, beliau tidak terlibat dalam krisis perlembagaan pada 2009 yang menyaksikan pentadbiran Perak tumbang ke tangan BN.

Malah, beliau juga tidak mempunyai apa-apa peranan dalam kes yang berbau politik, kata Zaki kepada Malaysiakini dalam satu wawancara minggu lalu.

Dalam kes yang menentukan kesahan menteri besar Perak, bekas penasihat undang-undang Umno itu secara khusus berkata beliau juga tidak membentuk panel hakim untuk mendengar kes berkenaan.

Krisis perlembagaan Perak itu bermula apabila tiga orang wakil rakyat Pakatan berpaling tadah dan menyokong BN.

Pakatan seterusnya mengumumkan bahawa kerusi tersebut kosong namun Suruhanjaya Pilihan Raya memutuskan sebaliknya.

Kesan daripada itu, BN dengan pantas menyingkirkan pentadbiran Pakatan yang diketuai Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan menamakan seorang wakil rakyatnya, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar.

Nizar kemudiannya memfailkan saman bagi menuntut deklarasi bahawa beliau merupakan menteri besar yang sah.

Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 Mei 2009 memihak kepada Nizar, namun Mahkamah Rayuan dalam keputusan keesokan harinya membenarkan permohonan rayuan oleh Zambry.

Prosedur yang berlangsung dengan cepat itu mencetus kehairanan banyak pihak dan dipertikaikan peguam.

Mahkamah Rayuan kemudiannya menukar keputusan Mahkamah Tinggi dan keputusan tersebut seterusnya dikekalkan oleh panel lima hakim di Mahkamah Persekutuan.

Pada waktu itu, timbul pertikaian mengapakah hanya seorang hakim – Datuk Ramli Ali – yang mendengar permohonan rayuan Zambry di Mahkamah Rayuan.

Sedangkan, terdapat dua panel dianggotai tiga orang hakim yang mendengar kes pada hari tersebut.

Ketika diminta menjelaskan perkara itu, Zaki berkata beliau tidak terlibat dan pendaftar mahkamah telah mengaturkan supaya Ramli mendengar permohonan tersebut.

Ditanya mengenai permohonan Nizar supaya Mahkamah Persekutuan membentuk panel 11 orang hakim untuk mendengar kesnya, Zaki juga berkata beliau tidak terlibat dalam perkara itu kerana pembentukan panel itu ditugaskan kepada Alauddin.

"Saya beritahu orang nombor dua (presiden Mahkamah Rayuan pada masa itu, Tan Sri Alauddin Md Sheriff) supaya membentuk panel. Saya tidak mahu.”

Ditanya mengapakah kes menteri besar lawan menteri besar itu tidak didengar di hadapan panel penuh, Zaki berkata beliau tidak tahu mengenai perkara yang didengar di Mahkamah Rayuan.

Jelasnya, keputusan untuk melantik hakim bagi mendengar kes berkenaan pula dibuat oleh pendaftar mahkamah.
"Berhubung sesi Mahkamah Persekutuan dalam kes Perak, ia dibentuk oleh orang nombor dua (Alauddin). Dia berpendapat lima orang (hakim) adalah memadai. Kalau anda tanya saya, kenapa perlu ada sembilan (hakim) atau sebelas atau 13 atau 15 atau 21?

"Adakah masuk akal sekiranya daripada 13 (hakim), seorang akan buat keputusan memihak kepada mereka atau tiga atau empat akan buat keputusan memihak (kepada Nizar) merupakan keputusan yang betul?

"Ini bukan cara kita amalkan undang-undang di Malaysia," katanya.

Nizar telah memohon supaya panel hakim penuh di Mahkamah Persekutuan mendengar permohonan yang disebut-sebut sebagai kes yang bakal memberi kesan kepada keputusan mahkamah seterusnya.

Diminta mengulas, Zaki berkata terdapat kes-kes sebelum ini juga didengar oleh panel yang kecil termasuk kes melibatkan bekas ketua menteri Sarawak Tan Sri Stephen Kalong Ningkan dalam samannya ke atas gabenor Tun Abang Openg dan Datuk Tawi Sli di Mahkamah Persekutuan Kuching pada 1966.

Kes yang dikemukakan Nizar itu menyerupai saman oleh Kalong yang mencabar keputusan gabenor supaya beliau meletak jawatan, apabila 21 orang wakil rakyat mengumumkan bahawa mereka hilang keyakinan kepada Kalong sebagai ketua menteri.

"Terdapat banyak lagi kes perlembagaan sejak Malaysia mencapai kemerdekaan dan terdapat banyak lagi kes politik termasuk Stephen Kalong Ningkan yang diputuskan oleh tiga orang panel hakim. Kenapa jadi begitu penting untuk (bentuk) lima, sembilan atau sebelas (orang hakim)," soalnya.

Muslimunited

Awas...!! BN Dah Mula Beli ADUN...!!


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bentayan, Johor Gwee Tong Hiang hari ini mengaku ditawarkan habuan lumayan jika lompat keluar daripada parti DAP dan menjadi wakil rakyat bebas.

Habuan itu meliputi ganjaran sejumlah RM150,000, pemberian 50 ekar tanah, elaun tambahan melebihi RM5,000 sebulan, serta skuad khas bagi membantu menyelesaikan masalah kawasan Bentayan termasuk isu majlis perbandaran dan agihan tanah.

Semua tawaran ini dijanjikan hanya jika selepas beliau bersetuju untuk keluar DAP dan mengisytiharkan diri sebagai Adun Bebas, serta bertanding menentang DAP dalam pilihan paya umum akan datang (PRU13).

Aura Ustaz Azhar Mula Resahkan Sesetengah Pihak

Kehadiran ribuan penuntut, pensyarah, orang ramai dari dalam dan luar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) semalam ternyata meresahkan kontinjen polis Bukit Aman.

Dalam ‘Talk Show’ bersama penceramah popular masakini, Ustaz Azhar Idrus malam semalam (30 September 2011), jangkaan tidak ramai hadir meleset sama sekali.

Menurut maklumat yang diperoleh, jadual asal ceramah itu bakal dilangsungkan di Masjid UIA, Gombak namun setelah terdapatnya campur tangan pihak luar, tempat terpaksa diubah atas arahan universiti pada saat-saat akhir.

Akan tetapi situasi itu (berubah tempat ke Dewan Experimental) ternyata membuatkan ribuan hadirin yang hadir semakin bersemangat untuk terus setia hingga akhir program.

Menurut salah seorang penuntut UIA yang juga pimpinan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), isu ceramah Ustaz Azhar Idrus di UIA bukanlah sebenar-benarnya berpunca dari pentadbiran UIA itu sendiri.

“UIA pun tak boleh buat apa-apa sebab ada arahan dari Bukit Aman. Jadi, jangan marahkan UIA. Kalau benda ini berterusan, memang ceramah agama akan dihalang dimana-mana selagi Bukit Aman dikuasai oleh kerajaan yang tak suka dengar ceramah.”

“Jadi, solusinya, kita anak-anak muda pakat-pakat bantu untuk tukar kerajaan yang sedang memerintah Bukit Aman skrg. Nanti kita buat kuliah Ust Azhar di Putrajaya plak.”, ujarnya dalam kenyataan di sebuah laman sosial.

Diberitakan ribuan yang hadir semalam sudah mula memenuhi ruang masjid dan pintu masuk dewan ceramah sejak waktu maghrib lagi dan pintu masuk utama juga dikhabarkan penuh dengan kenderaan.

Dengan cubaan halangan itu, pihak penganjur iaitu Ma’ruf Club UIAM telah bersedia dengan segala persiapan bagi keselesaan pengunjung.

Tinjauan mendapati beberapa skrin layar dan ‘speaker’ diletakkan di beberapa tempat termasuk di bawah dewan dan luar dewan.

Di akhir ceramahnya, Ustaz Azhar memberitahu dengan harapan yang tinggi supaya pihak UIA dapat membenarkan dirinya untuk menyampaikan kuliah di masjid yang boleh menampung kira-kira 6,000 jemaah dalam satu masa itu satu hari nanti.

Mungkin ramai yang sudah tahu yang dimana Ustaz Azhar Idrus telah singgah ke UIAM untuk memberikan ceramah “We Proud To Be Muslim”

terdapat banyak input yang didapat dari ceramah Ustaz Azhar Idrus ini, selalunya aku dengar dan tonton video ceramah beliau di facebook dan youtube dan pada hari ini dapat mendengar secara live kt UIAM.


Walapun terdapat halangan, dikatakan pada mulanya ceramah ini dibuat dimasjid dimana ia boleh memuatkan 6000 orang, namun disebabkan hal yg tak dpt dielakkan terpaksa dipindahkan ke Experimental Hall yang hanya muat 240 org tanpa sebarang penjelasan

disebabkan itu, mereka telah menyediakan 2 lagi tempat untuk mereka yang tidak dapat masuk kedalam Experimental Hall,

bukan aku sorang, bahkan ramai yang tak dapat masuk, tak kira yang lelaki dan perempuan..penuh ruang dihadapan bangunan rektori tersebut. Aku pun terkejut dengan sambutan yang diberikan oleh mahasiswa dan mahasiswi IIUM terhadap talk ini kerana penceramahnya ialah Ustaz Azhar Idrus

Kat dalam hall dalam 300 org.... terpaksa berhimpit dengan econ yg tak dipasangnya.... takpe.... ada ganjaran di sisi Allah....

Suasana di luar hall... semua tetap tekun mendengar hingga tamat

Kat atas rumput luar depan pejabat rektor

Istana Air Mata Rakyat...!!










Ini adalah sedikit gambar-gambar Istana Negara yang baru untuk dikongsi bersama seluruh rakyat Malaysia.

Wajar untuk dikongsi bersama kerana ianya dibina dengan menggunakan duit rakyat Malaysia yang dikutip melalui berbagai-bagai cukai antaranya ialah Cukai Perkhidmatan, Cukai Tanah, Cukai Pintu, Cukai Jalan dan juga Cukai Pendapatan.

Kos pembinaan Istana Negara yang baru di Jalan Duta, Kuala Lumpur, dikatakan telah meningkat dua kali ganda dalam tempoh empat tahun antara faktor peningkatan kos ini ialah peningkatan harga barangan mentah terutamanya keluli.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Yong Khoon Seng berkata istana tersebut dianggar menelan belanja RM400 juta pada tahun 2006 tetapi kini (2010) kosnya meningkat kepada RM811 juta.

Kontrak pembinaan Istana Negara yang baru itu telah diberikan kepada tiga syarikat melalui perundingan langsung, dan bukan melalui tender terbuka.

Ini kerana Istana Negara adalah "unik" dan memerlukan pertimbangan keselamatan tambahan.

Gempar : Buku Tingkatan 2 Galakkan Pelajar Gugur Kandungan Bayi...!!


Memeranjatkan, buku kerja untuk pelajar Tingkatan 2, yang dijual di Malaysia mengandungi ajaran yang menggalakkan para remaja untuk menggugurkan kandungan bayi (abortion).

Macamana buku macam ni boleh lulus dijual di Malaysia tanpa sebarang bantahan dari mana-mana pihak terutama Kementerian Pelajaran, Kementerian Dalam Negeri, Lembaga Penapisan, JAKIM dan Majlis Agama Islam Negeri? Dan buku ini juga bebas dijual di pasaran tanpa sebarang halangan.

Kalau dah galakkan kandungan bayi, gugur kandungan bukan satu dosa, maknanya zina dan seks bebas pun tak ada apa-apalah agaknya.

Hmm, apa agaknya komen pejuang agama dan pejuang bangsa dalam isu ini? Mungkin isu ini, isu remeh temeh, isu hudud perlu dibincangkan di semua peringkat sekarang ini dari buruh kasar hinggalah ke Perdana Menteri.