Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Aug 25, 2011

1 Anwar Di Penjarakan...Beribu Anwar Masih Bebas...!!

Ya Razzaq: MULAI Isnin perbicaraan tuduhan liwat ke atas Anwar Ibrahim masuk peringkat separuh akhir, iaitu pembelaaan diri oleh Anwar dan team peguamnya. Semalam Anwar telah membela dirinya dengan membuat kenyataan setebal 32 muka surat mengambil masa selama dua jam di kandang orang salah

Selepas ini setelah semua saksi pembela dipanggil hakim membuat keputusan sama ada Anwar disabit atau pun bebas.

Anwar memilih untuk memberi keterangan tanpa disoal balas oleh pendakwa. Ramai yang terkejut dengan 'keberanian' Anwar itu. Ada juga yang berpendapat Anwar sengaja menghulurkan leher ke penjara kerana keputusan memilih membela diri begitu merbahaya.

Ada juga yang musykil keputusan Anwar itu seolah-olah beliau pengecut untuk menghadapi realitinya?

Alasan Anwar kenapa beliau memilih cara itu kerana sangsi dengan keadilan dan integriti hakim yang mengendalikan kesnya. Itu adalah alasan paling konkrit.

Mengenai tindakan Anwar itu, kata dan ulaslah apa-apa pun sebab, negara ini bebas dan merdeka. Sesiapa boleh bersuara mengutuk dan mengampu sesiapa yang dimahuinya. Apa lagi kalau bersuara untuk membela pemimpin dan parti pemerintah kebebasan itu akan diberi semutlaknya. Tindakan ke atas pengampu kerajaan dan pemfitnah akan dibiarkan semahunya. Ini realiti bukan bohong. Apa yang berlaku di sekeliling kita mengesahkan hakikat itu.

Macam-macam juga cemuhan dilemparkan kepada Anwar. Bila Anwar membuat protes kepada mahkamah, minta tangguh dan sebagainya, dikatakan Anwar sengaja menangguhkan perbicaraan. Melambat-lambatkan yang memberi konotasi Anwar takut berhadapan dengan hukuman. Itu tuduhan mereka yang otak kemetot dan tidak mengetahui proses perundangan yang diguna pakai di negeri ini. Mereka yang lulus dalam bidang pengajian undang-undang akan tersenyum mendengar segala desakan dan protes itu.

Kalau ada masa belajarlah sedikit mengenai undang-undang dan bacalah peraturan (prosuder) mahkamah agar tidak nampak diri kita lebih bodoh dari kaldai tua yang nak mampos. (Maaflah kasar sikit).

Anwar boleh membuat rayuan, atau meminta perbicaraan ditangguhkan bukan sekali, tetapi seribu kali pun boleh. Ia bukan satu kesalahan kerana memang ada ruang untuk beliau berbuat begitu. Jadi kalau hendak salah, jangan salahkan Anwar tetapi salahkan kepada prosuder mahkamah yang membenarkannya. Kenapa kita harus salahkan ketiping berjalan mereng kerana adatnya memang begitu? Kitalah bodoh kerana tidak tahu bahasa dan adat.

Dalam keadaan hari ini yang Anwar anggap tuduhan ke atasnya itu adalah kelangsungan konspirasi adalah 'bundak' baginya kalau tidak berbuat begitu.

Sebagai orang akan menghadapi risiko dan akan menanggung kesan pertuduhan itu Anwar berhak melakukan apa saja. Anwar yang menanggung segala-gala bahana atas tuduh itu. Kalau disabitkan kesalahan, yang akan ke penjara bukan orang lain, tetapi Anwar secara bersendirian. Iya, perjuangan yang dilakukan adalah demi untuk rakyat dan orang ramai tetapi kalau berlaku apa-apa yang akan memikul bebannya diri Anwar seorang sahaja. Tahun 1998 dulu beliau telah melalui sejarah itu dan telah ada pengalaman azab mengenainya. Apakah Anwar suka-suka untuk mengambil risiko itu? Tanya dan jawablah sendiri dengan adil dan saksama.

Itulah tanggungjawab dan amanah. Anwar tidak pun meminta untuk orang menjadi galang gantinya. Tangan yang mencincang, bahu juga yang sanggup memikulnya. Itulah Anwar. Dan beliau sudah tahu dan arif benar mengenainya. Jadi membela hingga rapat ke dinding dan melakukan apa saja usaha dan ikhtiar itu adalah hak Anwar yang tidak akan dipersendakan oleh mereka yang waras fikirannya.

Jadi perangai-perangai yang tidak bermoral dan berotak kemetot yang berbambukan aji no moto itu biarlah dimiliki oleh orang yang suka menjadi lanun upahan. Biarlah mereka hendak bertempik dan melaung tetapi jangan sampai orang di luar Umno terikut sama dengan gelagat itu. Kata orang bukan Umno kalau tidak jahat?

Berbalik kepada tanggapan buruk terhadap perbicaraan dan implikasi yang akan dihadapi Anwar kelak ia tidak akan ke mana. Hatta kalau pun Anwar di penjara sekalipun niat atau tujuan orang yang berbuat begitu tidak akan kesampaian. Kalau pendakwaan itu seperti mana kata Anwar untuk menghancurkan kerjaya politiknya, ia tidak akan menjadi kenyataan. Azam dari segala perancangan jahat itu hanya sia-sia saja. Perbuatan syaitan selalunya hancur sebelum hari menjelang siang.

Memang ada orang berharap kisah atau peristiwa tahun 1999 akan berulang sekali lagi ke atas kembara politik dan kehidupan Anwar. Keadaan waktu itu di mana pilihan raya umum ke-11 diadakan ketika Anwar berada dalam penjara. Mereka itu tidak mahu Anwar berpeluang mengambil bahagian dalam pilihan raya. Kali ini juga begitu, ada niat untuk melihat Anwar diringkukkan dalam penjara kemudian pilihan raya akan diadakan.

Mereka mengira hanya dengan penjarakan saja Anwar ia boleh menghalang Anwar daripada mengapai cita-cita politiknya untuk jadi Perdana Menteri. Dalam pada itu ia membolehkan orang yang berkuasa terus berkuasa. Apabila Anwar dipenjara bermakna beliau tidak akan dapat bertanding dalam pilihan raya selama dua penggal. Cukuplah kalau Anwar dipenjaga beliau tidak boleh menyertai pilihan raya ke -13 dan ke 14. Umur Anwar ketika itu sudah pun hampir 80 tahun sudah terlalu tua.

Dalam hitungan orang politik kalau Anwar dipenjara ia memberi peluang kepada UBN untuk menang. Najib bersama isterinya Rosmah Mansor akan merasa selesa kalau Anwar dihumban ke penjara. Mereka mengira Pakatan Rakyat tidak mampu mengugat BN kalau tanpa Anwar. Mereka tahu yang menjadi engen kepada Pakatan Rakyat hanya Anwar.

Anggapan sebegini menafikan dakwaan mengatakan Anwar kini sudah tidak berpengaruh. Kekuatan Anwar sudah pun mengecil, penyokongnya juga sudah berkurangan. Inilah kesilapan perhitungan para strategis UBN dalam membuat perhitungan mengenai ini. Mereka jadi lupa kepada apa yang mereka katakan sebelum ini. Inilah yang dikatakan kelalaian orang yang selalu membuat silap dan bertindak secara salah. Kenapa tupai jatuh ke tanah kerana terlalu percaya kepada kebijaksanaan diri sendiri.

Betulkah andaian itu, bahawa UBN akan menang dalam pilihan raya dan Pakatan Rakyat akan kalah tanpa Anwar berada di luar? Itu sebenarnya telahan dan anggapan saja. Orang yang ingin memperkecilkan aura Anwar akan berkata begitu. Sebenarnya apa yang akan berlaku bukan begitu. Diri Anwar bukan faktor kepada kemenangan Pakatan Rakyat, tetapi perjuangan Anwar yang menjadi penyebabnya.

Perkembangan politik Malaysia di masa depan bukan saja terletak di tangan mana-mana individu atau tokoh seperti Anwar. Hari ini generasi muda sudah sedar dan insaf. Mereka bukan buta dan berada di bawah serkup lagi. Benih keberanian bersuara dan bertindak yang dipupuk Anwar kini sudah menular dan subuh tumbuh dalam hati anak-anak muda. Perkembangan ini tidak boleh dibendung lagi dengan apa-apa kuasa syaitan.

Makanya kalau UBN mengira dengan memenjarakan Anwar kebangkitan itu berhenti dan UBN akan kembali selesa adalah satu kesilapan besar. Anggapan begitu umpama membubuh bom jangka dalam poket baju.

Mungkin generasi muda tidak begitu menaruh harapan lagi kepada Anwar untuk menajdi PM. Tetapi mereka tetap sedar bahawa kebangkitan politik hari ini untuk membela diri mereka sendiri. Jadi sesiapa pun yang akan memimpin nanti mereka tidak akan peduli. Yang berada di hadapan mereka satu saja tumbangkan UBN. Semangat dan jiwa Anwar adalah pendorong kepada usaha dan perjuangan itu.

Kesedaran hak membela diri dan semangat keberanian yang dicurahkan Anwar kini sudah menyelinap dan menyerap ke segenap pembuluh darah generasi muda. Semangat dan keberanian itu membara dan marak dalam jiwa mereka. Justeru walaupun langkah Anwar dikunci dan jasadnya dibekukan tetapi spritual yang dialunkan Anwar terus bergelombang. Makanya saya mengira usaha memenjarakan Anwar menerusi konspirasi jahat itu tidak akan berhasil, malahan ia akan menyebabkan UBN semakin tenat dan parah.

Anwar boleh dimatikan oleh musuhnya tetapi semangat dan jiwanya akan tetap melekat dihati setiap manusia yang mengenal diri dan tahu menjaga maruah dirinya sebagai manusia bertamadun. Lirik lagu jihad Anwar, Lawan Tetap Lawan akan menjadi lagu kebangsaan bangsa ini sebagai mengapai kemerdekaan mutlak mereka.

Panas..!! Budak Sekolah Diupah RM10 Hadiri Mesyuarat UMNO...!!

CERITA mengenai pelajar sekolah yang diupah untuk menyertai mesyuarat-mesyuarat dan persidangan-persidangan Umno bukanlah satu cerita pelik. Ini cerita biasa, kerana perkara ini biasa berlaku.

Pernahkah anada melihat dengan mata kepala anda sendiri bagaimana pelajar-pelajar sekolah yang tak faham apa-apa pasal politik diupah dan diperalatkan untuk menyertai mesyuarat Umno.

Malangnya kalau cakap tanpa bukti, nanti korang kata tipu pulak. Di atas ini disertakan contoh bagaimana pelajar sekolah menengah diperalatkan oleh pemimpin United Malays No Otak, UMNO dengan upah RM10.

Ini baru pelajar sekolah menengah, pelajar universiti lagilah banyak yang diperalatkan oleh United Malays No Otak. Apa ada pada AUKU? Ya memang benar, AUKU melarang pelajar berpolitik, itu mereka kata.

Pelajar universiti tidak boleh berpolitik kalau menyokong Pakatan Rakyat. Tapi kalau sokong Kesatuan Melayu Tiada Otak (United Malays No Otak) tak mengapa memang digalakkan! AUKU bapak lu!

Kenyataan Media...!!

Pengharaman Tazkirah Ramadhan

Dewan Pemuda PAS Pahang amat kesal dengan pengharaman tazkirah Ramadhan disemua surau dan masjid seluruh negeri Pahang oleh MUIP. LARANGAN dan PENGHARAMAN tazkirah di masjid dan surau adalah suatu kejutan baru di Malaysia selepas ia diisytiharkan sebagai sebuah NEGARA ISLAM.

Merujuk kepada Buletin TV3 jam 1.30 (22/8/2011 ), Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) telah mengharamkan semua majlis tazkirah di masjid dan surau di negeri Pahang. Timbalan Pengarah MUIP telah mengatakan majlis tazkirah telah menggangu majlis ilmu.
Adakah pengharaman tazkirah ini hanya berdasarkan aduan seorang individu atau exco kerajaan negeri maka menyebabkan MUIP takut dan terus ikut telunjuk mereka? Lalu tanpa sebarang siasatan terus mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah. Janganlah kita menjadi penghalang kepada perkembangan agama Allah. Ingatlah peringatanNya di dalam surah al-Baqarah ayat 114: "Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalang dari menggunakan masjid-masjid Allah utk sembahyang dan menyebut nama Allah (tazkirah)..."

Sepatutnya MUIP sebagai sebuah institusi agama yang besar bertindak lebih matang dan berakhlak dengan memanggil penyampai tazkirah utk menyiasat adakah benar beliau menyampaikan tazkirah yang bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah, BUKAN mengharamkan tazkirah dan menyekat majlis ilmu!

Tazkirah menjadi dimensi untuk mendidik umat Islam secara tidak langsung. Institusi pendidikan bukan sekadar di sekolah, kolej atau universiti semata-mata. Malah masjid, surau dan madrasah menjadi platform menyuburkan Islam sejak zaman berzaman.

Kemungkinan pula hala tuju larangan itu menjurus kepada tazkirah menjadi ceramah politik. Takkan lah seorang pentazkirah apabila menghuraikan ayat-ayat al-Quran yang mengharamkan riba, rasuah, judi, haramnya bersalam antara lelaki dan perempuan, wajib pakai tudung dan sebagainya sudah dikira mengganggu ibadah orang ramai?

Kini rakyat bertambah malu untuk menobatkan Malaysia 'Negara Islam' apabila ajaran Islam cuba dihalang oleh orang Islam sendiri, apatah lagi yang menghalang itu sebuah institusi yang bertanggungjawab menjaga agama!. Tazkirah yang diadakan sekadar mengulas ayat al Quran dibaca ketika solat. Sekiranya menyentuh pelbagai isu mengenai kehidupan manusia, itu realitinya sebuah kitab suci. Al Quran diturunkan dari Allah Taala yang mengatur segala kehidupan manusia.

Apabila proses memberi kefahaman, ayat-ayat Allah berlaku, orang ramai akan faham maksud isi kandung al Quran. Ketika sembahyang mereka akan mengingati maksud-maksud ayat yang dibaca imam. Sembahyangnya tentu menjadi lebih khusyuk.

Oleh itu, DPPNP membantah keras larangan ini dan mendesak supaya pihak MUIP menarik balik larangan tazkirah kerana ia akan menyebabkan orang jahil bertambah jahil dan orang alim membisu, maka ia akan memberi kesan kepada kehancuran sebuah negara.

SHAHRIL AZMAN ABDUL HALIM
KETUA PEMUDA PAS PAHANG

24 OGOS 2011

Dah Lama Mahkamah Di Malaysia Jadi Hina....!!


ANWAR DIDAKWA HINA MAHKAMAH, JATUHKAN REPUTASI KEHAKIMAN - UM

KUALA LUMPUR 23 Ogos - Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim disifatkan telah menghina mahkamah dalam kenyataan pembelaan kes liwatnya semalam apabila 'menyerang' Hakim Mohamad Zabidin Mohd. Diah secara terang-terangan.

Peguam terkemuka, Muhammad Shafee Abdullah berkata, selain memburukkan imej Mohamad Zabidin, Anwar juga dilihat cuba menjatuhkan reputasi institusi mahkamah di negara ini apabila mendakwa beliau ditindas daripada mendapat perbicaraan yang adil.

"Dalam kenyataan pembelaan Anwar setebal 32 muka surat semalam, beliau secara terang-terangan telah memburukkan institusi mahkamah serta para pegawai seperti hakim di hadapan para pemerhati dan orang awam.

"Kenyataan (pembelaan) Anwar semalam bukan bersifat membela diri tetapi lebih daripada kenyataan politik yang memburukkan mahkamah serta mengutarakan perkara-perkara tidak relevan," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
------------------------------------------------------
woit... HEBAT SUNGGUH SI ANWAR NI.... kah kah kah...

kah kah kah...MACAM MANA ANWAR DAPAT HINA MAHKAMAH...?kah kah kah..

kah kah akh...MACAM MANA ANWAR DAPAT JATUHKAN REPUTASI KEHAKIMAN...??

woit... MAHKAMAH MEMANG DAH HINA SEMENJAK MADEY BUANG SALEH ABAS....

kah kah kah...AIMAN TAK KISAH....MAHKAMAH MEMANG TAK ADA REPUTASI SEMENJAK MADEY BUANG KETUA HAKIM NEGARA....

Bukan Semua Blogger Adalah Penfitnah...!!

DISPLINKAN PENULIS BLOG -UM

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diminta ‘mendisiplinkan’ penulis blog yang ghairah menyebarkan pelbagai bentuk fitnah terhadap kerajaan.

Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan berkata, SKMM perlu bertindak segera kerana fitnah dan tohmahan liar kini berleluasa di alam maya dan mengundang pelbagai masalah jika dibiarkan berlanjutan.

“Jika pihak bertanggungjawab itu membiarkan fitnah dan tohmahan berleluasa di alam maya tanpa sebarang tindakan, ia akan memberi gambaran kepada rakyat bahawa apa yang didakwa itu adalah benar.

“Pihak yang difitnah juga diseru mengambil tindakan dengan memfailkan saman terhadap mereka yang melakukan tohmahan bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap mereka,” katanya.
-----------------------------------------------------
woit...INI SUDAH LEBIH....

kah kah kah....INI SUDAH BERAT....

kah kah kah... TAK KAN UTUSAN..RTM... BERITA HAIRAN SAJA BOLEH BUAT FITNAH.....

kah kah kah...AIMAN TAK KISAH....KALAU BENDA YANG BETUL PUN NAK DI KIRA FITNAH....

Nota:

Tolong tanya menteri ini
ujung minggu lalu dia tidoo kat felda mana?

dia pernah janji bahawa tiap hunjung minggu dia akan tido di perkampongan felda
Adakah ini satu fitnah...??
kah kah kah

Botol Plastik Telah Di Temui....!!




Nota :

kah kah kah...kah kah kah...kah kah kah

Plastik Dalam Jubur Atau Jubur Dalam Plastik..??


SAIFUL BERITAHU PLASTIK DIMASUKKAN KE DUBURNYA - MK

Saksi pembelaan kedua, bekas doktor di Hospital Pusrawi Dr Mohamad Osman Abdul Hamid dalam keterangannya berkata Mohd Saiful Bukhari Azlan, pegandu dalam kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahunya bahawa objek plastik dimasukkan ke dalam duburnya seperti dinyatakan dalam laporan perubatannya.

Nota :

KAH KAH KAH...KAH KAH KAH....KAH KAH KAH

Kecil Tapak Tangan..Nyiru Kami Tadahkan....!!


KHIR TOYO: TIGA MENTERI MAHU SAYA DIPENJARAKAN - MK

Mohd Khir Toyo mendakwa tiga menteri persekutuan dalam jemaah menteri sekarang sedang berkonspirasi bagi beliau dikenakan hukuman penjara atas tuduhan rasuah.

Dalam blognya hari ini, Khir yang menulis mengenai 'memohon ampun dan maaf' sempena semangat Ramadan, berkata beliau tidak akan mendedahkan nama menteri-menteri berkenaan kerana tidak mendapat bukti yang sahih.

Namun katanya, beberapa sumbernya sangat boleh dipercayai.

“Dalam bulan yang mulia ini juga saya ingin mengingatkan tiga orang sahabat yang menjadi menteri dalam kabinet sekarang agar jangan keterlaluan untuk mengenakan saya,” tulisnya.

Katanya, konspirasi itu tersebar apabila seorang daripada menteri itu dilaporkan berkata kepada dua rakannya bahawa BN mampu merampas semula Selangor daripada Pakatan Rakyat jika dirinya didakwa.

“Seorang menteri dilaporkan berkata kepada dua orang menteri lain bahawa jika mahu mendapat kembali Selangor maka Khir Toyo perlu didakwa. Sekarang menteri yang sama berkata jika mahu menang Selangor Khir Toyo perlu dipenjarakan.

“Apakah mereka ini begitu besar boleh menguasai hakim perbicaraan? Saya tidak mahu percaya mereka berupaya mengarahkan hakim atau hakim akan mendengar arahan kumpulan ini,” tulis Dr Khir sambil menambah beliau masih percaya dengan kebebasan dan integeriti institusi kehakiman.

NOTA:

strateji memenjarakan toyo ini memang tepat
kalau toyo di penjarakan ini bermakna najib serious tentang rasush
kalau toyo dipenjarakan rakyat selangor akan yakin dengan gerombolam
kalau toyo dipenjarakan selangor akan kemabali kepada barisan
kalau toyo dipenjara dan dirotan rakyat selangor amat gumbira
kalau toyo di penjara, dirotan dan diharta dirampas lagi rakyat suka
kalau toyo di penjarakan dan kunci penjara dibuang
jamin 100% barisan akan memerintah selangor sehingga hari kiamat
kah kah kah

siapa tahu 3 malaon
yang mahu toyo dipenjara?

paling suka toyo di penjara ialah ezam mat nor
di selangor yang paling layak jadi mb
yang paling popular untuk jadi mb
hanyalah ezam mat nor
kah kah kah

Selamat Tinggal 1 Malaysia...!!

NAJIB TUNDUK PADA MUHYIDDIN - NIK NAZMI - keadilan daily

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad menegur Najib Razak kerana tunduk kepada bakal penggantinya Muhyiddin Yassin dalam isu pembentukan Jawatankuasa khas Parlimen (PSC) untuk penambahbaikan pilihan raya.

Pada 15 Ogos lalu, Najib Razak mengumumkan pembentukan jawatankuasa tersebut yang dianggotai wakil kerajaan BN dan parti pembangkang untuk membincangkan reformasi pilihan raya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Bagaimanapun sehari selepas itu, Muhyiddin mengeluarkan kenyataan bahawa reformasi pilihan raya bukan bermakna sistem pilihan raya yang sudah diguna pakai selama ini tidak baik tetapi sebaliknya, untuk memperkukuhkannya.

“Penyakit ‘flip-flop’ ini terus menular dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Pembaharuan Pilihan Raya apabila PM tunduk kepada Muhyiddin Yassin dan menegaskan pilihan raya boleh diadakan bila-bila masa dan tidak tertakluk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut,” kata Nik Nazmi dalam satu kenyataan media hari ini.

Nota:

telah dibuktikan bahawa muhyiddin
lebih hebat dan lebih berkebolehan
dalam kepimpinan

rakyat malaysia akan merasa selamat
apabila muhyiddin mejadi perdana menteri

bila muhyiddin jadi pm
maka musuh muhyiddin pasti tidak akan
dapat menggulingkan beliau lagi
muhyiddin amat susah untuk disembelih
kerana tak ada leher
kah kah kah

Contoh Macamana Melayu Tipu Melayu...!!


GALAK PETANI USAHA LADANG KONTRAK :NOH OMAR -UM

TANJONG KARANG 24 Ogos - Para petani digalakkan menyertai program ladang kontrak kendalian Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang turut menyediakan pasaran bagi produk tanaman mereka.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Noh Omar berkata, melalui program itu, mereka juga boleh mendapatkan pembiayaan mikro kredit dengan dana sebanyak RM4 juta yang sebelum ini disalurkan melalui Agrobank.

"Melalui dana tersebut para petani boleh mendapatkan pinjaman maksimum RM50,000 bagi mengusahakan ladang kontrak di kawasan masing-masing dan proses kutipan pembayaran balik akan dikendalikan oleh FAMA.

''Konsep ladang kontrak ini mempunyai prospek yang baik dari segi pemasarannya," katanya.

Noh berkata, bagi memastikan projek ladang kontrak tidak mengalami kerugian, FAMA akan membantu dari segi pemasaran produk selain menggalakkan para petani mengusahakan ladang secara berkelompok.

Terdahulu, pada majlis tersebut, Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang menyampaikan wang pendahuluan sebanyak RM1,500 setiap seorang bagi pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada 96 pelajar dari seluruh kawasan Tanjong Karang.

NOTA:

fahami berita ini
lihat bagaimana BN ingin membebankan
kaum tani dengan hutang

felda hutang
ptptn hutang
sekarang nak berkebun juga hutang

kenapa kaum tani ini tidak diberikan tanah
kenapa mereka perlu diikat dengan hutang
hutang ini akan mengkayakan bank
hutang ini akan mengikat kaum tani ini
hutang ini kan memastikan kaum tani ini tunduk pada gerombolan

dalam sistem ini yang kaya raya ialah birokrat fama
ini sama konsepnya dengan birokrat felda
lihat berapa kali peneroka menang dimahkamah
selama ini felda rendahkan grade minyak mereka
sengaja beli sawit dengan harga murah

para birokrat felda dan fama
tak sehari pun turun bertani
tapi bergaji lumayan

yang gaji kuli batak kaum tani
yang berpanas berhujan kaum tani

ini lah contoh ketuanan melayu
inilah contoh melayu tipu melayu!

tanah untuk petani yang tidak bertanah
tanah untuk yang menggarap
siapa mengharap dialah makan

jangan makan atas titik peloh orang lain
siapa bekerja dia yang makan
siapa menanam dia menuai

Zaman Sihir Menyihir Dah Lepas...!!

HISHAMUDDIN TERIMA UGUTAN , PELURU HIDUP -UM

Hishammuddin Hussein mengesahkan beliau menerima dua butir peluru hidup dalam sepucuk surat yang diposkan ke pejabatnya di Putrajaya kira-kira pukul 2 petang hari ini.

Beliau berkata, surat yang turut mengandungi nota ugutan tulisan tangan itu dialamatkan kepadanya dan diterima oleh kerani kepada Pegawai Khasnya, Wan Najmuddin Mohd.

"Dalam surat yang di pos ke pejabat saya itu, di dalamnya terdapat sebuah buku yang di tengahnya ditebuk dan diletakkan dua butir peluru hidup beserta nota ugutan.

"Peluru hidup itu akan saya hantar ke Jabatan Forensik untuk disiasat dan mengenai surat ugutan dan kandungannya, saya serahkan kepada pihak polis untuk menyiasat," katanya pada sidang akhbar sebelum majlis berbuka puasa anjuran Parlimen Lembah Pantai di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, tindakan tersebut merupakan perbuatan orang tertekan dan terdesak.

"Bagi saya, ia perkara biasa dan saya sedikit pun tidak akan gentar dan akan terus bersemangat untuk menjalankan tugas yang diamanahkan kepada saya," katanya.
Nota :

Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas

Sandiwara disebut juga drama, adalah sebuah pertunjukan pentasan sebuah cerita atau disebut pula lakon dalam bahasa Jawa. Sebuah sandiwara bisa berdasarkan skenario atau tidak. Apabila tidak, maka semuanya dipentaskan secara spontan dengan banyak improvisasi.

Secara umum istilah "sandiwara" dalam bahasa Indonesia diartikan sama dengan drama. Akan tetapi secara khusus istilah sandiwara mengacu kepada kesenian pertunjukan teater drama tradisional rakyat Indonesia, khususnya di daerah Jawa Barat. Kelompok Sandiwara Sunda atau Sandiwara Indramayu dapat ditemukan di Jawa Barat (terutama sekitar Cirebon danIndramayu) dan Jakarta, salah satunya yang terkenal adalah kelompok Sandiwara Sunda Miss Tjitjih di daerah di Cempaka Baru Timur, Jakarta Pusat. Kisah sandiwara ini dapat bersifat percintaan, komedi, horor, tragedi, atau kisah roman sejarah.

Kalau Tidak...Apa Yang Akan Berlaku....??


PAS: DAFTAR PEMILIH KOTOR UNTUK TUMBANGKAN SELANGOR - MK

Dewan Pemuda PAS Pusat mendakwa pihaknya mempunyai "daftar pemilih kotor" yang didakwa boleh menumbangkan kerajaan negeri Selangor pada pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Pengerusi Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Mohd Adram Musa berkata pihaknya mempunyai data seramai "puluhan ribu" yang didakwa "pengundi klon".

"Apa yang kami ada, daftar pemilih kotor yang sudah cukup untuk menjatuhkan kerajaan negeri Selangor.

"Adakah ini kerja-kerja seperti mana yang disebut oleh perdana menteri yang berkata melakukan apa sahaja untuk mengambil balik Selangor?

"Apa yang kami ada, sudah cukup (untuk) menjatuhkan kerajaan Selangor," katanya.

Menurutnya lagi, berdasarkan analisis pihaknya jumlah pengundi klon itu, membolehkan BN merampas sekurang-kurang sepuluh kerusi DUN di negeri itu.

Sehubungan itu, beliau mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya dan Jabatan Pendaftaran Negera menjelaskan jumlah pengundi dari daftar pemilih yang telah digugurkan dan yang akan digugurkan.

Pihaknya memberi masa 14 hari kepada kedua-dua pihak tersebut untuk membuat penjelasan.

NOTA:

semua sudah jelas
semua telah dibuktikan

undi pos undi tipu
mat indon..mat bangla dijadikan pengundi

beri 14 hari?
lepas 14 hari berlalu apa jadi..??

orang ramai sudah bosan
dulu ada amaran:
ada 7 hari
ada 9 hari
ada 3 hari

tapi hari berlalu tak ada apa apa
satu habuk pun taraak
tolong jangan tipu rakyat

tolong jangan jadi nato
nato: no action talk only

kita sabar dan tunngu
hari ini dah 24 ogos
kalau 14 hari lagi...
maka hari itu ialah 7 september

apa yang akan berlaku
pada 7 september nanti?
sama sama kita tunggu

kah kah kah