Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jul 14, 2011

Turunlah Najib Sebelum Kamu Diturunkan....!!!


Samad Said: Najib 'memang kejamlah'-MK

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri yang "memang kejam" berbanding dengan beberapa perdana menteri sebelum ini.

"Kalau tengok (perdana menteri) yang sudah-sudah itu, (Najib) memang kejamlah," katanya ketika diminta membandingkan pentadbiran Najib dan dua penyandang sebelumnya - Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Menceritakan kembali "kebengisan" polis dalam menangani perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu, A Samad (kiri) mendakwa pentadbiran Najib sekarang mengarah kepada menjadikan Malaysia negara kuku besi.

Ketika diwawancara Malaysiakini di sebuah restoran di Bangsar hari ini, A Samad berkata, perkara itu boleh dilihat melalui rakaman video dan gambar di internet yang mana kerajaan "berantakan dengan orang awam".

"Youtube siarkan, kita boleh lihat semua dan (dia) tak boleh tipu. Cuma, malangnya dalam akhbar-akhbar (dan) media utama, sudah tentu kamu nampak berat sebelah," katanya yang mesra dengan panggilan Pak Samad.

"Tapi kalau (di) Youtube, tak boleh tipu. Kamu kata tidak jentik-jentik, (itu) pun nampak (di Youtube). Kamu kata tidak ada orang yang dipijak, (tetapi ada) yang ditendang berulang kali," katanya.

Kepimpinan 'bangsawan'

Sehubungan itu, A Samad mendesak Najib meletakkan jawatan, selaras dengan kempen sama di Facebook yang kini sudah digemari hampir 200,000 orang.

"Ya, saya mahu (beliau letak jawatan). Saya ikut (perkembangannya) dalam Facebook, amat bagus (kempen itu). Kalau di Jepun, orang lain buat salah pun, menteri itu tunduk depan orang.

Makin Ramai Yang Benci Najib...!!


KerajaanRakyat : Perdana Menteri Britain, David Cameron dilaporkan telah membatalkan jamuan makan tengah hari sempena lawatan rasmi Perdana Menteri Najib Altantuya, lapor seorang wartawan dari Filipina di London!!

Adalah dipercayai Cameron sendiri yang membatalkan jamuan tersebut susulan daripada tindakan ganas polis yang menyuraikan perhimpunan Bersih di Kuala Lumpur Sabtu lalu.

Pejabat Perdana Menteri Britain di No 10 Downing Street akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara tersebut...

Dalam kejadian berasingan, Najib dan Rosmah dimalukan oleh Kerajaan Britain dengan tidak menyediakan Karpet Merah (RED CARPET) semasa turun dari Airport sebagai tanda Kerajaan Britain tidak menerima tindakan Najib terhadap BERSIH 2.0

Semalam Amnesty International meminta kerajaan Britain untuk tidak memberi carpet merah kepada Najib kerana membuat kezaliman pada rakyat sendiri semasa Bersih 2.0. - Lapuran terkini menyusul di sini

Buatlah Kita Nak Tengok...!!


SAYA BOLEH BUKA AKAUN FB SOKONG PM: ADNAN - tiewnama

RAUB 14 Julai - Adnan Yaakob berkata, beliau juga boleh membuka akaun di laman sosial Facebook bagi mengumpul berjuta-juta penyokong untuk mempertahankan kepimpin Najib Tun Razak.

Katanya, dakwaan pihak-pihak tertentu yang kononnya berjaya mengumpul 100,000 penyokong di laman sosial Facebook bagi menuntut Najib berundur bukanlah memberi gambaran sebenar majoriti rakyat negara ini.

"Saya juga boleh buat tindakan yang sama dengan mengumpul lebih tiga juta penyokong meminta supaya Perdana Menteri jangan letak jawatan...," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pihak tertentu yang kononnya berjaya mengumpul beratus ribu suara rakyat yang mendesak Perdana Menteri berundur di laman sosial berkenaan pada Sabtu lepas iaitu pada hari perhimpunan haram Bersih di Kuala Lumpur.

Menurutnya, kewujudan laman sosial itu boleh dipertikai dari segi kesahihan jumlah sebenar rakyat yang didakwa meminta Perdana Menteri supaya berundur. – TIEWNAMA

NOTA:

jangan cakap saje..buat lah sekrang
tengok boleh sampai 13 orang penyokong atau tidak?

jamin yang like hanyalah:

adnan yacob
adnan tengku fraud
adnan satim
rais yatim
ezam mat nor
reezal
azeez
rtc

tak sampai 10 orang
kah kah kah
kah kah kah

yang tak akan like:

muhyiddin
bini muhyiddin
anak muhyiddin
janda muhyiddin
abang tiri muhyiddin
adik tiri muhyiddin
kj
menatu kj
bini kj
ayah kj
zaid hamidi
ibrahim ali
madey
bini madey
anak madey
cucu madey
janda madey
besan madey
gundek madey
barua madey
kroni madey
kah kah kah

yang menentang dah lebih
dari yang menyokong
kah kah kah

Warna Kuning Terus Hantui UMNO/BN...!!


WARNA KUNING TERUS JADI ISU, LARIAN RELAY FOR LIFE MANGSA TERBARU -MI

Warna kuning terus menjadi isu, kali ini penganjur program Larian Untuk Kehidupan atau Relay For Life menafikan ia ada kaitan dengan perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu.

Selain mengharamkan Bersih 2.0, Putrajaya juga mengisytiharkan bahawa kemeja-T berwarna kuning yang tertera mesej tuntutan pembaharuan pilihan raya juga diharamkan.

Larian anjuran Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) itu akan berlangsung di stadium Universiti Kebangsaan Malaysia pada Sabtu dan Ahad ini.

Penasihat Kehormat NCSM Zuraidah Atan berkata, warna kuning merupakan warna simbolik antarabangsa bagi kanser dan program ini telah masuk kali ketujuh.

“Kebetulan tahun ini kami memilih warna kuning untuk baju larian,” kata beliau dipetik Utusan Malaysia hari ini.

Zuraidah berkata terdapat dua warna yang telah dipilih sempena program tersebut iaitu penghidap kanser akan memakai baju berwarna ungu manakala bukan pesakit akan memakai baju berwarna kuning.

“Selain merah, jambu, hijau dan biru, kuning juga merupakan warna yang sering digunakan untuk program-program kanser.

nota:

tadi berita awal dari temerloh
ramai tak percaya
ini lagi berita yang sama

tak caya?

tak caya
hari sabtu ini sila datang ke:
- dataran tasek shah alam jam 5 perang
- restoran lotus state pj jm 8 malam
- avenue k – klcc jam 4 petang
jangan lupa pakai kuning
kalau tidak pun beli jagong
dan makan jagong di tempat tempat ini
kah kah kah

Saya Orang Biasa...Jangan Muliakan Saya - TGHH


Keangkuhan Kerajaan BN dalam mempertahankan kedudukan mereka sehingga tidak mahu mendengar tuntutan rakyat menunjukkan bahawa kerajaan tersebut tidak akan kekal lama.

Ayah Chik mengimbau kembali sejarah bahawa tidak ada satu pun kerajaan manusia yang kekal di muka bumi ini. Sehebat Kerajaan Nabi Sulaiman A.S, ia tetap lenyap, kerajaan Firaun yang berakhir kerana kezalimannya yang memakan diri, malah kerajaan islam yang berakhir di Turki menandakan bahawa kerajaan manusia tidak akan pernah kekal.

Yang maha hebat Allah, yang kekal hanyalah kerajaanNya!

Sekalipun tindakan polis dilihat tidak profesional apabila menurut arahan daripada atasan untuk bertindak menyerang peserta demonstrasi baru-baru ini, Ayah Chik dalam ucapannya tetap merakamkan terima kasih kepada pasukan keselamatan tersebut yang adakalanya memberi kerjasama kepada PAS dan Pakatan rakyat.

Melihat kepada penyokong-penyokong yang begitu ramai dan di antara mereka ada yang begitu bersemangat sehingga mahu mengiringi Tuan Guru sampai ke rumahnya di Rusila, Ayah Chik berkata :

” Jangan istimewakan saya sehingga nak hantar sampai ke rumah, “

Dengan nada lembut beliau mengingatkan bahawa kita semua sama, orang biasa.


Pertemuan yang singkat bersama saf kepimpinan PAS itu amat bermakna dan memaknakan lagi perjuangan kami. Jom bertemu di Perkarangan Masjid Rusila 15 Julai 2011, hari jumaat ini untuk bersama 5 orang pemimpin tertinggi PAS dalam membicarakan isu BERSIH 2.0 yang masih belum bernoktah.

Siapa Ciplak Siapa...??



NOTA:

kenapa kita mesti menipu
orang melayu
kenapa kita mesti bodohkan
orang melayu

kenapa nak bodohkan orang melayu
dah ramai orang melayu bodoh

dengar lagu dari klip ini
ini ialah lagu terang bulan
sama nadanya dengan lagu negara ku
Soalnya sekarang siapa ciplak siapa...??
kah kah kah

Tak payahlah Nak Kelentong...Semuanya Jelas Terbukti...!!




SEBELAS DOKTOR TAMPIL SAHKAN HOSPITAL DISERANG - MK

Sekumpulan doktor kanan dan pakar perubatan telah mengeluarkan kenyataan membidas kerajaan berhubung 'serangan polis' ke atas peserta perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu di dua buah hospital.

Sehubungan itu, dalam satu kenyataan media kepada organ rasmi PAS Harakahdaily hari ini, doktor berkenaan yang bertugas di Hospital Tung Shin dan Hospital Bersalin Cina di Jalan Pudu berkata mereka akan mengemukakan afidavit bagi menyokong hujah bahawa hospital diserang.

Mereka mendakwa tindakan polis pada Sabtu lalu jelas mencabul pengiktirafan antarabangsa apabila hospital sebagai tempat santuari diserang.

Mahalnya Cincin...??


SPRM DIGESA SIASAT CINCIN RM73 JUTA ROSMAH - MK

Sebuah kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia cawangan Pulau Pinang berhubung dakwaan pembelian sebentuk cincin oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Ketua SAMM Badrul Hisham Shaharin berkata beliau juga akan menyerahkan salinan cetakan dokumen itu dari skrin komputer bagi membuktikan pembelian cincin berharga US$24.4 juta (RM73 juta) itu bebas daripada dikenakan cukai import.

nota:

maklumat ini telah dibocorkan oleh pihak kastam
ini kerana kastam telah mula marah dengan Najib

malah banyak lagi dokumen dokumen
yang akan di hebohkan
semuanya dari sumber kastam

kastam marah kerana ketua mereka dituduh membunuh diri
walhal dia telah di bunuh

Lawan Tetap Lawan....!!


NIK AZIZ SOKONG BERSIH 3.0 JIKA TIDAK BERUBAH – HD

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyokong sekiranya Himpunan Bersih 3.0 diadakan pada masa akan datang demi untuk keadilan dalam pilihanraya.

Menurutnya, pilihanraya adil dan bersih dituntut dalam Islam kerana ianya menyentuh soal kepimpinan negara.

“Sedangkan menjaga diri sendiri juga wajib ikut cara Islam, dengan menikmati semua perkara halal, apa lagi soal mentadbir negara,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung Himpunan Bersih 3.0 sekiranya ia diadakan lagi bagi menuntut pilihanraya adil selepas mempengerusikan mesyuarat exco pagi tadi.

NIK AZIZ SOKONG BERSIH 3.0 – MK

Menteri Besar Kelantan Nik Aziz Nik Mat menyokong sekiranya himpunan BERSIH 3.0 diadakan pada masa akan datang demi untuk keadilan dalam pilihan raya.

Mursyidul Am PAS itu menegaskan, pilihan raya adil dan bersih dituntut dalam Islam kerana ia menyentuh soal kepimpinan negara, lapor Harakahdaily.

"Sedangkan menjaga diri sendiri juga wajib ikut cara Islam, dengan menikmati semua perkara halal, apa lagi soal mentadbir negara? katanya kepada akhbar internet PAS itu.

NOTA:

rakyat memberi spr tiga bulan
untuk melakukan empat tuntutan
empat tuntutan ini tidak memerlukan parlimen
spr boleh melakukannya

1 – hapuskan undi pos
2 – pakai dakwat kekal
3 – bersihkan senarai nama pengundi
4 - lamakan tarikh berkempen dari 7 hari ke 21 hari