Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jul 13, 2011

Kenyataan Rasmi Dewan Muslimat PAS...!!

Dewan Muslimat PAS Pusat (Dewan Muslimat) mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak Polis era pentadbiran Najib Tun Abdul Razak dan sepupunya Hishamuddin Tun Hussein Onn yang telah memilih untuk menggunakan tindakan kekerasan dalam menghadapi dan menangani Himpunan Aman Rakyat ”Bersih 2.0” pada 9 Julai 2011 yang lepas.

Tindakan kekerasan Polis ini terzahir secara jelas menerusi penggunaan semburan air berkimia ”water canon” (difahamkan kepekatannya ditingkatkan sehingga 30% daripada biasa), penggunaan gas pemedih mata ”canister” (difahamkan diimport daripada syarikat yang sama membekalkan bahan tersebut kepada tentera Israel untuk digunakan ke atas ummat Islam Palestin), penggunaan ”cota” atau kayu belantan untuk menakutkan serta memukul rakyat yang berhimpun secara aman dan tanpa senjata, penggunaan pengikat tangan daripada plastik wrap bergerigi yang berpotensi mencederakan dan menjerat tangan mangsa lebih kuat dan cengkam bilamana pergerakan pergelangan tangan mangsa berlaku.

Tidak terkecuali Polis juga telah melakukan ”direct physical contact” terhadap para peserta himpunan termasuk menendang, memukul, menutup mulut, menampar, menarik secara kuat sepenuh kudrat, mengheret, mencekik, memijak, menindih dan pelbagai macam tindakan lagi yang jelas dapat kita lihat berlaku di hadapan mata kita pada hari kejadian yang kami ungkapkan sebagai ”Tragedi Berdarah 709”.

Tindakan melepaskan ”peluru gas pemedih mata - canister” secara membidik tepat kepada khalayak rakyat yang berhimpun secara aman, bahkan ada lokasi tertentu yang rakyat jelas kelihatannya duduk dan merayu agar tidak ”ditembak”, juga adalah suatu tindakan yang melampau, sangat dzalim, tidak berperi kemanusiaan dan seolahnya Polis ketika itu merupakan ”sekumpulan Penjenayah dan Pembuli yang berlesen”. Semua ini dapat dilihat dan dibuktikan secara jelas oleh rakyat serta wakil-wakil media yang hadir dan sempat membuat rakaman daripada pelbagai sudut. Keseluruhan tindakan kejam ini sangat tidak boleh diterima oleh aqal kita sebagai masyarakat madani. Ianya dilihat lebih mirip kepada budaya barbarian dan kehidupan manusia yang tidak bertamaddun.

Justeru, Dewan Muslimat mendesak agar satu Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan dengan kadar segera bagi menyiasat salah laku oleh pihak PDRM, pencabulan undang-undang serta perlanggaran Keluhuran Perlembagaan yang telah dilakukan oleh pihak berkuasa sepanjang menangani Himpunan Aman Bersih ini ; khususnya oleh Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri, Ketua dan Timbalan Polis Negara.

Sehubungan dengan itu, Dewan Muslimat mendesak agar jawatan Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara digantung sementara waktu bagi memberi laluan penyiasatan yang telus dan tanpa sebarang ”gangguan”.

Dewan Muslimat juga mendesak agar SUHAKAM segera mengambil tindakan dan apa jua inisiatif agar hak asasi manusia dalam negara ini terus terjamin. Syor-syor SUHAKAM yang lebih sesuai untuk realiti semasa dunia adalah sangat diperlukan dalam usaha membantu semua pihak khususnya pihak berkuasa itu sendiri agar menghormati hak setiap rakyat yang dijamin kukuh oleh Perlembagaan Persekutuan. Untuk itu, DMPP mendesak agar SUHAKAM diberikan kuasa undang-undang khususnya untuk mengambil tindakan kepada pihak-pihak yang terbukti melakukan pencabulan ke atas hak asasi manusia yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan mahupun oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Dewan Muslimat mengucapkan tahniah dan syabas kepada seluruh Jawatankuasa Bersih 2.0, semua badan NGOs dan parti-parti politik yang bergabung menjalankan Kempen Bersihkan Pilihan Raya Malaysia.

Dewan Muslimat menyanjung tinggi keberanian Rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum dan agama yang komited dan konsistan dalam usaha kita semua menjayakan Kebangkitan Rakyat pada 9 Julai 2011 yang lepas, khususnya bagi menuntut 8 perkara berkaitan Reformasi Pilihan Raya negara yang kita cintai ini.

Sesungguhnya ini adalah ”Hadiah” paling bermakna kepada seluruh rakyat bersempena sambutan Hari Kemerdekaan Negara yang ke-54 pada 31 Ogos akan datang. Justeru, Dewan Muslimat ingin menyarankan agar seluruh warga, pendokong dan penyokong Kempen Bersih ini mengenakan (memakai) pakaian berwarna Kuning pada tanggal 31 Ogos 2011 itu nanti sebagai manifestasi solidariti kita semua untuk sebuah Malaysia yang lebih baik dan bermakna untuk seluruh rakyat.

Dewan Muslimat turut menyelar semua pihak yang terlibat menafikan hak dan kewajaran Bersih 2.0 daripada menggunakan Stadium Merdeka pada 9 Julai 2011. Pandangan Patriot melalui Abdul Aziz (MT UMNO) misalnya yang mengatakan bahawa Stadium Merdeka adalah ”tempat yang suci” dan Bersih 2.0 tidak layak diberikan tempat di Stadium Merdeka adalah ternyata satu kenyataan yang biadab, tidak menghormati rakyat, derhaka dan tidak menghormati KDYMM Tuanku Mizan , bahkan suatu kenyataan melulu yang tidak matang dan bersifat munafiq.

Dewan Muslimat mencabar UMNO dan Pemuda UMNO khususnya, bagi menyatakan pendirian apakah artis-artis Barat yang berpakaian menjolok mata lebih ”mulia” dan ”bersemangat partriotik” kepada negara ini berbanding rakyat Malaysia yang menuntut satu sistem dan perjalanan Pilihan Raya yang Bersih dan Adil? Yang tentunya bercita-cita dan mendambakan ”Hari Esok Yang Lebih Baik Untuk Semua Warga”? Rakyat pelbagai kaum yang sanggup berdiri bersama ”without fear and favour”, dan terbukti telahpun menghadapi setiap cabaran dan ancaman yang dilontarkan oleh penguasa dzalim, Regim Barisan Nasional!

Dewan Muslimat turut merakamkan perasaan sangat berdukacita dan takziah kepada seluruh keluarga yang saudara mereka telah menjadi mangsa kedzaliman Regim Barisan Nasional. Khususnya kepada keluarga Almarhum Baharuddin Ahmad, seorang peserta Himpunan Bersih yang telah kembali ke rahmatuLlahi pada petang 9 Julai 2011 akibat daripada ”over reaction” pentadbiran Najib.

Akhirnya, Dewan Muslimat menyokong penuh akan pendirian berupa peringatan dan saranan oleh Presiden PAS, YB Tuan Guru Datuk Seri Hj Abdul Hadi Hj Awang bahawa 9 Julai 2011 itu hanyalah satu muqadimah kesungguhan dan ketegasan tuntutan rakyat. Dewan Muslimat komited untuk terus memberi kesedaran kepada seluruh warga akan keperluan suatu sistem Pilihan Raya yang Bersih dan Adil bagi memastikan negara ini dapat dihormati kawan dan juga lawan.

Kembalikan Kuasa Rakyat! Bersihkan Pilihan Raya! Allahu Akbar!

Hormat Daripada,

AIMAN ATHIRAH AL JUNDI
Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat
13 Julai 2011, Kuala Lumpur

Ucapan Penuh Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, 11 Julai, 2011


Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada semua, saudara saudari yang hadir dan yang tidak dapat hadir, yang mengikuti demonstrasi aman di Kuala Lumpur, saya ucapkan terima kasih kepada semua.

Sebenarnya kita mempunyai sikap dan pendirian yang yang satu, mengajak kebaikan kepada negara dan seluruh rakyat dengan cara yang aman dan adamai melalui pilihanraya yang adil

Himpunan yang dianjurkan oleh Bersih 2.0, yang diatur oleh NGO, Pertubuhan-pertubahan Bukan Kerajaan di kalangan Islam dan bukan Islam. Mereka bukan parti-parti politik dan mereka tidak terlibat dengan pilihan raya.

Mereka adalah kalangan cerdik pandai, di kalangan profesional di seluruh negara pelbagai kaum. Yang melihat banyak perkara yang tidak kena, yang boleh merosakkan negara kerana merosakkan demokrasi, walau pun hari ini Umno menganjurkan perhimpunan. Presidennya mengatakan, hendak mendukung dan menghidupkan demokrasi.

Demokrasi jenis apa? Kita mahu demokrasi yang mencerdikkan rakyat dan bukan demokrasi yang membodohkan rakyat. Demokrasi adalah hak rakyat untuk menjadi hakim yang adil. Rakyat mestilah diberi peluang untuk mendapatkan maklumat daripada semua parti yang bertanding. Bukan hanya maklumat dari satu parti yang memerintah dan sedang memerintah sahaja.

Parti yang tidak memerintah mereka tidak mendapat maklumat. Dan kita mesti sedar, bagi orang Islam kerajaan yang sempurna hanya kerajaan Allah SWT sahaja.

Kerajaan manusia tidak sempurna mereka perlu ditegur, mereka perlu dibaiki, demokrasi adalah peluang untuk rakyat mengajar parti yang memerintah yang silap. Rakyat mesti tahu apa kesilapan dan apa kesalahan. Jangan ditutup dan apa yang berlaku hari ini tv, radio, surat khabar yang disebar dengan luas semuanya memuji kerajaan yang memerintah, kerajaan Barisan Nasional. Menutup segala kesalahannya, seolah-olah sempurna macam Tuhan. Ini satu ajaran salah yang sangat besar.

Dalam masa yang sama rakyat tidak diberi peluang mengundi dengan cara yang adil, ada undi pos, ada pengundi ‘hantu’. Pengundi yang sudah meninggal dunia mengundi juga, pengundi yang mengundi acap kali, pengundi yang tidak bertanggungjawab, pengundi yang miskin yang ‘dibeli’ dengan duit orang-orang kaya yang bagi rasuah politik. Mereka bagi rasuah kepada pemimpin-pemimpin Barisan Nasional. Bagi rasuah kepada rakyat untuk mengundi mereka.

Selepas menang, maka projek-projek mega yang besar diberi kepada ‘kaki-kaki’ rasuah ini. Sedikit sahaja hasil negara turun kepada rakyat yang miskin. Harga barang-barang naik dan tidak mampu hendak ditahan lagi. Hasil negara banyak yang ‘bocor’ degan sebab rasuah ini.

Kita mahu pilihan raya bersih dan rakyat diberi maklumat sepenuhnya. Ada kalangan yang mengatakan kenapa PAS menyokong orang bukan Islam yang menganjurkan Bersih 2.0 ini?

Kita diajar oleh Nabi Muhamad SAW. Di zaman jahiliyah sebelum Islam, Nabi SAW diajak oleh bapa saudaranya yang bukan Islam. Hadir dalam satu perbincangan untuk menentang yang zalim dan menentang perkara yang salah yang dikenali dengan al-hilful fudzul. Nabi SAW menyebut, “Sekiranya pakatan untuk menentang yang zalim ini yang dilakukan di zaman jahiliyyah dibawa di zaman Islam, walau pun mereka orang jahiliyyah aku ikut sama”, kata Nabi SAW. Kita diajar oleh Nabi SAW.

Mereka yang menganjurkan Himpunan Bersih 2.0 ini bukan ahli-ahli politik. Tetapi mereka yang cerdik pandai yang tidak senang dengan perkara yang berlaku. Mereka menganjurkan perhimpunan aman. Saya ucap terima kasih kepada Pemuda-pemuda kita yang ikut sama muslimin-muslimat, saudara-saudari pelbagai kaum. Melayu Islam, Cina, India dan lain-lain berarak sama.

Kita arah jangan lakukan kekasaran. Kita tidak mahu berlawan dengan polis, tidak mahu berlawan dengan pasukan keselamatan. Kita tahu yang jadi ‘kepala harian’ ialah Umno-Barisan Nasional. Jika kita bergaduh dengan polis, akan jadi seperti ‘alu dengan lesung’ yang berlaga dan yang kenyangnya ayam. Mereka (Umno) yang ‘kenyang’ (untung), tidak ada gunanya.

Alhamdulillah, pemuda-pemuda kita dari semua kaum ikut arahan. Walau pun mereka (kerajaan) sekat dari segenap penjuru dan ada orang yang diharamkan masuk ke Kuala Lumpur. Macam mana kita rakyat di negeri ini diharamkan masuk ke dalam negeri kita sendiri. Orang Kuala Lumpur pun diharamkan juga masuk ke Kuala Lumpur. Dia duduk di Kuala Lumpur doh, haram macam mana.

Alhamdulillah, kita masuk dan kita adakan perhimpunan dengan jumlah yang sangat besar. Jumlah itu tidak mampu dilawan oleh polis sebenarnya. Mereka tak mampu lawan! Kalau kita nak lawan, boleh lawan. Bukan cara kita. Kita sedar mereka telah dipaksa kerajaan Barisan Nasional. Oleh pmimpin-pemimpin yang zalim ini.

AlhamduliLlah kita telah menganjurkan perhimpunan dengan cara yang baik, dengan cara yang aman walaupun disembur dengan gas pemedih mata...matanya pedih, nafasnya (jadi) sesak. Dan ada orang yang mati, ada orang yang cedera, ada orang yang tidak apa kena gas dan dia (gas) jadi ubat 'seduan'! Ada yang nak pergi lagi, kalau ada berark, ada yang nak pergi lagi dan ramai yang ditahan.

Bukan semua anggota polis ini boleh menjadi alat, ramai dikalangan mereka melayan kami dengan baik, melayan kami dengan sopan, dengan teratur. Saya pun dalam balai polis diajak bergambar, menandakan mereka bukan semuanya jadi alat Barisan Nasional.

Saya ucap terim kasih kepada anggota keselamatan dan kita ambil gambar semuanya. Yang 'berhalus' kita ambil gambar, yang 'berkasar' pun kita ambil gambar. Kerana (ada) beribu-ribu kamera, kita kumpul gambar ini menjadi saksi dan kita kenal mereka yang bersabar dan mereka yang tidak beradab.

AlhamduliLlah, dengan berkat doa saudara-saudari, dengan simpati saudara-saudari, dengan pertolongan Allah, semua kita dibebaskan. dan saya tak mahulah diberi layan yang istimewa....pergi hantar sampai ke rumah... terima kasih layanan yang baik, (tapi) janganlah untuk saya sahaja, orang lain pun kena (layan) baik juga. Kerana tidak ada beza antara kita semua.

Saya nak beritahu, bahawa kebangkitan rakyat tidak boleh dihalang, kebangkitan rakyat lebih daripada banjir, kalau halang banjir, empangan (jadi) pecah, ini akan berlaku. Dan kita beritahu, himpunan kita kali ini adalah muqaddimah Kita beri isyrat supaya Barisan Nasional bersopan, beradab dan dia kena sedar, kita orang islam diajar, tidak ada kerajaan yang kekal selama-lamanya melainkan kerajaan Allah sahaja.Termasuk kerajaan Nabi dan Rasul pun tidak kekal, semua kerajaan dunia tidak kekal, kerajaan yang kekal hanya kerajaan Tuhan sahaja.

Kita harap pemimpin-pemimpin Barisan Nasional supaya turun secara sopan, secara berdab, secara tertib. Jangan turun secara tunggang langgang yang memalukan sebagaimana yang berlaku di negara Arab, dinegara-negara lain didunia (yang) turun dengan cara yang memalukan. Kalau turun dengan cara baik, alangkah baiknya, kita jadikan demokrasi sebagai landasan

PAS adalah parti yang sabar. PAS pernah menang, PAS pernah kalah. PAS pernah jatuh kerajaan(nya), PAS sabar, tunggu puluh-puluh tahun Kita minta Barisan Nasional beradab da bersopan, ubah demokrasi dengan cara yang baik, macam negara-negara lain dalam dunia ini.

Suka saya menjelaskan, bhawa kebangkitan rakyat seperti yang berlaku pada hari ini sepatutnya tidak menakutkan Barisan Nasional. sepatutnya menyedarkan mereka. Marilah kita jadikan ini sebagai satu gelombang, yang akan diikuti dengan gelombang-gelombang yang lebih besar yang akan membersihkan panai negeri Terengganu daripada sampah-sampah.

Dan akhirnya, saya ucap terima kasih kepada semua yang hadir, mudah-mudahan Allah memberi pahala kepada semua yang terlibat, termasuk yang bukan Islam. Ada kalangan yang nak melagakan kaum, nak melagakan Melayu Cina, nak buat 13 Mei pula, ini GILA. Yang bercakap (tentang) 13 Mei, pertubuhan-pertubuhan NGO jenis-jenis ini, pasal apa tak ditangkap mereka? Mereka patut diambil tindakan, yang melakukan provokasi!

Malangnya, mereka yang ajak berubah secara damai ini diambil tindakan. AlhamduliLlah, prhimpunn BERSIH telah memberikan kepercayaan dari semua kaum kepada PAS, Parti Islam, baru mereka kenal Parti Islam adalah parti damai, parti adil, parti baik, parti yang nak ajak kepada dil dan huru hara adalah bukan perjuangan kita Kita nak aman, baik, ini (akan) menyelamatkan kita semua

Marilah kita memanjatkan doa (kepada Allah) doa orang yang kena zalim!

Siakap Senohong, Gelama Ikan Duri...!!


Siakap Senohong Gelama Ikan Duri
Janji bohong, stadium tak diberi

Siakap Senohong Gelama Ikan Duri
Bercakap bohong, lama-lama jadi menteri

Siakap Senohong Gelama Ikan Duri
Titah Agong, Menteri tak hormati

Siakap Senohong Gelama Ikan Duri
Najib Dan Hishamudin Sombong, Hanya Besar Diri

Siakap Senohong Gelama Ikan Duri
Media Pembohong, Sekarang Dah Zaman Sains Teknologi

Siakap Senohong Gelama Ikan Duri
Media pembohong, suka fitnah peribadi

Siakap Senohong Gelama Ikan Duri
Kroni ditolong, duit rakyat dicuri

Siakap Senohong Gelama Ikan Duri
Kos belanja PM melambung, rakyat gigit jari

Siakap Senohong Gelama Ikan Duri
Buat pilihanraya bohong, nak selamatkan diri

Siakap Senohong Gelama Ikan Duri
Agensi kerajaan dikongkong, untuk kepentingan diri

Siakap Senohong Gelama Ikan Duri
APCO Yahudi ditolong, Palestin sedikit diberi

Siakap Senohong Gelama Ikan Duri
Sumpah laknat bohong, nanti makan diri

Siakap Senohong Gelama Ikan Duri
Pemuda Berbondong Dah Mula Sedar Diri

UMNO Cawangan Mesir Buat Onar....!!


Seramai 2500 mahasiswa/wi cawangan Kaherah bersatu hati berkumpul di perkumpulan BERSIH 2.0 di Haiyu Asyir diikuti oleh cawangan-cawangan lain seperti Zaqziq, Tanta, Dumyat dan Mansurah. Sokongan mereka terhadap BERSIH 2.0 dipandang sebagai satu malapetaka oleh UMNO Mesir.

Ekoran dari kejayaan tersebut, Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) a.k.a Education Malaysia Egypt (baca jentera UMNO Mesir) telah mengeluarkan ugutan terhadap mahasiswa/wi Melayu Mesir. Ugutan tersebut berbunyi;

"Berdasarkan pekeliling yang dikeluarkan oleh KBMK rujukan SR (081) 95/2/3 bertarikh 6 julai 2011 berkaitan larangan bagi rakyat Malaysia untuk terlibat dalam perhimpunan haram BERSIH 2.0. Justeru, mahasiswa/wi yang didapati terlibat dalam perhimpunan tersebut dan yang berkaitan dengannya adalah dilarang untuk membuat terjemahan pengesahan pengajian dan transkrip peperiksaan sebagai tindakan terhadap keingkaran kepada arahan tersebut"

http://jpmk.info/?p=2457

Nota :

1) Amat terbukti bahawa kewujudan JPMK / EM adalah tidak lebih untuk menekan mahasiswa/wi.

2) JPMK / EM (apa-apa jelah, yang penting kita tahu mereka jentera UMNO).

3) JPMK / EM berlagak seperti penguatkuasa yang hobinya mengugut dan mengancam.

4) JPMK/ EM tidak profesional.

Mahasiswa/wi Mesir sudah lama terdedah dengan ancaman, sekatan dan ugutan. Silap besar jika dengan ugutan yang menggelikan hati ini mampu menundukkan mereka. Mari berkenalan dengan orang kuat UMNO Mesir

http://www.facebook.com/#!/profile.php?id=1824075400
http://www.facebook.com/#!/profile.php?id=100000178784057

Kenyataan Rasmi...!!

BERSIH 2.0: Pemuda Tuntut Bersih 3.0 Segera

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak melihat semua tuntutan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) bagi memastikan sistem Pilihanraya Malaysia telus langsung tidak dilayan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan cuba memesongkan pemikiran rakyat ke arah isu lain dan tidak membincangkan isu pokok bahawa sistem Pilihanraya di Malaysia perlu perubahan drastik.

Oleh kerana dengan sikap Datuk Seri Najib tidak langsung mendengar signal rakyat terutama anak muda yang bersama di dalam himpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai yang lalu, maka kami mewakili suara anak muda mencadangkan supaya dianjurkan Himpunan Bersih 3.0 tahun ini juga sebelum berlakunya Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 nanti. Kami melihat semakin ramai anak muda mula bersama dengan BERSIH dan mula menyuarakan tuntutan bersama.

Kami akan memimpin kebangkitan anak muda bagi menuntut satu sistem Pilihanraya di Malaysia yang perlu diperbaiki dengan drastiknya dan kami akan menjadi nadi rakyat bagi menjadi pentas buat rakyat terutama anak muda bagi menzahirkan pandangan mereka terhadap sistem demokrasi Malaysia yang semakin tenat.

Malah kini semakin ramai anak muda menyuarakan kehendak mereka untuk tidak melepaskan peluang bersama dengan BERSIH 3.0 akan datang kerana mereka mahu melihat sendiri kekejaman Umno / Barisan Nasional (BN).

MOHD AKMAL KAMARUDIN
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak

Terima Kasih "Facebook"...!!


DESAK NAJIB LETAK JAWATAN DI FACEBOOK BIADAP –BH

Mohd Shafei Apdal berkata kewujudan ‘fan page’ di laman sosial Facebook yang mendesak supaya Najib Razak meletak jawatan adalah tindakan biadab dan tidak bertanggungjawab.

Katanya, tindakan berkenaan adalah antara usaha terbaru sesetengah pihak yang dipercayai didalangi oleh penyokong pakatan pembangkang supaya dapat mempengaruhi orang ramai agar percaya dengan propaganda bahawa rakyat kini sudah tidak lagi mempercayai kepimpinan Perdana Menteri.

“Ini hanya sebagai helah untuk mempengaruhi orang supaya percaya dengan propaganda yang didalangi pakatan pembangkang selepas usaha mereka untuk mencetuskan huru-hara menerusi perhimpunan haram Sabtu lalu, tidak berjaya.

NOTA:

apa dia GAN?
GAN ialah gerakan anti najib...
kah kah kah

kenapa menteri ini tak selidik dalam dalami?
tidak kah menteri ini ada otak?
tidak kah menteri ini boleh berfikir?

siapa untung jika najib letak jawatan?
jawabnya ialah Muhyidin...
kah kah kah

ATAU

Menteri ini pun satu tim dengan Muhyidin
dengan mengeluarkan berita ini lebih maka
ramai lagi pengunjung akan masuk ke dalam facebook ini
kah kah kah

Kuningkan Hari Sabtu Anda....!!


BERSIH MINTA RAKYAT PAKAI KUNING SETIAP SABTU -MK

Jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 mencadangkan rakyat berpakaian kuning setiap Sabtu sebagai sokongan berterusan kepada pergerakan itu yang menuntut lapan perkara bagi pembaharuan pilihan raya di negara ini.

Ketua BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga meminta rakyat memakai apa-apa yang kuning pada setiap Sabtu sebagai menunjukkan sokongan mereka kepada tuntutan 62 NGO gabungannya itu.

KUNING SETIAP SABTU – HD

PAS mendakwa pihak polis terlebih dahulu didoktrin soal perkauman berdasarkan corak tangkapan yang dilakukan pada perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, media milik Umno BN dari awal lagi memainkan peranan menggambarkan seolah-olah wujud sentimen perkauman di sebalik penganjuran perhimpunan ini.

"Peringatan kepada media, jangan api-apikan soal perkauman, soal kononnya DAP memperalatkan orang itu, orang itu memperalatkan orang ini, dan sebagainya.

NOTA:

sila ambil perhatian
anak anak muda..sila mula menyusun
sila teruskan kempen bersih
sila ikuti laman dan blog
sila ikuti facebook
untuk maklumat terkini