Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jun 3, 2011

No Way To 'Sekularisme"....!!


Nik Aziz tentang semua 'warna' sekularisme-MK

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat menjadikan penegasan menentang fahaman sekularisme sebagai inti penting dalam ucapan pemulanya dalam muktamar parti itu yang sedang berlangsung.

"Saya menyatakan perkara ini sebagai satu penegasan agar PAS mampu berdepan dengan penjajahan pemikiran dan gelombang sekular yang datang dengan pelbagai warna, ada yang biru dan ada yang merah.

"Walau apa jua warna sekalipun, ia tetap merupakan gelombang jahiliah yang mesti ditolak," katanya ketika merasmikan pembukaan Dewan Muslimat di Shah Alam hari ini.

Dalam konteks Pakatan Rakyat, PAS walaupun sebuah parti Islam tetap bergabung bersama PKR dan DAP yang mempunyai perlembagaan parti yang sekular.

Gabungan itu bagaimanapun mengakui mengakui Islam sebagai agama persekutuan seperti termaktub dalam perlembagaan.

Dalam ucapannya, Nik Aziz berkata, perjuangan PAS berdasarkan kepercayaan bahawa semua perkara dalam dunia ini milik Allah dan ekoran itu perintah-Nya dalam Al-Quran dan Hadis mesti dituruti.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, beliau mendakwa, Umno antara pihak yang menentang perkara tersebut.

Katanya, parti itu hanya "menentang orang Melayu yang menolak Islam" dengan nama Umno.

Sementara itu, Ketua Muslimat PAS Nuridah Salleh dalam ucapannya sebelum itu mengingatkan anggota dewan itu mengambil iktibar daripada kekalahan mereka dalam pilihan raya Sarawak bagi menghadapi pilihan raya umum depan.

Katanya, kegagalan mereka di kesemua lima kerusi yang ditandingi merupakan mesej dariapda tuhan bahawa tiada jalan pintas untuk berjaya.

"Mana mungkin pengundi-pengundi yang tidak langsung mengenali dan memahami perjuangan PAS dapat semua dirayu dan diyakinkan dalam hanya lapan ke sepuluh hari berkempen?" katanya.

Tahniah !!! Bekas Pemain Hoki Kebangsaan Sertai PAS...!!


Bekas pemain bolasepak kebangsaan Radhi Mat Din ( 2 dari kiri ) dan bekas pemain hoki kebangsaan Chairil Anwar ( 3 dari kiri ) bersama Tim. Presiden dan Ketua Pemuda Pas.Turut kelihatan Pendakwah Bebas Ust Azhar Idrus ( 3 dari kanan ) dan bekas pelumba motosikal terkenal tanahair Yasir Said ( kanan sekali

TAHNIAH... semakin ramai Celebriti Tanahair sertai PAS.. selepas Bob Lokman kini terbaru Chairil Anwar bekas penyerang Hoki Kebangsaan, Ustaz Azhar Idrus pendakwah bebas terkenal tanahair, Radhi Mat Din bekas penyerang kebangsaan dan khabarnya Misbun Sidek bekas pemain badminton negara.. Syabas Semua!

Keputusan Penuh Pemilihan Dewan Muslimat PAS 2011

Pemilihan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) bagi sesi 2011/2013 menyaksikan Siti Zailah Mohd Yusof menang jawatan Ketua DMPP menewaskan penyandang sebelumnya, Nuridah Salleh.

Perkara tersebut diumumkan timbalan pengerusi jawatankuasa pemilihan PAS Pusat, Datuk Wan Mutalib Embong

Berikut adalah senarai Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat untuk Sesi 2011/2013:

Pengerusi Tetap : Norhashimah Deraman
Timbalan Pengerusi Tetap: Fatimah Ismail
Ketua : Siti Zailah Mohd Yusof, YB 385 undi
Timbalan Ketua : Siti Mariah Mahmud, YB Dr. 437 undi
Naib Ketua : Mumtaz Mohd Nawi, YB 334 undi

Ahli Jawatankuasa:

1) Aiman Athirah Al-Jundi 497 undi
2) Halimah Ali, ) YB Dr 482 undi
3) Asiah Ali, Dr 470 undi
4) Aida@Nurul Huda Yusof Rawa
5) Wan Ubaidah Wan Omar, YB
6) Kartini Ahmad
7) Mastura Mohammad
8) Normala Sudirman
9) Azizah Khatib Mat, Ustazah
10) Rosni Adam, Dr
11) Najihatussolehan Ahmad, Dr
12) Siti Aisyah Ghazali, YB

Di Sebalik Tabir Muktamar PAS Ke 57


Muktamar tahunan PAS kali ke-57 mendapat perhatian istimewa. Walapun sorotan media lebih tertumpu kepada proses pemilihan parti, khususnya membabitkan jawatan timbalan presiden yang sukar diramal keputusannya, namun rakyat dilihat mengharapkan ia bakal menjadi medan perbahasan yang berkesan terhadap isu-isu kritikal yang melanda negara.

Selain mempertemukan petugas parti pelbagai peringkat dari seluruh negara, dalam satu perhimpunan tahunan terbesar, yang menjanjikan pengukuhan persaudaraan dan jalinan ukhuwwah yang mantap, saling bertukar maklumat dan penyegaran idea baru, muktamar juga bakal menyaksikan satu persidangan menarik mengupas pelbagai persoalan penting menjelang pilihan raya umum ke-13. - Lutfi

Siapa disebalik persiapan muktamar kali ini?

Panitia Induk Muktamar Tahun PAS Kali ke-57

Dato’ Haji Mustafa Ali : Pengerusi
YB Dato’ Haji Takiyuddin Hassan : Tim. Pengerusi
Sdr Ahmad Sabki Yusuf : Tim. Pengerusi 1
Haji Mohamad Noor Mohamad : Tim. Pengerusi 2 / Pengarah
Sdr Mohd Radzi Yusof : Tim. Pengerusi 3 / Tim. Pengarah
Drs Syed Mohamed Syed Hassan : Setiausaha
Sdr Md Shukor Aziz : Pen. Setiausaha
YB Dr Haji Mohd Hatta Md Ramli : Bendahari
Sdr Khairul Anwar Abdul Manap : Pen. Bendahari
Ustaz Mohd Zain Abdul Rahman : Penyelaras Ulamak
Sdr Khairul Faizi Ahmad Kamil : Penyelaras Pemuda
Puan Kartini Ahmad : Penyelaras Muslimat
YB Dato’ Ustaz Haji Abdul Halim Abd Rahman : Ketua Pemilihan
Sdr Khairuddin Othman : Ketua Protokol
Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan : Ketua Persiapan Dewan
Sdr Khairuddin Sam : Ketua Keselamatan
Sdr Hedzer Ibrahim : Ketua Pentas
Ustaz Abdul Rahim Saidin : Ketua Pendaftaran
Sdr Mohamad Suhaimi Abdul Aziz : Ketua Penerangan & Publisiti
Dr Rosni Adam : Ketua Rawatan & Kecemasan
Ustaz Sarhan Halim : Ketua Lalulintas & Parking
Sdr Suhaimi Embong : Ketua IT
Haji Abdul Halim Hassan : Ketua Gerai & Jualan
Sdr Omar Satari : Ketua Kebersihan & Kemudahan Asas
Ustaz Wan Ahmad Rasyidi Wan Othman : Ketua PA Sistem
Sdr Mohd Fadli Ghani : Ketua Pameran
Haji Ismail Yahya : Ketua Bentara
Ustaz Mohd Khoirul Anwar Mat Zuki : Penyelaras Jemputan Khas
Haji Amran Abdul Majid : Ketua Jamuan & Persegaran
Sdr Izamuddin Ludin : Ketua Perbarisan
Sdr Helman Samsuddin : Penyelaras Media
A. Yazid Alias : Ketua Tugas-Tugas Khas

Panitia Dewan Ulama

Penasihat : Dato' Tuan Guru Haji Harun Taib
: Dato' Ustaz Haji Ahmad Yakob
: Dato' Dr. Ustaz Haji Mahfodz Mohamad
Pengarah : Ustaz Haji Muhammad Zain Abdul Rahman
Timbalan Pengarah 1 : Dr. Ustaz Haji Shahbudin Ngah
Timbalan Pengarah 2 : Ustaz Haji Ahmad Arif Mohd Arshad
Setiausaha : Ustaz Wan Ahmad Rasyidi Wan Othman
Penolong Setiausaha (1) : Ustaz Haji Nor Najhan Mohd Salleh
Penolong Setiausaha (2) : Ustaz Haji Azhar Yahya
Bendahari : Ustaz Haji Mohd Khairuddin Razali
Penolong Bendahari : Ustaz Haji Wan Hamidi Wan Hamat
Ketua Penyelaras Pendaftaran : Ustaz Ibrahim Bahruddin
Ketua Penyelaras Persiapan Dewan : Ustaz Farhan Mohd Suhut
Ketua Penyelaras Bentara : Ustaz Mohd Suffian Ismail
Ketua Penyelaras Jamuan dan Persegaran : Ustaz Haji Azhar Yahya
Ketua Penyelaras Disiplin dan Protokol : Ustaz Nurul Khalil Rosli
Ketua Penyelaras Keselematan dan Lalu lintas : Ustaz Mohd Adha Buyong
Ketua Penyelaras Teknikal, Rakaman & IT : Ustaz Syed Abdul Kadir Syed Hussin Aljoofre
Ketua Penyelaras Tugas-tugas Khas : Ustaz Mohd Izzat Mohd Ropi
Ketua Penyelaras Khas Majlis Muktama : Ustaz Haji Nor Najhan Mohd Salleh
Ketua Penyelaras Khas Buku Muktamar : Sekretariat DUPP
Ketua Penyelaras Khas Ucap Utama : Sekretariat DUPP
Ketua Penyelaras Khas Usul Muktamar : Sekretariat DUPP

Panitia Dewan Muslimat

Jawatan Nama

Penasihat 1 Ustzh Hjh Nuridah Mohd Salleh
Penasihat 2 Hjh Wan Hasrina Wan Hassan
Penyelaras / Pengerusi Kartini Ahmad
Tim. Penyelaras 1 / Tim. Pengerusi 1 Hjh Sakinah Awang
Tim. Penyelaras 2 / Tim. Pengerusi 2 Noraini Hussin
Setiausaha Siti Murshidah Ramly
Pen. Setiausaha Norazlin Md Samsudin
Bendahari YB Hjh Wan Ubaidah Omar
Tim. Bendahari Dr Rosni Adam
Ketua Protokol Hani Mohd Ali
Tim. Ketua Protokol Hjh Lity Atini Yahya
Ketua Penerangan & Publisiti Hjh Salbiah Abd Wahab
Ketua Keselamatan Shamsyifa' Shamsudin
Tim. Ketua Keselamatan Siti Norfathiah Daud
Ketua Pendaftaran Norzarina Mohd Azhar
Tim. Ketua Pendaftaran Nor Hidayah Mustafa
Ketua Persiapan Tempat Siti Zubaidah Mohd Yusof
Ketua Logistik Nur Haeirina Sharifuddin
Ketua Tajaan Iklan & Sumbangan Sharina Salim
Tim. Ketua Tajaan Iklan & Sumbangan Khairi Syutina Mahmood
Ketua Jamuan & Persegaran Hjh Rosnah Abdullah
Tim. Ketua Jamuan & Persegaran Norsaerah Hussain
Ketua Lalulintas & Parking Firdaus Manani
Ketua Unit IT Zarina Osman
Ketua Bentara Nor Aziyati Ashary
Tim. Ketua Bentara Raihan Habil
Ketua Rawatan & Kecemasan Murniyati Abdul Halim Azizi
Ketua Cenderahati Khadijah Mahmud
Ketua Tugas-tugas Khas Sharifah Rashida Sayed Idrus
Ketua Gerai & Jualan Noor Lalili Aslah
Ketua Nurseri Siti Hernadia Wahrozi
Pengurus Acara Izza Malek


Panitia Dewan Pemuda

Penasihat : Ust Nasrudin Hassan (Ketua DPPP)
Ketua Pengarah : Khairul Faizi Ahmad Kamil (S/U DPPP)
Timb Pengarah 1 : Ust Hasbullah Mohd Ridzwan (KP Selangor)
Tim Pengarah 2 : Herman Samsudeen (KP DPP WP)
Setiausaha : Ust Kamal Ashaari (PSU DPPP)
Pen. Setiausaha 1 : Khairul Fahmi Mat Som (SU DPPN Selangor)
Pen. Setiausaha 2 : Kamarul Ariff Ambak (SU DPPWP)
Pengarah Kewangan : Mohd Adram Musa (Bendahari DPPP)
Pen Peng Kewangan : Ust Yussaine Yahya ( Exco DPPP)

Ketua Unit-Unit

Pendaftaran : Mohamad Suhaimi bin Abdul Aziz (Sekretariat)
Persiapan Tempat : Ust Mohd Haidar Taslim (DPPK Kapar)
Persiapan Pentas : Ust Mohd Haidar Taslim (DPPK Kapar)
Protokol : Hj Ir Muhd Khairil Nizam Khairuddin (PSU DPPP)
Penginapan : Ust Nasaruddin (DPPK Shah Alam)
Cenderahati /Anugerah : Abu Bakar bin Abdul Rahman (DPPWP)
Promosi & Publisiti : Zainal Said (DPPK Kota Raja)
Unit IT : Wan Asrul Afendi Wan Mohamad (DPPP)
Multimedia : Rusli Yasmin (Sekretariat)
Rekabentuk & Cetakan : Mohd Firdaus Ishak (DPPWP)
Jamuan : Mohd Nazri bin Mat Nawi (DPPK Klang)
PA System, Video Audio : Kamarul Ariffin (DPPK Shah Alam)
Keselamatan/Lalulintas : Hj Azemi (AMAL Selangor)
Bentara Dewan : Supyan Mat Nan (DPPN Selangor)
Perbarisan : Juhari Osman (AMAL DPPP)
Kebersihan : Izamuddin Mohd Ludin (AMAL WP)
Rakaman & Dokumentari : Wan Asrul Afendi Wan Mohamad (DPPP)

Sepandai-Pandai Tumpai Melompat, Akhirnya Ke Tanah Jua...!!


MISTERI ORANG KETIGA KE MACAU : NAJIB DICABAR TUNJUK PASPORT – keadilan daily

KEADILAN mencabar Najib Razak untuk mendedahkan rekod perjalanannya bagi membuktikan dirinya bukan individu ketiga yang dikatakan bersama Razak Baginda dan Altantuya Sharibuu dalam penerbangan ke Macau.

Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution berkata, Najib perlu tampil memberi penjelasan, sebelum perbicaraan skandal rasuah pembelian kapal selam Scorpene itu dimulakan di Mahkamah Perancis, Julai ini.

“Saya harap Jabatan Imigresen tidak memadamkan rekod itu. Najib bukan sahaja perlu dianggap bersih, tetapi dia perlu dilihat bersih,” kata Setiausaha Agung Keadilan, Saifuddin Nasution pada sidang media di ibu pejabat Keadilan.

Pendedahan itu berikutan siasatan pihak berkuasa Perancis terhadap skandal rasuah Scorpene- yang membawa kepada penemuan tiga e-tiket penerbangan ke Macau pada 2002.

Penerbangan itu dikatakan melibatkan tiga individu yang dipercayai terlibat dalam pembayaran komisen kapal selam berkenaan, manakala dua tiket itu disahkan atas nama Abdul Razak Baginda dan Altantuya Shariibuu.

Razak, yang juga kenalan rapat Najib, dibebas mahkamah pada Oktober 2008, atas dakwaan membunuh Altantuya Shariibu- warga Mongolia yang menjadi penterjemah dalam urusan pembelian Scorpene.

“Seorang telah mati, seorang lagi telah didakwa di mahkamah. Barangkali, orang ketiga itu mungkin kini memegang jawatan tinggi,” ujar Saifuddin.

NOTA:

najib telah dituduh sebagai orang ketiga
intenet dan tweeter telah heboh
kes bicara kes najib akan dibuka di paris tidak lama lagi
untuk pengetahuan orang ramai kes ini bukan kes siapa bunuh altantuya
atau kes siapa entot altantuya
jangan silap faham
kes ini ialah kes sebuah syarikat peranchis telah menerima rasuah

apa yang menarik ialah najib telah bersumpah laknat
menafikan yang dia pernah jumpa dengan arwah altantuya
apabila kes ini dibuka di paris nanti
najib razak baginda akan di panggil untuk memberi keterangan

akhbar di malaysia akan buat berita kes ini tidak penting
akhbar di malaysia akan tuduh ini rancangan pembangkang
akhbar di malaysia akan perlekeh kes ini

berita telah kedengaran bahawa kerajaan malaysia
ingin buat deal agar nama najib tidak disebut dalam mahkamah
sejauh mana berita ini saheh belum dapat kepastian

apa yang saheh ialah apakah najib razak orang ketiga
yang sedang heboh diperkatakan!

sepandai pandai tupai melompat
satu hari jatuh juga te tanah juga...
Kah...kah....kah....