Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


May 30, 2011

Himpunan Sejuta Belia Untuk Sokong UMNO...!!


Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengecam tindakan Barisan Nasional (BN) yang mengeksploitasikan aktiviti Himpunan Sejuta Belia 2011 sebagai platform untuk mempertahankan kuasa memerintah yang penuh dengan agenda politik sempit. Himpunan belia yang berlangsung di Putrajaya telah menjadi majlis menyokong BN yang membazirkan dana awam (public fund).

Tahun lepas, Perdana Menteri Najib Razak pernah menyatakan bahawa BN akan mempertahankan Putrajaya walau apa pun terjadi semasa di Mesyuarat Agung UMNO. Kini, beliau telah menggunakan Himpunan Belia sebagai alat untuk menyerang parti pembangkang.

Keadaan ini telah menunjukkan PM tidak memahami fungsi Putrajaya sebagai pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Di bawah konteks sebuah negara yang demokrasi, Putrajaya adalah dimiliki rakyat Malaysia dan ia merupakan kawasan pentadbiran kerajaan yang dipilih oleh rakyat semasa Pilihanraya. Putrajaya bukan dimiliki mutlak oleh mana-mana parti politik.

AMK amat kesal dengan Himpunan Belia yang telah dijadikan sebagai majlis menyokong BN. Kebanyakan anak muda dipercayai tidak mengetahui bahawa perhimpunan tersebut merupakan rapat umum BN untuk mempertahankan Putrajaya. Akan tetapi, terdapat juga pemimpin-peminpin anak muda dalam NGO menyatakan bahawa NGO tidak akan dipengaruhi oleh mana-mana parti politik selepas mengambil bahagian dalam program tersebut.

Sebagai seorang Perdana Menteri, Najib Razak seharusnya menjadi satu teladan yang baik kepada anak muda dan bukan semata-matanya melaungkan bahawa hendak mempertahankan Putrajaya bersama-sama dengan pemuda-pemudi.

PM perlu membersihkan sistem pilihanraya yang tidak adil, kotor dan ketidaktelusan terlebih dahulu sekiranya ingin disokong oleh rakyat. Sebagai satu negara yang demokrasi, PM perlu memberi ruang dan peluang kepada rakyat khasnya anak muda untuk memilih kerajaan yang dilihat sebagai berupaya memimpin rakyat.

Sehubungan itu, PM juga tidak patut menyalahgunakan jentera negara seperti polis, media, penjawat awam dan juga NGO-NGO demi mempertahankan kuasa memerintah sendiri.

Oleh itu, AMK menyeru Kerajaan Persekutuan supaya tidak menyalahgunakan kuasa untuk mendapatkan sokongan pada pilihanraya yang akan datang. Sebaliknya, Kerajaan harus sokong Himpunan Bersih pada 9 Julai yang dianjurkan oleh NGO untuk melaksanakan satu pilihanraya yang bebas, bersih dan adil.

AMK juga menyeru kepada anak muda supaya melibatkan diri dalam politik dengan lebih aktif serta pemikiran yang bebas dan kritis. Dengan penglibatan aktif anak muda barulah sistem dua parti yang sihat dapat diwujudkan dan tidak membiarkan parti politik yang monopoli dan kerakusan kuasa.

BN Menang...Barang Naik...!!


Kerajaan BN gagal untuk menjalankan tugas menjaga kepentingan rakyat. Pemimpin sudah lari daripada tanggungjawab sebenar sebagai seorang pemimpin kepada rakyat. Sepatutnya sebagai pemimpin yang menjadi khadam rakyat perlu mencari formula bagaimana hendak menyenangkan rakyat bukan menyusahkan rakyat.

Realiti kesusahan rakyat

Kenaikan harga barang keperluan rakyat seperti bawang merah RM7.00, bawang putih RM8.00 sekilo, sayuran,ikan dan minyak masak.

Baru-baru ini di negeri Pahang minyak masak tidak ada di pasaran, sedangkan Pahang pengeluar sawit terbesar di negara ini.

Pada tahun 2010 harga gula telah naik sebanyak 55%. Pada Jan 2010 harga gula hanya RM1.10 sekilo telah naik sebanyak tiga kali, bulan januari 20 sen, julai 25 sen dan 4 disember 20 sen, sehingga mencecah RM2.10 sekilo. Pada 10 Mei 2011 gula naik lagi 20 sen menjadi harga RM2.30 sen.

Mulai 1/1/11 Persatuan Kedai Kopi WP/Selangor menaikkan harga minuman RM1.20 kepada RM1.40 sen secawan.∙

Kenapa harga barang naik

Pemimpin bukan berjiwa rakyat, tidak fikir masalah rakyat. Mereka hanya membela kroni dan anak pinak sahaja. Mereka tidak terasa keperitan kerana yang menanggung keperluan mereka ialah rakyat.

Rasuah meningkat, meyebabkan harga jualan meningkat kerana terpaksa membayar rasuah oleh peniaga akhirnya bebanan kos rasuah ditanggung oleh pengguna (rakyat).

Pemimpin tidak kreatif untuk memajukan hasil bumi walaupun Malaysia negara yang subur sehingga kadar import makanan terlalu tinggi sedangkan bumi Malaysia cukup subur.Nilai import makanan meningkat mendadak daripada tahun 2005 sebanyak RM17.7 bilion kepada RM26.7 bilion pada tahun 2009. Import makanan menjadi tinggi kerana andaian lebih ekonomik tanah didirikan industri daripada memajukan pertanian.

Unsur untuk mengutamakan kroni melalui permit import makanan menyebabkan kos naik mendadak, akhirnya beban ditanggung oleh rakyat.

Tidak ada keberkatan daripada Allah kerana banyak maksiat dan perkara munkar berlaku berterusan.

Pelabur tidak yakin kerana rasuah, menyebabkan ekonomi mengucup.

Alasan untuk membodoh rakyat

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Hal Ehwal Pengguna berkata rakyat digalak menanam sayur-sayuran untuk meringan beban keluarga.

Datuk Seri Ismail Sabri berkata “bawang naik kerana di India banjir. (UM 7/1/11).

Datuk Seri Ismail Sabri marah kepada peniaga kerana membuat spekulasi sehingga harga barang melambung. (UM 8/1/11)∙

Datuk Seri Ismail Sabri mengarahkan supaya kurangkan makan manis supaya kurangkan makan gula dan rakyat makan makanan rebus sahaja.∙

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan mencadangkan supaya negeri Pakatan Rakyat menurunkan harga barang. (UM 16/1/11)

Datuk Tan Lian Hoe memberi alasan pergolakan politik dunia seperti di Libya menyebabkan harga barang naik. (Bernama 27/2/11)

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata daging mahal kerana Australia (Queensland) banjir. (UM 5/3/11)

Negara akan bankrap jika subsidi tidak dihentikan.

Barang naik kerana rakyat di negara ini semakin ramai maka permintaan melebihi tawaran. (UM 5/3/11)

Pemimpin mengeluarkan slogan “Ubah Gaya Hidup Anda” untuk kempen jimat cermat.

Datuk Seri Ismail Sabri cuba bermain wayang dengan kenyataannya "Kerajaan berusaha untuk pastikan barang tidak naik dan tidak akan hapus subsidi. (Ismail Sabri, Bernama 5/3/11)

Jawapan kepada pemimpin Pak Pandir

PAS bersetuju rakyat kurang makan manis, tetapi bagaimana pula rakyat yang berniaga kuih mesti cukup rasa.

Memang kerajaan perlu menaikkan harga gula, tepung, minyak masak untuk elak negara bankrap pada tahun 2019 seperti kenyataan Datuk Idris Jala, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

Pemimpin negara tidak kisah kerana semua keperluan mereka rakyat tanggung.

Alasan kerajaan kenapa harga minyak naik

Gunakan istilah penyelarasan, bukan kenaikan supaya rakyat boleh ditipu.

Arahkan media jangan letak perkataan "naik", tetapi gunakan perkataan "penyelarasan".

Datuk Awang Adek, Timbalan Menteri Kewangan berkata “supaya minyak tidak diseludup ke negara jiran".

Harga minyak di negara ini lebih murah daripada negara jiran.

Datuk Tan Lian Hoe, rakyat perlu terima kasih kepada kerajaan kerana hanya menaik minyak 5 sen sahaja sepatutnya banyak lagi∙

Harga minyak di peringkat antarabangsa naik maka Malaysia juga terkesan.

Wang subsidi minyak akan digunakan untuk memajukan pengangkutan awam.

Wang subsidi yang ditarik akan membantu rakyat miskin.

Jawapan untuk pemimpin Pak Pandir

Jangan bandingkan dengan Singapura, kerana ia bukan negeri pengeluar minyak. Kena banding dengan negara pengeluar minyak seperti Brunei, Iran, Saudi, Bahrain.

Walaupun minyak mahal di Singapura, rakyatnya masih mampu kerana taraf hidup rakyatnya tinggi.

Jika minyak peringkat antarabangsa naik, Malaysia tentu beruntung kerana negara kita pengeluar minyak. Petronas telah membayar cukai kepada kerajaan daripada tahun 2007-2010 sebanyak RM325 bilion (setiap tahun kerajaan dapat RM80.1 bilion). Jika kerajaan ambil RM14 bilion untuk subsidi masih berbaki RM76.1 bilion. Kenapa kerajaan boleh beri subsidi untuk IPP sebanyak RM19 bilion setahun. Semata-mata kerana kroni. Rakyat ditekan dengan kenaikan harga barang.

Tidak adil wang subsidi minyak ditarik hanya untuk memajukan perkhidmatan awam di bandar, sedangkan harga minyak di kampung sama seperti di bandar.

Perdana Menteri dan anggota kabinet Britain dan Singapura mengumumkan pemotongan gaji dan elaun mereka tapi di Malaysia, Perdana Menterinya mengumumkan pemotongan subsidi untuk rakyat.

Bagaimana PR mengawal harga barang

Insya Allah, jika mandat diberikan kepada PR untuk memerintah di peringkat pusat kita mampu memberi yang terbaik untuk rakyat.

Mengambil model kerajaan Kelantan yang berjaya menguruskan negeri hampir 21 tahun walaupun mengalami kekangan kewangan tanpa terencat untuk merakyatkan ekonomi melalui program kebajikan seperti kifalah, skim al ziwaj (bantuan perkahwinan), bantuan beras secara bulanan kepada orang miskin. Sekarang negeri Kelantan termiskin nombor enam, berbanding ketika mula-mula memerintah nombor dua.

Kedah negeri yang terpaksa memikul hutang kerajaan BN sebanyak RM2.3 bilion telah berjaya mencipta sejarah dengan lebihan wang RM19 juta pada tahun 2010. Jika Kedah pun mampu membuat lonjakan sudah barang pasti jika PR memerintah pusat, sudah tentu boleh membela rakyat dengan pendapatan negara yang melimpah ruah.

Berusaha untuk memerangi rasuah yang berlaku di dalam negara, seperti laporan Ketua Audit Negara 2008 yang mengakibatkan kerugian sebanyak RM28 bilion, alangkah baiknya wang ini digunakan untuk rakyat.

Model pengurusan kewangan dan menjaga kebajikan rakyat di negeri maju seperti Selangor dan Pulau Pinang boleh dijadikan contoh jika PR memerintah kerajaan pusat.

Memerangi ketirisan dan pembaziran adalah satu cara untuk memastikan manfaat kemewahan di pulangkan kepada rakyat. PR tidak akan mengulangi pembaziran wang rakyat seperti Majlis Bandaraya Bersejarah Melaka yang membina dua tandas awam berharga RM190,000.

Mengoptimumkan penggunaan tanah yang subur untuk menghasilkan bahan makanan supaya wang negara tidak mengalir keluar. Lebih daripada itu ia menjadi satu keselamatan makanan tanpa bergantung kepada negara luar jika berlaku bencana di dalam negara.

Menarik balik subsidi kepada Penjana Kuasa (IPP) sebanyak RM19 bilion dan diagih kepada 27 juta rakyat supaya dapat menyekat kenaikan keperluan rakyat.

Ini adalah sebahagian daripada jawapan untuk membuktikan bahawa BN turun, barang turun. BN naik, barang naik, banyak naik dan binasa negara.

Terima Kasih BN....!!


PUTRAJAYA: Harga gas bagi penggunaan sektor tenaga elektrik dan industri dinaikkan sebanyak RM3 million British thermal unit (MMBtu) bermula 1 Jun depan.

Ini menjadikan harga gas yang dibekalkan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) kepada sektor elektrik dinaikkan daripada RM10.70MMBtu kepada RM13.70MMBtu.

Perkara ini diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Noor Mohamed Yakcub di Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air di sini hari ini.

Kerajaan hari ini mengumumkan tarif elektrik yang baru dengan kenaikan purata sebanyak 7.12 peratus atau 2.23 sen/kilowatt-jam (kWj) berkuat kuasa 1 Jun ini.

PM Dan TPM Tak Sebulu Mengenai Tarikh PRU 13...!!


TEMERLOH 29 MEI : Perdana Menteri Najib Razak dan timbalannya Muhyiddin Yassin dilaporkan berselisih mengenai tarikh untuk memanggil Pilihanraya Umum ke-13 akibat pergelutan kuasa dalam parti itu, kata seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat. Muhyiddin dilaporkan mendesak Najib untuk mengadakan pilihanraya secepat mungkin walaupun Timbalan Presiden Umno itu menyedari langkah itu mengundang padah untuk Umno berasaskan sentimen semasa pengundi, kata Timbalan Pengerusi PKR Pahang Ahmad Nizam Hamid.

Menurut beliau, kekalahan untuk Umno pada PRU-13 akan membuka laluan untuk Muhyiddin mencabar Najib pada pemilihan parti yang akan datang, dan jika menang, Muhyiddin sekali gus akan menjadi Perdana Menteri menggantikan Najib.

"Ramai yang ramalkan PRU bulan julai ini, saya ingin berkongsi, teman-teman saya di dalam Umno memberitahu apa yang berlaku ialah terdapat desakan daripada kumpulan pro Muhyidin Yassin mendesak supaya Najib Razak istihar pilihanraya dan bubar parlimen dalam waktu terdekat."

"Kerana penguasaan, Muhyidin ingin berkuasa tetapi Najib masih berbelah-bagi, Namun kumpulan ini terus mendesak (mahukan PRU cepat)," kata Nizam.

Nizam berkata kumpulan pro Muhyiddin menggunakan taktik yang sama untuk mengusir Tun Abdullah Ahmad Badawi dari Putrajaya selepas beliau memanggil PRU ke-12 pada Mac 2008 atas desakan pihak tertentu.

From Paris With Love....!!


SIASATAN PERANCHIS : MENTERI SEDIA BERI KETERANGAN – MK

Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi sedia memberi keterangan di mahkamah berikutan siasatan Perancis berhubung dakwaan wujudnya gejala rasuah dalam pembelian kapal selam Scorpene yang bernilai ribuan juta ringgit.

“Mereka boleh cabar kita di mahkamah. Kita mahu lebih telus. Berhubung dakwaan mereka, biar mahkamah tentukan kebenaran,” kata Ahmad Zahid kepada wartawan hari ini.

Pihak berkuasa Perancis kini menjalankan siasatan berhubung sama ada komisyen dibayar dalam perjanjian bernilai RM7.3 bilion antara kerajaan Malaysia dengan firma pertahanan yang berpangkalan di Perancis, DCNS. Bayaran seumpama itu adalah tidk sah mengikut undang-undang Perancis.

Nota:

Tidak lama lagi
najib akan dipanggil ke paris
untuk menjawab soalan dari mahkamah
soalan nya ialah:.....
kah kah kah

Awas...Lanun Alaf Baru....!!


BN MAMPU TERUS URUS EKONOMI NEGARA DENGAN BAIK – tieunama

Barisan Nasional berkeupayaan untuk menguruskan ekonomi dengan baik agar negara tidak terjebak dengan masalah kewangan.

Awang Adek Hussin berkata, walau pun wujud tekanan politik daripada parti pembangkang, kerajaan BN tidak akan terikut-ikut dengan rentak suasana tersebut.

"Masalahnya terdapat parti pembangkang yang menabur fitnah terhadap kerajaan dan menjanjikan sesuatu yang tidak mungkin mereka dapat tunaikan menyebabkan rakyat terikut-ikut,” katanya.

Awang Adek berkata, kerajaan akan memberikan penjelasan kepada rakyat berhubung sesuatu isu seperti kenaikan harga barangan, agar tidak dikelirukan oleh pembangkang.
------------------------------------------------------------
woit… INI HEBAT… SELAMA 50 URUS EKONOMI…NEGARA TERGADAI…

kah kah kah…KALAU LAGI LIMA TAHUN PERINTAH LAGI?....

kah kah kah…. AIR DIAMBIL PERCUMA OLEH SINGAPURA…

kah kah kah..TANAH JOHOR DI REMBAT SINGAPURA….

kah kah kah…SEKARANG HUTANG NEGARA BERBILION BILION…

kah kah kah…KALAU LAGI 4 TAHUN GEROMBOLAN PERENTAH…

kah kah kah...MALAYSIA JADI TONG SAMPAH UNTUK AUSTRALIA...

kah kah kah...MALAYSIA INI JADI PUSAT DADAH NIGERIA....

kah kah kah..MALAYSIA JADI PUSAT DADAH ORANG IRAN....

kah kah kah...AIMAN TAK KISAH....AKHIRNYA RAKYAT INI KENA LELONG…