Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Mar 27, 2011

Ghutuh Beghudung.....!!

Lagi Bahan Bukti...!!



Nota:

Dari melaka pergi ke siam
Kelentong kelentong di jalan imbi
Betina puaka gebu dan tembam
Sebelum najib di pakai tambi

Ini Pun Lan Chow Maa.....!!!


CHUA SOI LEK TIDAK LAYAK BERCAKAP SOAL MORAL

Saya merujuk kepada laporan akhbar The Star yang memetik kenyataan Chua Soi Lek mengenai skandal seks video yang didalangi oleh tokoh-tokoh UMNO. Akhbar milik MCA itu memetik seruan Chua Soi Lek supaya Anwar Ibrahim membuktikan bahawa beliau (Dato’ Seri Anwar) bukanlah si pelaku di dalam video.

Saya pasti rakyat Malaysia turut sama berkongsi rasa mual apabila seorang ahli politik yang mempunyai rekod kurang moral yang diketahui umum cuba membuat komen mengenai moral dan integriti. Seluruh rakyat Malaysia arif tentang skandal seks yang melibatkan Chua Soi Lek dan dia sendiri mengakui bahawa dia menjalinkan hubungan seks di luar perkahwinan dengan seorang wanita dan dirakam melakukannya.

Perancangan UMNO untuk memfitnah Anwar Ibrahim melalui video seks terbaru semakin ditolak rakyat apabila individu-individu yang telah dibuktikan terbabit dalam skandal seks sebelum ini tampil untuk menjadi juara moral dan integriti.

Rabu lalu ramai rakyat Malaysia terketawa apabila Rahim Thamby Chik yang terpaksa meletakkan jawatan politik kerana terbabit dalam kes rogol kanak-kanak bawah umur muncul kononnya untuk memastikan bakal pemimpin negara mempunyai moral. Semalam, seorang lagi ahli politik Barisan Nasional iaitu Chua Soi Lek mula berani bercakap mengenai moral walaupun rekodnya penuh kotor dengan skandal seks.

Hakikatnya, individu-individu ini tidak layak untuk bercakap mengenai moral dan integriti. Mereka juga tidak wajar dibenarkan menukar prinsip keadilan bahawa yang menuduh perlu membawa bukti dan seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dibuktikan sebaliknya. Kenyataan Chua Soi Lek semalam secara jelas ingin meletakkan beban bukti kepada Anwar Ibrahim, sedangkan kumpulan yang menuduh beliau mempunyai rekod yang buruk di dalam politik.

Kalau benar individu-individu ini mahu bersyarah mengenai moral, maka mereka perlu menunjukkan teladan yang baik kepada pimpinan muda dan rakyat Malaysia.

Oleh itu, saya mengulangi desakan yang telah dibuat oleh rakan-rakan saya supaya:

1. Chua Soi Lek meletakkan semua jawatan politik dan bersara terus sebagai tanda dia insaf selepas skandal seksnya tersebar luas; dan

2. Rahim Thamby Chik meletakkan semua jawatan dalam kerajaan terutamanya sebagai Pengerusi Risda kerana penglibatannya dengan kes rogol kanak-kanak bawah umur masih kekal dalam ingatan rakyat sehingga kini.

Jika Chua Soi Lek tidak sanggup menunjukkan teladan yang baik, dia tidak wajar campur tangan dalam skandal video seks yang didalangi UMNO ini kerana rekod moralnya sangat memualkan.


CHUA TIAN CHANG
NAIB PRESIDEN KEADILAN
AHLI PARLIMEN BATU
26 MAC 2011

Ini Faedahnya Bila Rakyat Turun Ke Jalanraya....!!

Ini warga syrian dari kota hom..mereka keluar ke jalan raya kerana telah muak dengan kerajaan lama kaki kelentong dan kaki balun..!!

SYRIA BEBASKAN TAHANAN POLITIK , MANSUH UNDANG UNDANG DARURAT - ajensi

Kerajaan Syria pimpinan Presiden Bashar al-Assad hari ini berjanji akan memansuhkan Undang-Undang Darurat yang digunakan sejak 1963 dengan mengumumkan semua aktivis yang ditahan bulan ini dibebaskan.

“Mengikut arahan Presiden Bashar al-Assad, semua tahanan dalam kejadian baru-baru ini (tunjuk perasaan) akan dibebaskan," menurut satu pengumuman yang disiarkan di televisyen.

Sementara itu, satu badan bukan kerajaan yang berpusat di London yang dikenali Badan Pemantau Hak Kemanusiaan Syria mengesahkan pembebasan semua tahanan ketika tunjuk perasaan di Daraa sebelum ini.

Beberapa jam seleas itu, Penasihat Presiden, Buthaina Shaaban berkata parti pemerintah, Parti Baath sudah bersetuju untuk menarik penguatkuasaan Undang-Undang Darurat, selain menjalankan pembaharuan, menaikkan kadar upah pekerja dan membenarkan penubuhan parti politik. – AFP

Nota:

bila rakyat turun ke jalan raya
maka barulah undang undang zalim dimansuh
bila rakyat bermain pilihanraya
tak ada sapa ambil pot

syria ada ISA
malaysia ada ISA

syria di bawah undang undang darurat
malaysia di bawah undang undang darurat

syria ada pilihanraya
parti baath dapat menang selalu
malaysia ada pilihanraya
gerombolan dapat menang selalu

syria ada undi pos
malaysia ada undi pos

syria tak pakai dakwat
malaysia tak pakai dakwat

kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah

di malaysia orang ramai masih kena tipu
di syria orang syria tak mahu lagi kena tipu

Tiada Cara Lain Melainkan Pilih Ke Jalanraya....!!


BEKAS MUFTI SARAN PERHIMPUNAN ANTI-POLITIK LUCAH - MK

Bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengajak semua pihak menganjurkan satu perhimpunan besar bagi menyatakan kebencian rakyat terhadap politik lucah dan kotor.

"Semua pihak tanpa mengira agama, parti dan kaum hendaklah menyatakan bantahan mereka terhadap budaya kotor dan jelek di kalangan politikus dan media di negara ini," tulis Dr Mohd Asri dalam blognya.

Nota:

x-mufti ini boleh memimpin
mat sabu beri sokongan
dr hatta tunjukan jalan
tian chua kumpul kan orang
arul psm gerakan massa
kira semua turun ke jalan raya
bersama mufi dan ulama muda!!!

dibelakang semua ini ialah APCO
video lucah ini adalah rancangan licik
taktik zionis untuk membunuh
kepimpinan yang anti israel dan anti zionis

tak percaya?
tunggu dan lihat...

Boroi Kantai Lagi...!!


DIMANAKAH ANWAR IBRAHIM? - UM

KUALA LUMPUR 25 Mac - Di mana Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim di antara pukul 9.20 malam sehingga 11.38 malam pada 21 Februari apabila satu video seks yang didakwa melibatkan pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur dari China dirakamkan?
-----------------------------------------------------
woit… NAK TAHU DI MANA?.....

kah kah kah… SILA BACA DI BAWAH INI…..

kah kah kah…. JANGAN BUAT BUAT TAK TAHU….

baca ini:

LAPORAN MUKA DEPAN UTUSAN MALAYSIA 26 MAC 2011 ADALAH FITNAH

KEADILAN mengecam laporan muka depan Utusan Malaysia bertarikh 26 Mac 2011 bertajuk “Di Manakah Anwar Ibrahim” yang jelas satu fitnah dan tidak berpandukan etika kewartawanan yang baik.

Laporan itu berniat jahat dan hanya bertujuan untuk menyambung fitnah dan serangan ke atas Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat. Ia tidak berasas dan hanya memetik satu penulisan blog seorang pimpinan bawahan Pemuda UMNO yang diketahui umum sering menimbulkan fitnah terhadap Pakatan Rakyat.

Tembelang Utusan Malaysia yang melambangkan rendahnya kawalan mutu kewartawanan terdedah apabila ia menyiarkan dakwaan blog tersebut bahawa Anwar Ibrahim tidak membuat sebarang pesanan twit ke akaun Twitternya kononnya pada masa rakaman itu berlaku.

Saya sertakan di sini bukti-bukti dari petikan skrin akaun Facebook Anwar Ibrahim yang menunjukkan beliau menghantar pesanan ke akaun Twitter dan disambut oleh pengikutnya seperti berikut:

1. 21 Februari 2011, 1040 malam: “Inshaallah” [File fb1.gif]

2. 21 Februari 2011, 1049 malam: “That’s dsNajib’s plan. Our task: pursue reform agenda” [File fb2.gif]

3. 21 Februari 2011, 1050 malam: “Varsity students: Conscience of the majority” [File fb3.gif]

4. 21 Februari 2011, 1052 malam: “Modus operandi of rogue leaders” [File fb3.gif]

5. 21 Februari 2011, 1058 malam: “Bisa” [File fb4.gif]

6. 21 Februari 2011, 1103 malam: “Waras” [File fb5.gif]

7. 21 Februari 2011, 1103 malam: “Ada ruang bias ja” [File fb5.gif]

8. 21 Februari 2011, 1105 malam: “Ngak. Tapi ada sampaikan kuliah diUGM” [File fb6.gif]

9. 21 Februari 2011, 1108 malam: “RT @gst183 Revolution is the festival of d oppressed” [File fb7.gif]

Masa yang dicatatkan di Facebook adalah dua minit lebih lambat dari masa pesanan sebenar di akaun Twitter kerana menggunakan khidmat Selective Tweets. Oleh yang demikian, Anwar Ibrahim menghantar 9 pesanan ke akaun Twitternya diantara jam 1038 malam hingga 1106 malam seperti petikan skrin yang dilampirkan disini.

Pada masa ini jugalah iaitu diantara 1020 malam hingga 1041 malam kononnya seorang yang mirip dengan wajah beliau dirakam sedang melakukan hubungan seks di sebuah bilik. Semua laporan setakat ini oleh mereka yang telah menontot rakaman tersebut tidak menyebut mengenai si pelaku sedang melakukan seks sambil memegang telefon untuk menghantar pesanan ke akaun Twitter.

Pesanan-pesanan yang dihantar dan dilampirkan disini juga jelas adalah pesanan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim kerana lenggok bahasa dan interaksinya dengan pengikut-pengikutnya yang diketahui umum.

Oleh yang demikian, mustahil si pelaku yang dirakam di dalam video adalah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Saya juga ingin mengemukakan bukti yang mematahkan fitnah yang disiarkan oleh blog-blog yang dibiayai UMNO termasuk yang dipetik oleh Utusan Malaysia. Mereka mendakwa bahawa ada perbezaan masa di antara laman Facebook dan laman Twitter iaitu pesanan yang dirakam di laman Facebook adalah sejam lebih lambat dari masa di laman Twitter. Ini adalah pembohongan besar yang direka-reka semata-mata kerana sudah jelas bahawa Dato’ Seri Anwar berada di rumah dan berinteraksi melalui Twitter pada masa yang didakwa.

Saya sertakan dua petikan skrin yang diambil dari laman Twitter dan Facebook Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang menunjukkan bahawa pesanan yang dibuat melalui laman Twitter akan dihantar ke laman Facebook 2 minit kemudian.

Maka, pesanan yang dibuat pada jam 12.22 tengahari 26 Mac 2011 [File timestamptwitter.gif] di laman Twitter (mengenai rakaman penuh pidato Anwar Ibrahim di Taman Melawati) dicatat waktunya sebagai 12.24 tengahari 26 Mac 2011 di laman Facebook [File timestampfb.gif].

Penjelasan-penjelasan ini sudah cukup untuk membuktikan kepada rakyat Malaysia betapa hinanya Utusan Malaysia yang tanpa segan silu menyiarkan fitnah tanpa usul periksa, asal dapat menyebarkan dakyah tuan punyanya iaitu UMNO.

Dengan pendedahan ini, KEADILAN mendesak Utusan Malaysia memohon maaf dan sekiranya enggan berbuat demikian, KEADILAN akan mempertimbangkan tindakan lanjut untuk diambil terhadap Utusan Malaysia dan penulis blog UMNO tersebut.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI
26 MAC 2011