Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Dec 29, 2010

Siapa Malaon Khusrin Ini..??


KEMELUT PERLANTIKAN SUK SELANGOR
oleh Nik Nazmi Nik Ahmad


Saya mengikuti kemelut terbaru melanda perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor atas beberapa sebab. Pertama, tentulah sebagai rakyat Selangor yang cintakan Perlembagaan. Kedua sebagai wakil rakyat yang berinteraksi dengan perkhidmatan awam Selangor secara berterusan. Ketiga sebagai anak seorang pesara kerajaan.

Bapa saya bekerja dengan Kerajaan Persekutuan sejak beliau tamat belajar pada tahun 1958 hinggalah beliau besara 30 tahun kemudian. Beliau merupakan anggota Malayan Civil Service ketika negara masih baru-baru merdeka, dan bersara sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik semasa memegang jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos.

Perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor adalah di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam di peringkat Kerajaan Persekutuan. Bab 3 LII (1) Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor menyebut:

“Maka hendaklah diwujudkan jawatan Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri; dan perlantikan ke jawatan-jawatan itu hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dari kalangan anggota mana-mana perkhidmatan awam yang relevan.”

Justeru kenyataan sesetengah pihak bahawa DYMM Sultan ataupun Menteri Besar mempunyai kuasa melantik Setiausaha Kerajaan Negeri tidak timbul. Undang-Undang Tubuh tidak menyebut kedua-dua pihak.

sila baca tulisan penoh di :

http://www.niknazmi.com/wordpress/?p=2532

Malaysia Berjaya Mengganyang Indonesia...!!


Nota :

Syabas kepada pasukan Malaysia...
Kerana telah berjaya mengganyang Indonesia dengan agregate 4 - 2....!!

Ampun Tuanku...UMNO Sebenarnya Penipu...!!


MB SELANGOR LEWAT SERAH SURAT - BH

Sultan Sharafuddin perkenan pelantikan SUK baru pada 10 Disember

Pelantikan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru adalah muktamad dan tidak boleh diubah walaupun Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkesempatan menghadap Sultan Selangor.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Mohamad Munir Bani, bagaimanapun berkata hasrat Abdul Khalid menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini berhubung perkara itu tidak dapat dilaksanakan kerana baginda bercuti mulai 26 Disember hingga 3 Januari ini.

Katanya, Sultan Sharafuddin Idris Shah adalah Sultan yang tegas dan tidak akan berganjak daripada keputusan yang sudah dibuat.

Selain itu, katanya, mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, tidak dinyatakan Menteri Besar perlu terlebih dulu dimaklum mengenai calon bagi jawatan itu atau mendapat persetujuan Menteri Besar.

Nota:

Tengok betul betul muka ini...boleh dipercayai ke muka macam ini...

Ini semua bertujuan tujuan untuk gaduhkan Kerajaan selangor dengan sultan selangor
Wal hal perlantikan ini tidak sangkut paut dengan sultan selangor

Jelas ini adalah cara zionis bekerja
Tak kan tak sedar lagi siapa zionis ?
Zionis adalah penasihat Bini Rosmah...

Tak kan tak faham-faham lagi...!!

Bukti SPR Adalah Jentera Pilihanraya BN....!!


Pilihan Raya Kecil DUN Tenang:Jangan Berkempen Sekarang Atau Dikenakan Tindakan - SPR- MStar

JOHOR BARU:Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Rabu memberi amaran kepada pihak yang berkenaan agar tidak melaksanakan sebarang bentuk kempen di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang kerana tempoh berkempen hanya bermula pada 22 Januari depan.

Pengarah SPR Johor Othman Noh berkata mereka yang didapati berbuat demikian akan dikenakan tindakan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

"Bagaimanapun setakat ini berdasarkan laporan risikan dan ejen, kami tidak menerima sebarang aduan tentang aktiviti kempen di DUN Tenang," katanya pada sidang media di sini.

SPR telah menetapkan 22 Januari depan sebagai tarikh penamaan calon dan pengundian pada 30 Januari.

Kerusi DUN itu kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember lepas.

Allahyarham yang mewakili Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 2,491 undi mengatasi calon PAS, Mohd Saim Siran.

Othman berkata SPR juga telah mula menjual borang pencalonan untuk pilihan raya kecil itu namun belum ada yang membelinya.

"Kami ada menerima beberapa pertanyaan mengenainya," kata beliau.

SPR katanya mensasarkan 80 peratus daripada 14,753 pengundi akan menunaikan tangungjawab mereka pada pilihan raya kecil ini berbanding 73.5 peratus pada pilihan raya umum lepas.- Bernama

Nota :

Kenapa SPR Marahkan sangat supaya jangan kempen di DUN tenang Sekarang..??
Ini mungkin jawapannya...
Puluhan tahun di bawah UMNO/BN....
Sungguh sedih dan daif sekali....


Ini adalah Jakan di Kampung Sawah Baru Labis, Johor....

Kite Tengok Penyu Telooorrr....!!


Setiausaha Agong Umno mengumumkan rombakan jawatan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri bagi tiga Negeri; Terengganu, Pulau Pinang dan Kedah. Sekadar catatan, selain Terengganu, Pulau Pinang dan Kedah, dua lagi negeri iaitu Selangor dan Wilayah Persekutuan juga bukan dipengerusikan oleh anak tempatan negeri. Menariknya kerana sebelum ini Pengerusi Perhubungan Umno negeri-negeri yang dirombak tersebut disandang oleh 3 orang Naib Presiden, Hishamuddin, Zahid Hamidi dan Shafie Afdhal sementara Selangor dan Wilayah Persekutuan dipengerusikan sendiri oleh Presiden dan timbalan Presiden Umno.

Apakah misi ketiga-tiga Naib Presiden ini untuk memulihkan masalah yang melanda Umno di negeri-negeri tersebut telah berjaya (mission accomplished) lalu melayakkan ianya dikembalikan semula kepada anak negeri untuk memimpin atau hakikat sebaliknya, mereka gagal sehingga Najib terpaksa akur kepada desakan supaya mereka bertiga digantikan.

Saya berpendapat faktor kegagalan mereka lebih menjadi penyebab utama kepada perubahan ini. Persoalan yang mungkin timbul, apakah Najib sendiri dan Muhyiddin berjaya dalam misi mereka untuk memulihkan Umno Selangor dan Wilayah Persekutuan sehingga mereka masih kekal sebagai Pengerusi Perhubungan bagi dua negeri berkenaan. Kenapa Jawatan Pengerusi Perhubungan bagi Selangor dan Wilayah Persekutuan tidak turut dikembalikan kepada anak negeri sama seperti Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang. Mustahil tidak ada di kalangan pemimpin negeri yang bermimpi dan bercita-cita cuma mereka belum berani untuk mengistiharkan secara terbuka sebagaimana beraninya Mukhriz.

Berbanding dengan Umno Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Wilayah Persekutuan yang dilihat lemah dan bermasalah setelah negeri mereka dikuasai Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke 12 lalu, senario di Terengganu agak unik dengan negeri kekal dikuasai Umno/BN tetapi krisis perebutan jawatan Menteri Besar membawa perpecahan parah dalam Umno negeri. Ahmad Said yang disokong oleh minoriti ADUN Umno negeri tetapi dengan sokongan dan dokongan istana membolehkan beliau menduduki kerusi Menteri Besar mengatasi kemahuan Pak Lah yang masih inginkan Idris Jusoh menerajui negeri.

Episod panjang perbalahan kekal berterusan sekalipun kerajaan negeri berjaya juga akhirnya dibentuk sehingga sengketa yang tidak mampu lagi dirungkai mengundang campur tangan Umno Pusat dengan perlantikan Panglima Keris Panca Delima sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu. Perlantikan ini dilihat sebagai kompromi jalan tengah walaupun ianya terlalu jauh untuk menuju titik penyelesaian. Apatah lagi bila pihak yang bertelingkah sebenarnya bukan mengambil kira agenda rakyat tetapi lebih memikirkan kepentingan puak, bukan untuk mencari damai tetapi untuk membuktikan siapa lebih handal dan jaguh dalam permainan ini.

Berulang-alik lah Hishamuddin ke Terengganu kononnya untuk menyusun semula barisan. Kadang-kadang Muhyiddin pun campur tangan sekali walaupun kerap program mereka diboikot begitu sahaja. Setiap kali berkunjung ke negeri angkatnya, Hishamuddin mencanangkan segala masalah telah berlalu dan Umno sedang diperkuatkan semula. Tetapi realiti yang dilihat berlaku amat berbeza.

Senario 10 budak hitam yang bisu di Sidang DUN masih berterusan, kemudiannya berkurangan kepada 4 budak hitam sahaja. Mungkin 6 budak hitam lagi yang mula bersuara melihat mereka perlu bersuara walaupun bercakap dengan nada menghentam kerajaan sendiri, lebih teruk dari pembangkang. Kehadiran Muhyiddin merasmikan Persidangan Agong Umno Bahagian Setiu tahun ini diboikot dengan ketidak hadiran kesemua empat ADUN dari Parlimen Setiu. Isu agihan kontrak dan projek yang mementingkan kroni dan puak menjadikan kudis lebih bernanah. Idris Jusoh tentu sama sekali tidak akan mengalah. Puak-puak sekelilingnya yang sanggup membujur lalu melintang patah mempertahankannya walaupun sehingga Baginda Sultan yang bersemayan digelar ‘natang’. Majlis perdamaian demi perdamaian diatur tetapi lebih kepada simbolik dan retorik. Kita berdamai di dalam majlis, di luar nanti cerita lain. Kamu puak kamu, aku puak aku!

Dengan kedudukan Ahmad Said sebelum 1 Januari 2011 hanya sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri tentu ianya akan mencetus dilema bagi seorang Menteri Besar yang tidak menerajui kepimpinan parti di negeri sendiri dalam rangka menghadapi PRU 13 nanti. Tentu sekali percaturan susun atur calon-calon tidak berada di tanganya apatah lagi dengan kedudukan Idris Jusoh sebagai Pengarah Pilihanraya Umno Malaysia. Hubungan rapat Idris dengan orang yang berkuasa di Putrajaya boleh menggugat peluang orang-orang Ahmad Said. Apatah lagi kepimpinan Ahmad Said dilihat tidak begitu dihirau dan dihormati oleh kerajaan pusat. Timbul juga cakap-cakap politik, apakah penggal ini, penggal pertama dan terakhir Ahmad Said menduduki kerusi Menteri Besar?

Mungkin atas senario ini beberapa orang ADUN Umno dilihat berani menjadi pembangkang kepada kerajaan sendiri tanpa mereka bimbang dengan peluang mereka untuk dicalonkan semula nanti. Pernah terdengar mereka berkata, “Apa kita nak takut dengan Mad Said, dia bukan Pengerusi Perhubungan. Kita lok (biar) dia duduk situ penggal ni saja, lepas ini kita bubuh (letak) dia dalam Zoo Kijal.” Begitulah optimisnya mereka tentang singkatnya hayat politik Ahmad Said. Itu pun belum diambil kira peluang Umno/BN untuk kembali memerintah Terengganu selepas PRU 13 nanti.

Ketika perwakilan Umno Kedah mendesak di dalam Persidangan Agong Umno supaya dikembalikan jawatan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri kepada pemimpin dari negeri jelapang padi tersebut, perwakilan Terengganu nyata membisu. Apakah betul bagai dikata, perwakilan Terengganu sendiri tidak menghendaki Ahmad Said dikembalikan jawatan tersebut? Kalau bukan Menteri Besar, maka siapa lagi yang layak dilantik ke jawatan ini. Idris Jusoh, Nasir Ibrahim Fikri, Ahmad Razif Abdul Rahman atau siapa lagi...?

Mampukah pengumuman Tengku Adnan Mansor semalam (Isnin 27 Disember 2010) memberikan nafas baru kepada hayat politik Ahmad Said? Mungkinkah ini khabar duka untuk Idris Jusoh dan penyokong setianya? Episodnya masih terlalu panjang...

Ada Udang Di Sebalik Batu....!!


KHUSRIN : PUSAT CUBA GULING SELANGOR - HD

Tindakan kerajaan pusat melantik Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru dilihat seperti cubaan untuk mengguling kerajaan negeri Selangor, di samping memperlihatkan sikap sebenar kerajaan persekutuan yang tidak demokratik serta tidak menghormati semangat federalisme.

Biarpun perlantikan itu dilihat belum muktamad dan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim akan mohon mengadap Sultan Selangor untuk membincangkan perkara itu, pandangan kerajaan negeri wajar diteliti terlebih dahulu demi melahirkan sebuah kerajaan yang stabil.

Nota:

Bersedia ini adalah rancangan jahat atas nasihat zionis apco....
Inilah cara nethanyahu meggulingkan yasser arafat taktik kelihatan sama.

Ini cara zionist pecah perintah...
Nampaknya zionis apco ini semakin berjaya dalam memasang jarumnya
Ini kerana Bini Rosmah terperangkap dalam kes bunuh altantuya maka terpaksa tunduk kepada amerika/apco/singapura

Yang hairannya mana perginya pejuang islam....
Mana peginya pejuang melayu...
Mana perginya NGO melayu...
Semua telah hilang nilai salah benar....
Semua telah hilang teloorr...
Kah...Kah...Kah....!!