Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Dec 28, 2010

Slogan PAS FOR ALL Bukan Retorik....!!


Nota :

PAS telah membuktikan bahawa slogan PAS For All bukanlah retorik sahaja...
Tengok gambar kat atas tu....
Timbalan YDP PAS Kemaman telah membahagikan bubur asyura kepada semua pengunjung Pusat Membeli belah Mesra Mall di Kemasik....
Tidak ketinggalan juga Santa Claus turut di berikan bubur asyura tersebut...
kah...Kah...Kah....manalah tahu kut-kut tuhan buka pintu hati santa claus tersebut untuk menerima islam...InsyaAllah....!!!

Kalau Kerja Fitnah....Rakyat Dah Tahu Angkara Siapa...!!

Inipun salah satu kes fitnah...mengada-adakan cerita yang memang tak ada....!!

Nik Aziz Mahu Pihak Dakwa Beliau Meninggal Dunia Minta Maaf -MI

KOTA BARU, 28 Dis – Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu mereka yang menyebarkan berita memfitnah kononnya beliau meninggal dunia agar memohon maaf dengannya. “Saya tidak akan ampun dan akan menanggung dosa di akhirat kelak selagi dia tidak minta maaf dengan saya,” kata beliau (gambar) yang juga Mursyidul Am PAS dipetik Bernama.

Beliau ditemui selepas mesyuarat mengenai bekalan air di kediaman rasminya di JKR 10 di sini, hari ini. Berita kononnya beliau meninggal dunia disebarkan menerusi blog dan mesej Twitter lewat petang. Malah SMS mengenai fitnah itu turut disebarkan semalam.

Beliau menghadiri majlis rasmi pagi semalam sebelum menjalani rawatan rutin sebelah petang.

Sebelum ini, berita mengenai kesihatan Nik Abdul Aziz, 79, heboh diperkatakan malah dikatakan telah meninggal dunia malam tadi. Menteri besar itu minggu lalu menerima rawatan di Wad Eksekutif Hospital Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian kerana sakit pinggang.

Ketika ditanya sama ada beliau masih mampu mentadbir Kelantan, Nik Aziz berkata beliau masih mampu berbuat demikian kerana tugas mentadbir negeri bukan dengan tenaga zahir tetapi dengan otak dan mengaku otaknya masih berfungsi dengan baik.

Beliau juga menyifatkan spekulasi mengenai kesihatan seseorang pemimpin terutama pemimpin politik adalah perkara biasa.

Nota :

Kepada kaki penfitnah..cepat-cepatlah mintak maaf...
Dosa sesama manusia...hanya manusia yang mampu memaafkannya...
Kalau di doakan supaya pecah perut...nanti marh pulak...
Tapi kalau perkara tak betul di perbesarkan juga...
Maka bukan setakat doa supaya pecah perut....
Tapi wajar mendoakan agar pergi jahanamlah kau....
Maka tampil dan mohonlah kemaafan segera....
Bukan kena bayar pun...ngaku je lah...

Kalau Nak Jadi Jahat.... Tak payahlah Jadi Muallaf...!!

APA masalahnya dengan `Ustaz' Muallaf Ridhuan Tee ni aku tak tau lah. Aku terbaca rencana beliau di dalam Mingguan Malaysia semalam, aku tak sangka Ridhuan Tee ini lebih Umno dari Umno. Samada beliau sudah `masuk Melayu' atau `masuk Islam' aku sudah jadi kompius.

Di dalam rencananya beliau ada menyentuh tentang hubungan antara PAS, PKR dan DAP. Beliau menyerang PAS kerana PAS berkawan dengan PKR dan DAP. Disentuh juga oleh beliau tentang DS Wan Azizah memegang dan menjulang tangan Lim Kit Siang sewaktu Konvensyen PR baru-baru ini. Butakah mata Ridhuan Tee melihat bagaimana ketika itu tangan DS Wan Azizah memakai sarung putih? Ini bermakna tiada sentuhan kulit di antara DS Wan Azizah dengan Lim KIt Siang.

Wah ! Peka sungguh Ridhuan Tee tentang hal sentuhan kulit lelaki dan perempuan. Tidak tahukah selama ini bahawa Ustazah Umno Mashitah juga selalu bersalam dengan lelaki yang bukan muhrimnya tanpa berlapik? Bahkan. Ustazah Umno ini menyebut tidak mengapa bersalam dengan lelaki yang berumur dan juga dengan ketiadaan nafsu. Apa komen Rihuan Tee? Apa pula komen Ridhuan Tee tentang `fatwa' boleh melacur kerana dharurat seperti yang pernah disebut oleh ustazah ini?


Nota :


Bagaimana pula komen Rihuan Tee tentang gambar di atas..?
Siapa wanita itu...?
Adakah lelaki itu suaminya...?

Bagaimana pula tentang Rosmah yang terlibat dengan penganjuran Festival Busana Islam yang menggayakan fesyen menghina Islam itu...?
Di mana Ridhuan Tee..? Butakah mata Ridhuan Tee...??

Alahai Rihuan Tee...cukup-cukuplah tu..!!
Kalau nak cari makan pun...
Takkan tak kenyang-kenyang lagi...
Jadilah seorang muallaf yang baik...
Kah...Kah...Kah...!!

Ke Jelobak..Ke Jolobu...Tuai Padi Tiga Tangkai....!!


KES PERKOSA BERMULA BILA ADIK MANGSA BUAT ADUAN - HD

KUALA LUMPUR, 28 Dis: Kisah seorang pembantu rumah Indonesia dirogol oleh majikannya yang merupakan seorang menteri bermula apabila sebuah badan kebajikan dan hak asasi manusia, Migrant Care, menerima sepucuk surat aduan daripada adik mangsa.

Surat tanpa tarikh yang ditaip dengan mesin taip biasa itu mendakwa kakaknya yang bernama Robengah telah diperkosa oleh seorang menteri kerajaan Malaysia beberapa kali.

"Kakak saya telah diperkosa oleh majikannya Pak Menteri beberapa kali. Hingga satu hari tanggal 19/02/07, kuasa Allah perbuatan kejinya itu telah terlihat oleh Datin isterinya yang sangat baik melayan semua pembantu rumah. Datin telah hantar kakak saya pulang ke Indonesia keesokannya, tanggal 20/02/07," cerita adik mangsa kepada badan yang menjaga kebajikan pekerja Indonesia yang bekerja di luar negeri itu.
Melalui surat inilah, Migrant Care telah menyiasat laporan ini dengan menghantar tiga sukarelawannya ke rumah Robengah yang terletak di Banjarnegara, Jawa Tengah, Indonesia.

Migrant Care adalah Perhimpunan Indonesia untuk Buruh Migran Berdaulat (Member of Migrant Forum in Asia and International NGO Platform on Migrant Workers' Convention) yang beralamat di Jl. Pulo Asem I C No 15 RT 015 RW 001 Jati, Jakarta Timur 13220 Indonesia.

Banyak kes yang berjaya diselesaikan oleh mereka dalam menjaga kebajikan pekerja Indonesia di Malaysia. NGO ini juga membantu rakyat Malaysia yang ingin mencari saudara mara mereka di Indonesia sebagaimana yang berlaku kepada keluarga Azreen Che Ishak, gadis dari kampung Sawah, Rantau, Negeri Sembilan yang dibawa ke Lombok, Indonesia.

Perjalanan ke Banjarnegara pada 24 Julai 2007 merupakan satu perjalanan yang panjang bagi para sukarelawan ini. Ia bermula sehari sebelum itu lagi apabila mereka bertolak dari Jakarta ke Jawa Tengah pada 23 Julai. Namun, demi tugas, mereka ke sana untuk mengesahkan laporan yang mereka terima itu.

Nota :

Sepang Kederang telah menemui seorang bomoh...
Untuk mengenal pasti dan mencari nama sang menteri
yang dikatakan merogol amahnya

Bomoh tersebut dua kali sedar dan dua kali pengsan....
Apabila belaiu menilik mangkok yang penuh berisi air....

Bomoh tu kata..kadang nampak...kadang tak nampak...
Setelah puas menunggu akhirnya bomoh itu memberitahu....
Yang merogol amah itu ialah...Oooo tak nampak pulak...!!
Kah...Kah...Kah...!!

UMNO Dan APCO Kini Bergaduh....!!


SHAHIDAN PERTIKAI MD ISA TERAJUI UMNO PERLIS – BH

Bekas MB dakwa sukar kerjasama, syak ada campur tangan.

Bekas Menteri Besar Perlis, Shahidan Kassim yang dilantik Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, semalam berpendapat keputusan mengekalkan Md Isa Sabu mengetuai UMNO negeri itu mempunyai kaitan dengan campur tangan pihak tertentu.

Beliau yang mengisi jawatan menggantikan Ketua UMNO Padang Besar, Zahidi Zainul Abidin turut mempersoalkan sejauh mana Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) dijadikan penanda aras oleh pucuk kepimpinan UMNO terhadap pencapaian seseorang pemimpin, terutama di negeri itu.

Shahidan juga menyatakan sukar baginya untuk bekerjasama dengan Md Isa yang dianggap sebagai ‘perampas’ jawatannya sebelum ini.

"Pada saya, Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis kini tidak menepati KPI berkenaan. Mungkin keputusan mengekalkannya itu dibuat atas dasar campur tangan baik oleh ahli parti atau mereka dari luar atau mungkin juga campur tangan veteran UMNO.

Nota:

Biarkan saja....
Biarkan dua malaon ini terus bergaduh...
Biar mereka bergaduh sampai letih....
Apa yang penting..Kita tunggu dan lihat...
Malaon mana yang lebih kuat...
Kah...Kah...Kah...

Di Lema "TAKUBIN" Kini Menghantui Lelaki Di Malaysia.....!!

Tengok...siapa jadi bini dan sapa pulak jadi laki...Ini semua kerana Takubin...!!

Nota :

TAKUBIN adalah short form kepada Takut Bini...
Apa guna ada kuasa tapi Takubin...
Apa guna ada telur tapi Takubin...
Oleh kerana terlalu Takubin..Ramai lelaki kat malaysia dah jadi macam cicak kubin...
Badan je besar tapi hati kecik...
Dari PM sampailah JKKK....ramai yang Takubin....
Kah...Kah...Kah...!!

Inilah Negaraku Malaysia....!!

Sila Tengok dan lihat..Manalah tahu kut-kut ada muka menteri yang terlibat..!!

PENGAWAL PERIBADI ROGOL ADIK IPAR DIPENJARA 12 TAHUAN 2 SEBAT - MStar

Seorang pengawal peribadi yang menggunakan pistol bagi menakutkan adik ipar sebelum merogolnya menerima pembalasannya apabila dihukum penjara 12 tahun bermula Jumaat, dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, Jumaat.

Hakim Yong Zarida Sazali menjatuhkan hukuman tersebut terhadap tertuduh yang berusia 34 tahun itu selepas berpuas hati pembelaannya gagal untuk menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap pertuduhan.

Yong Zarida juga memerintahkan tertuduh untuk menjelaskan denda RM300 atau berhadapan dengan penjara sebulan penjara, bagi tuduhan memiliki gari.

Tertuduh didakwa merogol mangsa berusia 25 tahun ketika isterinya yang bekerja sebagai kakitangan awam keluar daerah pada antara pukul 5 dan 7.20 pagi, 22 Mei 2005.
Pendakwaan dikendalikan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Dia juga didakwa memiliki gari pada masa dan waktu yang sama. Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 89(a) Akta Polis yang boleh dihukum di bawah Seksyen 94 akta sama.

Keterangan pada perbicaraan menyatakan, tertuduh telah merentap seluar sukan yang dipakai mangsa dan menakutkan wanita tersebut dengan sepucuk pistol.

Pada usaha untuk mengurangkan hukuman, peguam Badrul Munir Bukhari memohon supaya mahkamah mempertimbangkan faktor bahawa tertuduh menanggung keluarga, termasuk tiga orang anak.

“Selepas kejadian, tertuduh telah bekerja sebagai secara sambilan di kelab malam dengan pendapatan RM500 sebulan, selain bekerja sebagai ‘call man’ yang menerima komisen mengikut kemalangan yang dihubunginya.

“Tertuduh juga membantu seorang rakan yang berniaga di pasar tani dengan pendapatan sebulan RM200,” katanya dan menambah tertuduh telah insaf dengan kesalahan yang dilakukan.
Timbalan Pendakwa Raya Aimi Syazwani Sarmin bagaimanapun memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana perbuatannya telah menyebabkan mangsa mengalami trauma.

“Sebagai abang ipar yang menjadi sebahagian daripada keluarga, tertuduh seharusnya menjadi pelindung dan orang yang dipercayai mangsa, tetapi telah bertindak sepatutnya.

“Kesalahan ini akan menyebabkan masyarakat beranggapan tidak lagi selamat berada di kalangan keluarga sendiri,” tambahnya yang dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Norbaya Jamil.

Nota:

Yang akan di tangkap adalah....
Semuanya orang biasa....
Semuanya orang kampong....
Semuanya orang miskin.....

Tapi kalau yang merogol atau mengentoto itu
Adalah seorang menteri.....
Anak menteri......
Cucu menteri....
Paling kurang pun kaki gedebe dalam UMNO...
Tup..tup...yang kena rogol...
Yang kena raba...
yang kena entot....
Yang kena sondol....
Yang di dapati bersalah....
Kerana apa..?? Kerana buat tuduhan palsu...
Kah...Kah...Kah...!!

UMNO/BN Kini Sedang Menuju Kehancuran...!!


S'gor, KL kekal bawah Najib, Muhyiddin - MK

Setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor hari ini mengumumkan pelantikan tiga pengerusi perhubungan Umno negeri.

Pelantikan itu melibatkan negeri Kedah yang kini diketuai bekas timbalan pengerusi perhubungannya Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan juga negeri Terengganu yang kini dipengerusikan menteri besarnya Datuk Seri Ahmad Said.

Ketua bahagian Umno bahagian Nibong Tebal Datuk Zainal Abidin Osman pula kini dilantik mengetuai badan perhubungan Umno Pulau Pinang.

Pelantikan itu akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2011, kata Tengku Adnan dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur.

Tengku Adnan (kanan) turut mengumumkan empat timbalan pengerusi baru bagi tiga negeri berkenaan dan juga negeri Perlis.

Ia melibatkan Datuk Seri Shahidan Kassim (Perlis), Datuk Mukhriz Mahathir (Kedah), Yahya Khatib Mohamad (Terengganu) dan Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir (Pulau Pinang).

Nota :

Elok sangatlah tu....
Bila sesorang hendak menemui ajal...
Macam-maca karenah di akan buat...
Mintak itu...mintak ini....tapi semua tak kena...
Sama halnya dengan berita ini...
Rakyat semua dah tahu tentang perangai masing-masing....
Tapi nak buat macam mana.....
UMNO/BN merasakan ini adalah yang terbaik....
Tapi percayalah...Inilah bunga-bunga kehancuran UMNO/BN....
Kita tungguuuuuuu.....Kah...Kah...Kah....!!

Sila Teka..Siapa Yang Bodoh...??

Yang Ini Bodoh...?? Atau yang Ini memang asalnya Cerdik..??

Tawaran 100 hari Pakatan Rakyat yang terkandung dalam Buku Jingga yang dilancar dan diperhalusi dalam Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke 2 di Kepala Batas minggu lepas terus mendapat perhatian dan komen dari pemimpin UMNO dan BN. Untuk sekian kalinya Muhyiddin Yassin membuat ulasan mengenai isu berkenaan dengan mencabar Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim supaya menaikkan gaji sebanyak RM500 kepada kakitangan awam di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

Muhyiddin beralasan langkah itu wajar demi membuktikan keikhlasan kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat membela nasib kakitangan awam serta pegawai-pegawainya.

Dia mempersoalkan adakah Anwar sanggup berbuat demikian, dan saya lihat sebagai soalan orang terdesak dan hilang hujah dan fakta. Muhyiddin kelihatan sangat goyah dengan isu ini sehingga mengeluarkan kenyataan untuk memperlekehkan satu tawaran Pakatan Rakyat yang difikirkan oleh muhyiddin tidak masuk akal sedangkan semua kakitangan kerajaan sedang menunggu untuk memberi undi kepada Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13.

Suka saya tegaskan kepada semua guru dan kakitangan kerajaan sekiranya anda memberi undi kepada Pakatan Rakyat nescaya kami akan menunaikan sebagaimana yang dijanjikan dan sekiranya kami engkar sila kembalikan kuasa itu kepada BN palam PRU ke 14. Tetapi yang pasti BN tidak menjanjikan sesutu untuk membela nasib kakitangan kerajaan dan itulah satu keterbukaan kami untuk membela nasib anda.

Muhyiddin nampaknya mempertahankan dirinya sendiri dengan dakwaan Anwar yang kesal dengan kenyataannya sebelum ini apabila menyebut bahawa tindakan Pakatan Rakyat memperkenalkan imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 seorang setiap bulan akan menyebabkan Malaysia muflis.

Sebenarnya yang menyebabkan kerajaan muflis adalah kesan dari amalam berbelanja boros, rasuah, penyalagunaan kuasa, kronisme, nepotisme dan pelbagai penyelewengan lain selama UMNO dan BN masih berkuasa di Malaysia.

alasan dangkal Muhyiddin dengan janji Pakatan Rakyat memberi imbuhan kepada kakitangan kerajaan sebanyak RM 500 negara menjadi muflis adalah tidak masuk akal.

Selain itu cabaran untuk dilaksanakan di negeri yang di perintah oleh pakatan laksanakan dahulu adalah diluar tajuk perbincangan sebenar kerana janji Pakatan dalam Buku Jingga adalah selepas Pakatan Rakyata mengusai Putera Jaya.

Kekayaan negara terselah dengan banyak pendedahan termasuk apa yang dipersolkan mengenai Hasil minyak yang berjaya dikutip oleh Kerajaan semenjak zaman Tun Hussein Onn adalah dianggarkan RM456 billion. Soalnya sekarang, kemanakah wang tersebut telah dibelanjakan?

Jumlah hasil negara adalah termasuk apa yang dipanggil Kumpulan Wang Disatukan dari pelbagai sumber termasuklah hasil judi . Jumlah sangat besar dan lebih dari mampu untuk membela nasib pekerja sektor awam yang dipertikaikan Muhyiddin.

Nota :

Saya yakin dengan pengalaman Anwar yang pernah menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan menteri kewangan, bahawa tawaran yang dibuat oleh Pakatan Rakyat adalah yang termasuk dalam kemampuan kewangan negara.

Nampaknya Muhyiddin nampak makin bodoh dengan kenyataan terbarunya untuk menegakkan benang basahnya berulang kali.

Semuga kenyataan Muhyiddin berulang kali dalam soal yang sama menyakinkan lagi bahawa BN tidak perihatin kepada para guru dan kakitangan awam yang banyak berjasa kearah memacu pembangunan dan kestabilan negara kita selama ini.

FELDA : Keluar Lubang Biawak..Masuk Pulak Lubang Beruk....!!


KUALA LUMPUR, 27 Dis: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) membantah keras pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi Felda yang baru dan mendesak Perdana Menteri menarik semula pelantikan tersebut.
Pengerusinya, Mazlan Aliman yang kecewa dengan pelantikan itu berkata, Isa tidak layak untuk memegang jawatan tersebut kerana latar belakangnya yang pernah terbabit dengan politik wang dalam pemilihan Umno pada 2004.

Saya mewakili Anak membantah keras pelantikan Tan Sri Isa Samad ini. Berdasarkan salah laku yang pernah dilakukan beliau, sudah cukup jelas beliau bukan pemimpin beramanah yang sepatutnya menjadi pilihan (Datuk Seri) Najib (Razak).

"Sehubungan itu saya mendesak Perdana Menteri menarik balik pelantikan itu," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Mazlan yang juga exco lajnah pembangunan tanah dan wilayah PAs Pusat juga menegaskan, sekiranya Najib enggan berbuat demikian pihaknya akan membuat pungutan suara warga Felda yang membantah pelantikan itu.

"Jika kerajaan tidak berbuat demikian saya ingin menyatakan ketegasan kita bahawa Anak akan membuat satu pungutan suara iaitu referendum sejuta tandatangan dan kita akan serah kepada Perdana Menteri supaya menarik balik pelantikan ini.

Tambahnya, Anak juga tidak teragak-agak untuk memohon campur tangan Yang di-Pertuan Agong dalam perkara itu sekiranya bantahan mereka tidak dipedulikan.

"Kalau Perdana Menteri enggan tarik (pelantikan) juga, kita tidak teragak-agak untuk serah memorandum bantahan dan tandatangan ini kepada Yang di-Pertuan Agong.

In keraja ujarnya, masa depan Felda yang merupakan agensi pembangunan tanah milik orang Melayu tidak harus diperjudikan kepada invidu yang terpalit dengan rasuah dan salah guna kuasa.

Sementara itu Mazlan menyifatkan pelantikan itu sebagai tanda Najib tidak mengambil kira perasaan warga Felda yang mengharapkan pemimpin yang lebih baik mengambil alih tanah rancangan itu.

"Saya sangat sedih bila kerajaan bawah pimpinan Najib tak pernah mengambil kira perasaan dua juta warga Felda yang mengharapkan pengganti kepada Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor mestilah orang yang lebih baik.

"Kita harapkan sekurang-kurangnya orang yang mengambil alih felda ini seperti Tan Sri Raja Alias yg menerajui Felda suatu ketika dahulu tetapi nampaknya kita telah turun 360 darjah.

"Dalam keadaan nama baik Felda sedang diperkatakan dengan pelbagai isu sepatutnya kerajaan memilih tokoh yang boleh membersihkan isu-isu tersebut," katanya.

Beliau mempersoal kerajaan yang tidak memilih tokoh-tokoh dari anak Felda sendiri untuk menerajui agensi tersebut sedangkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad maslan sendiri pernah menyatakan statistik tokoh-tokoh dari anak Felda.

"Kita baru didedahkan dengan statistik terbaru jumlah profesional, ahli akedemik yang lahir daripada anak peneroka. Kenapa kita tidak ambil mereka? Kita ada anak peneroka yang berjaya dalam syarikat GLC, menjadi ahli akedemik, pengarah jabatan, adakah mereka ini tidak layak untuk memimpin Felda sehingga mengambil tokoh yang dianggap sudah expired?

"Tokoh kitar semula seperti Isa ini tidak wajar sama sekali diambil semula dalam mana-mana syarikat kerajaan. Saya yakin kalau kita buat tinjauan tidak ada warga Felda yang akan menerima beliau melainkan mereka yang selama ini menjadi pak angguk dan pak turut kepada kerajaan," tegasnya.

Isa yang juga Adun Bagan Pinang hari ini menggantikan Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor yang dilantik sebagai Penasihat kepada Menteri yang bertanggungjawab ke atas Felda.

Isa meletakkan jawatan sebagai Menteri Wilayah dan digantung keahlian Umno selama 6 tahun kerana terlibat dengan politik wang dalam pemilihan Umno 2004.

Nota :

Inilah dia wajah UMNO....
Sanggup UMNO/BN melantik perasuah untuk menerajui Felda...
Nampaknya inilah petanda yang sebenar Peneroka Felda perlu swing kepada PR...
Sewaktu di pegang oleh YUsof Noor...Seorang yang ada latar belakang agamapun...Felda terumabng-ambing jadinya...
Sehinggakan keluar berita mengatakan Felda Bankrap....

Inikan pulak seorang manusia yang telah di sahkan oleh UMNO sebagai Perasuah....
Telah di jilat semula oleh UMNO dan di beri peranan yang lebih besar....
Untuk menerajui FELDA yang memang terkenal sebagi lubuk duit....
Hancur leburlah FELDA nanti....
Wahai peneroka FELDA...Sedarlah...Insaflah....
Jangan sampai nasi menjadi bubur...Cukuplah kita tertipu selama ini...
Jangan sampai FELDA terus lebur dan berkubur....

Ayuh bangkitlah kita semua untuk menentang kezaliman ini....
Apa akan jadi bila perompak...di beri tugas sebagai pengawal bank...
Apa akan jadi bila pencuri tayar..di beri kerja di kedai tayar....
Tetapi inilah hakikat yang UMNO sedang lakukan sekarang...
Kata orang penang..Pi Mai..Pi Mai...Tang Tu....
Seramai-ramai tokoh yang ada...tak kanlah nampak si pendek ini saja...
Ini membuktikan bahawa ada agenda tertentu UMNO di sebalik perlantikan ini...
Kita tunggu dan lihat....Bila Felda akan lebur & berkubur....!!