Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Dec 25, 2010

UMNO = Rasuah...!! Rasuah = UMNO....!!

SARJAN DIPENJARA 45 BULAN – BH

Terima suapan untuk lepaskan lori pasir daripada disaman.

Mahkamah Sesyen di sini, semalam menjatuhkan hukuman penjara 45 bulan dan denda RM30,000 terhadap seorang anggota polis trafik berpangkat Sarjan selepas didapati bersalah atas tiga tuduhan rasuah masing-masing RM500 antara November tahun lalu hingga Januari lalu.

Hakim, Irwan Suainbon, menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Abdul Malek Sulaiman, 43, dari Taman Kempadang Baru, di sini selepas mendapati pihak pembela gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap kes berkenaan.

Bagi pertuduhan pertama, Abdul Malek didakwa menerima RM500 daripada Teoh Ting Keong pada 15 November tahun lalu, sebagai dorongan agar tidak mengambil tindakan terhadap lori milik Teoh yang mengangkut pasir dan didapati melakukan kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah Lalu lintas Jalan 1959.

Nota:

Ini adalah cuma kes ikan bilis saja...
Rakyat nak tengok apa akan jadi dengan kes bapak jerung...
Apa akan jadi dengan kes rasuah khir toyo...
Rakyat nak tunggu berita berapa lama toyo akan dipenjara...
Atau kes toyo di dapati tak ada bukti....
Ataupun bukti yang ada bercanggah.....
Atau mungkin ada bukti tapi tak jumpa....
Atau bukti yang ada telah hilang.....
Kah...Kah...Kah....!!

Belum Apa-Apa..UMNO/BN Dah Kalut....!!

Seluar dalam siapa ni...?? Mak oooi...besarnya...!!

NIK AZIZ : BN USAH JADI GENGSTER, PR MAMPU LAKSANA PROGRAM 100 HARI - MI

Mursyidul Am PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata Program 100 Hari yang dikemukakan Pakatan Rakyat pada konvensyen mereka Ahad lepas hanya akan dilaksanakan setelah pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran negara.

“Kita akan laksanakan bila pakatan dapat memerintah negara... tunggulah dulu... jangan nak jadi gengster,” kata Nik Aziz kepada pemberita selepas majlis perkahwinan perdana anjuran kerajaan negeri melibatkan 101 pasangan baru di Pusat Tarbiyah PAS Kelantan di sini hari ini.

Dipetik Bernama, beliau mengulas kenyataan Muhyidin Yassin semalam yang mencabar Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim supaya melaksanakan kenaikan gaji bagi pegawai-pegawai awam di negeri-negeri yang ditadbir oleh pakatan pembangkang dahulu sekiranya pembangkang benar-benar prihatin dengan nasib penjawat awam.

Nota :

Dalam masa 100 hari PR di Putrajaya, 10 penjenayah di bawah ini akan di tangkap :

1 – mahathir – kes tipu
2 – samy vellu – kes bunuh
3 – najib razak – kes bunuh
4 – lee liong sik – kes tipu
5 – taib mahmud – kes bunuh
6 – tajuddin ramlee – kes tipu
7 – razak bagida – kes bunuh
8 – rais yatim - kes rogol
9 – muhyiddin yassin – kes rasuah
10 - ????

Kalau ini dijanjikan dalamn manifesto
Jamin rakyat akan memilih pakatan rakyat
Dalam masa 100 hari negara ini terjamin selamat dari lanun lanun ini
Rakyat yang muslim akan buat kenduri doa selamat
Penganut hindu akan pecahkan kelapa dikuil
Penganut kristian akan bakar lilin
Penganut buddha akan berpuasa
Orang penan akan pancung babi
Orang asal akan panggang kera
Menandakah semua rakyat akan bergumbira....
Kah...Kah...Kah....!!

Ya Allah...Kau Hancurkanlah UMNO/BN...!!



Nota :

Ya Allah kau musnahkanlah manusia dalam video ini....
Ya Allah...mereka sebenarnya syaitan jelmaan manusia....
Ya Allah ...mereka semua ini adalah golongan munafikin moden...
Yang menghasut dan menyesatkan manusia supaya ingkar kepada perintahmu...
Ya Allah kau hancurkanlah manusia ini segera....
Ya Allah yang Maha berkuasa....
Kau turunkanlah bala kepada manusia ini...
Sepertimana kau hancurkan musuh kepada nabi musa iaitu Firaun...
Amin...Amin...Ya rabbalalamin....!!!

Sarawak...Oooo...Serawak.....!!

Hampir Semua Pemimpin UMNO Adalah Dayus.....!!

Dayus betul suami perempuan ni...Bini siapa ni...??

1) Nabi SAW bersabda :

ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي

Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie )

2) Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi:

قالوا يا رسول الله وما الديوث قال من يقر السوء في أهله

Ertinya : Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya)

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepad dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :-

" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.

Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :

من قتل دون أهله فهو شهيد

Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

Hujan Emas Di Tempat Orang...Hujan Batu Di Tempat Sendiri...Baiklah Hujan Emas....!!


KUALA LUMPUR: Jika seseorang itu menerima gaji RM3,000 sebulan, tanpa perlu menyara anak bini, hidup membujang dan tinggal bersama ibu bapa dan tiada pinjaman perumahan dan kereta yang perlu dibayar, kenaikan 20 sen untuk "teh tarik" tentu tidak terasa.Bagaimana jika individu itu terpaksa menyara anak isteri, termasuk makan minum dan pakaian, insuran, kereta, pinjaman perumahan dan kredit kad untuk dibayar, adakah dia akan merasa perit?

Pendapatan purata isi rumah di Malaysia pada 2007 adalah lebih sedikit dari RM3,500 sebulan. Gaji bersih selepas ditolak potongan wajib mungkin pada paras RM3,100.
Setelah ditolak pinjaman perumahan, kereta dan kad kredit, individu ini menjadi miskin mengikut garis kehidupan di bandar dan kenaikan 55% barangan keperluan harian sudah pasti membebankan ke atas perbelanjaan isi rumah.

Inilah apa yang sebenarnya berlaku sejak Januari 2010, menurut Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dan juga Pengerusi Publisiti DAP Kebangsaan Tony Pua.

Gula – barang pengguna utama

Harga gula putih, sama ada kita mempercayainya atau tidak, yang menjadi barang pengguna utama bagi setiap isi rumah, telah meningkat 55%.

Pada Julai, kerajaan melancarkan program kenaikan harga "5 dalam 1", menaikkan harga petrol RON95 dan RON97, diesel, gula putih dan gas cecair asli (LPG) termasuk gas masak sehingga 15.2%.

Pada 3 Disember lalu, tidak sampai lima bulan kemudian, mereka melancarkan beberapa siri kenaikan harga barang.

"Kali ini harga RON95 naik lima sen kepada RM1.90 seliter, diesel dengan lima sen seliter kepada RM1.80 dan LPG dengan lima sen kepada RM1.90 sekilo. Gula sekarang pada paras RM2.10 sekilo.

"Malahan untuk gula putih, termasuk kenaikan 20 sen pada Januari selain dari kenaikan 25 sen dan 20 sen pada Julai dan Disember, bermakna harganya telah meningkat lebih 55% tahun ini sahaja," kata Pua.

"Impak minima"?

Beliau berkata, Persatuan Kedai Kopi Kuala lumpur dan Selangor baru-baru ini menempelak dakwaan Perdana Menteri Najib Tun Razak bahawa kenaikan harga akan memberi "impak minima" kepada isi rumah di Malaysia.

Pada Julai, Pemandu, unit di Jabatan Perdana Menteri berkata harga baru "teh tarik" adalah di sekitar RM1.0155 setelah program rasionalisasi dan pemotongan subsidi petrol.

Mereka mengiklankannya dalam satu muka surat penuh iklan pada semua akhbar arus perdana.

"Tapi sebenarnya harga "teh tarik" dan "kopi susu" ialah RM1.20. Kini dengan kenaikan 20 sen harga minuman akan naik lebih tinggi," katanya.

Menurut Pua, ada sesuatu yang tidak kena dengan kaedah yang digunakan dalam pengiraan yang melibatkan ekonomi kita dan pemahaman para pemimpin tentang kira-kira yang mudah.

"Ada pegawai di Pemandu yang gagal dalam mata pelajaran matematik. Pertama, terdapat percanggahan yang jelas dalam harga "the tarik" di antara kertas nota yang dikeluarkan pada Julai ialah RM1.00 berbanding harga baru RM1.20 pada kertas nota pada Disember.

Mengenai perkara ini, kerajaan perlu jelaskan "misteri" kenaikan 20% pada harga asas di antara Julai dan Disember," katanya.

"Hidup di alam khayalan

Beliau mendakwa Barisan Nasional dan Pemandu "hidup di alam khayalan" mengenai kenaikan harga melibatkan kenaikan 1.55 sen atau malahan 1 sen.

"Saya telah mengeluarkan kenyataan pada Julai bahawa Pemandu harus "dipuji" kerana menerbitkan angka-angka yang salah itu, yang hanya sesuai dalam alam khayalan. Mereka gagal memahami dinamik pasaran berhubung harga barangan dan perkhidmatan.

"Untuk membuktikannya, semalam akhbar-akhbar Cina melaporkan Persatuan Kedai Kopi Kuala Lumpur dan Selangor mengumumkan cadangan untuk menaikkan harga semua jenis minuman sebanyak 20 sen bermula 1 Januari 2011.

"Kopi susu dan harga susu akan dinaikkan dari RM1.20 kepada RM1.40 iaitu kenaikan harga sebanyak 16.7%," kata Pua.

Beliau berkata, minuman kesukaan ramai "teh herba" akan dinaikkan dari RM1.10 kepada RM1.30 iaitu kenaikan harga sebanyak 18%.

Tetapi Pemandu mendakwa kenaikan harga "teh herba" hanya 1.2% sahaja, iaitu dari RM1.00 kepada RM1.012.

Putar belit data-data

"Malahan, dari setiap 70 item makanan dan minuman yang disenaraikan dalam kertas nota Rasionalisasi Subsidi, tidak ada barangan yang dijangka meningkat melebihi 1.9% selepas kenaikan semua harga barangan yang terbaru ini.

Lebih memalukan apabila Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Tan Lian Hoe mendakwa kenaikan 10 sen dalam harga minuman adalah "lebih munasabah".

"Kenaikan 10 sen bermakna kenaikan 8.3% untuk "teh tarik" dan "kopi susu", 10 kali ganda lebih tinggi dari kenaikan 0.83% yang didakwa oleh Pemandu.

"Kerajaan seharusnya berhenti dari memutar-belit data-data ini yang hanya memperlihatkan kebodohan mereka dalam memahami angka-angka," kata Pua.

Nota :

Buat apa kita dok sibuk nak mengaku jadi tuan....
Kalau hidup tak ubah macam hamba di tanahair sendiri...
Orang putih pun dah lama balik....
Yang tinggal sekarang hanya merah biru...
Tapi masalahnya...rakyat tetap hidup menderita....
Kenapa dan mengapa jadi begini...??
Sebab yang merah biru lebih zalim banding orang putih...
Kah...Kah...Kah...!!