Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Dec 23, 2010

UMNO Adalah Haram Di Sisi Allah...!!


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyokong kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang menyatakan fahaman pluralisme adalah bertentangan dengan Islam. Ini kerana fahaman pluralisme amat bahaya kerana boleh memesongkan akidah umat Islam di negara ini. Islam adalah agama yang benar di sisi Allah SWT dan tidak boleh disamakan dengan agama yang lain.

DPPWP juga bersetuju bahawa mereka yang berfahaman demikian adalah golongan yang terpesong dari ajaran Islam dan wajib kembali kepada Islam. Namun demikian, mempertikaikan kedudukan bangsa Melayu bukanlah bererti menganut fahaman pluralisme. Fahaman Pluralisme merujuk kepada fahaman kemajmukan dan kesamarataan kepada semua agama dan bukan kepada kedudukan sesuatu bangsa.

DPPWP tidak menafikan kedudukan bangsa Melayu dan agama Islam di dalam Perlembagaan. DPPWP tetap menyokong bahawa Perlembagaan meletakkan kedudukan istimewa kepada bangsa Melayu dan Islam di Malaysia.

Namun apa yang dikesalkan ada sebilangan umat Islam menganggap kedudukan bangsa lebih mulia daripada agama Islam. Kerana itu ada sebilangan umat Islam memperjuangkan bangsa Melayu lebih daripada memperjuangkan Islam. Mereka sanggup hidup dan mati kerana bangsa Melayu, tetapi tidak menjalankan hukum-hukum Islam seperti yang diperintahkan di dalam al Qur'an. Mereka kononnya membela hak-hak istimewa bangsa Melayu, tetapi hukum asas Islam seperti menutup aurat, menjaga pergaulan, bercakap benar, amanah, jujur, adil dan lain-lain tidak dilaksanakan.

Fahaman ini digelar sebagai fahaman nasionalisme. Ia bersifat asabiyah kepada bangsa dengan menganggap bangsanya sahaja mulia, sedangkan bangsa lain tidak. Sedangkan Islam menganggap semua bangsa adalah sama, dan hanya yang paling mulia adalah mereka yang bertaqwa.

Bangsa Cina dan India lebih mulia dari bangsa Melayu sekiranya mereka beriman dan bertaqwa. Bahkan Islam lebih dahulu sampai ke negeri Cina dan India berbanding Tanah Melayu.

Mencintai bangsa Melayu tidak menyalahi agama, tetapi menjadi satu kesalahan sekiranya sayang bangsa sehingga menolak agama. Justeru itu, DPPWP meminta agar Datuk Seri Jamil Khir Baharom turut menyatakan bahawa bukan fahaman nasionalisme turut terpesong dari ajaran Islam dan menyeru penganut fahaman ini agar kembali kepada Islam kerana Islam adalah lebih perlu untuk diperjuangkan daripada bangsa.

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ
Naib Ketua
Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan

PM Belanja Mewah...Rakyat Susah Nak Metangkedarah....!!

Rumah rakyat 1 Malaysia...

DEWAN NEGARA KUALA LUMPUR: Sejak mengambil alih tampuk pentadbiran April 2009, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan hampir RM9 juta untuk perjalanan ke luar negara. Senator PKR Dr Syed Husin Ali mendedahkan satu senarai yang mengandungi butiran perjalanan tersebut di Dewan Negara pagi ini. Senarai tersebut yang diperoleh dari Jabatan Perdana Menteri menunjukkan Najib pergi ke luar negara atas urusan rasmi 42 kali yang membabitkan sejumlah RM8,724,895.91.

Perjalanan paling mahal merupakan lawatan ke Jepun, Amerika Syarikat dan Vietnam. Kos perjalanan tersebut bernilai RM2,094,635.39 dan berlaku di antara 5 dan 22 April tahun ini.
Lawatan luar negera pertama Najib ialah ke Thailand pada 10 April 2009 – seminggu selepas beliau mengambilalih pentadbiran daripada mantan perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang memakan belanja sebanyak RM78,507.55.

Kos perjalanan termahal

Perjalanan lain termasuk ke Perancis selama sembilan hari dari 1 hingga 9 Oktober 2009 melibatkan perbelanjaan RM630,467. Kos perjalanan termahal ke sebuah negara berlaku di antara 20 September dan 8 Oktober tahun ini di mana Perdana Menteri membelanjakan RM1,043,923 di Amerika Syarikat.

Beliau turut membelanjakan jumlah berbeza dalam dua perjalanan berasingan ke Thailand. Dalam perjalanan pertama, Najib membelanjakan RM3,346.08 dan dua minggu kemudian, di antara 6 dan 10 Disember, beliau membelanjakan RM84,573.04.

"Saya tidak tahu keuntungan sebenar dari perjalanan ke luar negara dan hasil yang diperoleh dari perbelanjaan ini," kata Syed Husin kepada pemberita.

Senator tersebut turut mendedahkan bahawa Najib menghabiskan 274 hari dari sejumlah 588 hari di luar negara sejak menjadi perdana menteri (sehingga 19 November 2010).

Najib habis banyak masa di luar negara

Marah dengan perkara ini, Syed Husin mengatakan Perdana Menteri yang menghabiskan separuh dari masanya di luar negara sepatutnya menguruskan masalah yang dihadapi negara.

Ketika ditanya samada beliau mengetahui saiz rombongan yang mengikuti Najib, Syed Husin menjawab, "kita tak tahu perbelanjaannya (secara terperinci), mahu pun saiz (rombongan)."

Beliau memberitahu bahawa perdana menteri turut membawa isterinya Rosmah Mansor dalam kebanyakan perjalanan ini. Namun beliau tidak mengulas tentang perjalanan mana yang turut disertai Rosmah.

Sementara itu, Syed Husin turut mendedahkan bahawa Sidang Wanita Pertama yang berlangsung Oktober lalu mengakibatkan perbelanjaan sebanyak RM4.498 juta.

Persidangan itu yang diilhamkan Rosmah mendapat penyertaan perwakilan dari 16 buah negara, termasuk Malaysia.

Syed Husin telah meminta akaun terperinci jumlah perbelanjaan sidang itu. Beliau memperoleh jawapan bertulis dari Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat.

Bagaimanapun beliau berkata jawapan balas yang diberi tidak memadai kerana ia hanya menunjukkan jumlah keseluruhan dan bukannya perbelanjaan secara terperinci.

Beliau turut mengkritik Rosmah kerana mengambil peranan Wanita Pertama kerana kedudukan tersebut dikhaskan untuk Raja Permaisuri Agong

Nota :

Maka apa asas untuk memberi RM4.5 juta kepada isteri Najib untuk mengadakan persidangan ini..?
Semua perjlanan ke luar negara di tanggung oleh rakyat...
Sehingga rakyat terpaksa mengikat perut....
Bimbangkan PM kehabisan minyak kapal terbang....
Bimbangkan PM tak ada duit nak tidur semasa di luar negara...
Adakah PM fikirkan rakyatnya yang susah....
Kalau setakat susah masih kira okay...
Tapi ini dah sampai ke tahap susah nak metangkedarah....
Jadi pemimpin apa ke jadah....

BN Rebah....Rakyat Tak Lagi Mintak Sedekah...!!

Parti Islam Se-Malaysia PAS mengucapkan tahniah kepada pimpinan Pakatan Rakyat, urusetia dan peserta Konvensyen Pakatan Rakyat 2010 yang telah berjaya dengan jayanya. Konvensyen yang telah berjaya mencapai matlamatnya.

Harapan pemimpin umno BN dan media BN cuba untuk mengadu domba supaya konvensyen ini gagal seperti Konvensyen BN 5 Dis 2010 yang bergaduh fasal Ketuanan Melayu antara Umno, Mca dan Gerakan. Alhamdulillah perkara ini tidak berlaku

Pemimpin Umno BN takut perubahan kerana mereka manusia yang tidak mahu berubah. Mereka takut rakyat berubah kerana mereka akan rebah. Mereka tidak mahu kepada urus tadbir dengan baik dan telus kerana takut perut mereka kurus.

Konvensyen Pakatan Rakyat berakhir dengan baik, pandangan yang bernas daripada wakil yang mewakili parti daripada pimpinan tertinggi hinggalah kepada sayap parti.

Cadangan yang dicadangkan di dalam konvensyen begitu praktikal untuk dimanfaatkan oleh rakyat. Selepas ini kita akan dengar jawapan daripada pemimpin BN yang resah dengan cadangan yang dibuat di konvensyen dengan tuduhan ini hanya angan-angan PR.

PAS mencabar pemimpin BN beri peluang kepada PR dahulu. Beri masa 100 hari kepada kami untuk membuktikan janji PR palsu atau angan-angan.

Mereka akan berhujah di mana wang akan diambil untuk diberi kepada rakyat. Inilah otak pemimpin BN yang lemah dan tidak kreatif untuk manfaat rakyat. Mereka begitu kreatif macam mana untuk perut mereka dan keluarga mereka. PAS ingin mengingatkan kepada Umno BN bahawa Pakatan Rakyat mampu untuk mentadbir negara. PAS sudah buktikan di Kelantan selama 20 tahun mentadbir. Negeri Kedah di bawah Umno mengalami masalah kewangan, tetapi mampu ditadbir dengan baik selepas 8 Mac 2008.

Tawaran yang PR berikan kepada rakyat, kami ada asas untuk melakukanya. Apabila rasuah kita buang dalam amalan, ketelusan dalam mengurus, insyaAllah PR mampu menunaikan semua pada rakyat Malaysia.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Berapa Banyak Mau Lapor....??

Ini kes bunuh...!!Ini Kes Rasuah..!!

AHLI RAKAN COP DIGESA AKTIF SALUR MAKLUMAT SALAH LAKU JENAYAH - UM

Orang ramai yang mendaftar sebagai ahli Rakan Cop di negeri ini digesa supaya terus menjadi mata dan telinga polis dengan menyalurkan maklumat mengenai sebarang salah laku jenayah di kawasan masing-masing.

Ketua Polis Johor, Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, penyaluran maklumat oleh orang awam khususnya ahli Rakan Cop amat penting bagi membantu polis memerangi kegiatan jenayah.

Beliau berkata, sehingga kini dianggarkan lebih 38,000 ahli Rakan Cop berdaftar di seluruh negeri ini.

Nota :

Apa cerita dengan kes-kes di bawah ni..?? Dah siasat ke..??

-kes bunuh altantuya – siapa beri arahan untuk letupakan altantuya?
-kes rogol bawah umur rahim tambi chik
-kes najib razak ambil duit komisen beli kapal selam
-kes rosmah mansor bawa lari duit ke dubai
-kes mahathir muhamad tipu undi ku li
-kes mat nor yacob hilang kan 20 bilion duit bank negara
-kes nazri dapat 200 lesen taxi
-duit pkfz hilang 20 bilion
-kes tanah orang penan kena rembat oleh taib mahmud

Macam-macam ada...ada kes bunuh..rogol...rasuah...rampas...!!
Tak kan ini pun nak tunggu laporan rakan cop....
Ini semua dah ada laporan...ambil la tindakan...!!!
Kah...Kah...Kah...!!!

Awas...!! Zionis Tempatan Mengganas Lagi...!!

DBKL BERI KATA DUA - UM

KUALA LUMPUR 22 Dis. – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi tempoh sehingga 3 Januari ini untuk peniaga di Jalan Damai di sini berpindah ke lokasi lain.

Jika arahan itu gagal dipatuhi, tindakan menyita serta merobohkan 28 premis di situ yang didapati menukar premis kediaman untuk aktiviti perniagaan akan diambil.

Daripada 28 premis itu, 12 premis dijadikan restoran, empat pejabat, dua kedutaan, dua sekolah dan kolej, dua kedai perabot dan dua rumah kelab dan masing-masing satu dijadikan tapak semaian, tadika, spa dan galeri.

Nota :

DBKL hanya mengikut arahan dari para cukong...
Untuk runtuh kan rumah di kg. berembang...
Tak lama lagi ada 7 buah kampong di banda dalam gombak yang akan
dirembat oleh cukong...
Yang akan jadi barua ialah DBKL...

Kita nanti dan lihat...
Kita tunggu 3 januari nanti...
Betul atau semua ini hanya lanchow saja....
Atau mungkin berita ini akan hilang entah ke mana...
Kah...Kah...Kah...!!

Tiada Yang Istimewanya Melayu Di Sisi Allah....!!


Nota :

Tiada apa yang tinggal lagi untuk melayu....
Yang terkahir tanah keretapi tanah melayu pun di gadai...
Cuma yang ada lagi hanyalah baju melayu dan janji melayu...
Kah...Kah...Kah...!! Kesian betul kat melayu...
Dah lah dunia hidup susah...mati nanti pun melayu tak ada yang istimewa...
Allah tak tanya...kau bangsa apa...??
Allah tak kata...Oooo kau melayu...masuklah ke dalam syurga...
Ooo kau Melayu rupanya...kau adalah penganut islam hadhari...
Cisss...pergi kau masuk ke dalam neraka...!!
Kah...Kah...Kah...!!

UMNO Cakap Berdegar-Degar...Tapi Tak Sedar Taik Penuh Atas Kepala...!!

WIKILEAKS : BILAHARI KAUSIKAN ENGGAN KOMEN - UM

Tiada penafian atau pengesahan daripada si empunya badan.

Apa yang termampu dilakukan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Luar Singapura, Bilahari Kausikan apabila diajukan soalan mengenai kenyataan negatif beliau terhadap negara ini yang didedahkan WikiLeaks minggu lalu ialah memberikan jawapan selamat "tiada komen".

Menggunakan pengalaman sebagai seorang diplomat, Bilahari kelihatan tenang mengawal keadaan walaupun diajukan soalan yang sama beberapa kali oleh wartawan.

"Kita tidak membuat komen mengenai WikiLeaks kerana ia tidak akan berpenghujung, terima kasih," katanya ringkas sewaktu ditemui di hotel Doubletree by Hilton Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Beliau berada di sini bagi mewakili Singapura dalam mesyuarat kelima Kumpulan Pelaksanaan Bersama Malaysia-Singapura (MSJIT) untuk merumuskan perjanjian membabitkan soal tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di republik berkenaan.

Nama Bilahari terpalit kontroversi apabila laman WikiLeaks pada 12 Disember lalu mendedahkan beliau berkata "Kepimpinan yang kurang cekap adalah satu masalah besar di Malaysia" dalam satu kawat diplomatik bertarikh September 2008 kepada Timbalan Setiausaha Pertahanan Asia Timur, David Sedney.

Nota:

Mana dia Pekida....??
Mana hilangnya Perkasa...??
Tak malu ke...?? Singapura tibai pemimpin melayu kaw-kaw..
Sekarang atang pulak nak rembat tanah melayu...
Dah lupa ke..?? Singapura adalah sebahagian tanah melayu..??
Lihat dan saksikanlah....hebatnya Lee Kuan Yew...
Dia sengaja hantar malaon ini hanya untuk menduga sama ada pemimpim melayu ada telooo atau tidak...

Ketuanan Melayau tuduh DAP adalah ejen PAP...
Tapi yang datang ini adalah betul betul ejen PAP...
Kenapa tak berdemo..?? Cakaplah sebab takut & kecut telooor...
Kenapa...?? Sebab malaon ni kata salinan gambar kat atas pun ada dengan Lee Kuan Yew....
Kah...Kah...Kah...!!

Ooooi Dayak-Dayak Semua...!! Jadilah Orang Yang Bijaksana...!!


Nota:

F**K You...Taib Mahmood..!!

Tak mungkin orang dayak tak sedar-sedar lagi...!
Sedarlah wahai dayak...jangan jadi bodoh lagi...!!
Kau di halau di ugut dan macam-macam lagi....
Yang kaya ialag Abdul Taib Mahmud ( ATM )....
Yang mewah adalah Cahaya Mata Sarawak ( CMS )...
CMS..adalah Chief Minister & Son.....
Kah...Kah...Kah...!!

Jika Nak Halau APCO...Kita Kena Halau UMNO/BN Dulu...!!


AFIDAVIT SAHKAN APCO WORLDWIDE TAK TERBABIT ONE ISREAL - BH

APCO Worldwide hari ini berkata satu afidavit yang baru saja dikeluarkan membuktikan apa yang dikatakannya sebelum ini bahawa ia tidak terlibat dengan program "One Israel" adalah benar.

Nazri Abdul Aziz hari ini mendedahkan kepada umum satu afidavit daripada perunding politik yang terlibat dengan "One Israel" yang menyatakan bahawa dakwaan Anwar Ibrahim terhadap APCO adalah palsu.

"Sebarang kenyataan mendakwa APCO terlibat dengan ‘One Israel’ adalah palsu. Juga tidak benar ialah APCO terlibat dengan kewujudan satu Malaysia," kata APCO, firma perhubungan awam antarabangsa yang dilantik oleh kerajaan Malaysia, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh ibu pejabatnya di Washington.

Nota:

Persoalan timbul kenapa syarikat zionis apco ini di langgan untuk kerajaan negara ini...??
Majoriti rakyat malaysia anti israel...
Majoriti rakyat malaysia anti zionis...

Adakah najib razak pro israel..?
Adakah najib razak pro zionis...?
Atau adakah ejen ejen zionis juga ada memiliki gambar-gambar altantuya..?

Lihat bagaimana zionis telah mempengaruhi Amerika hinggakan rakyat Amerika kini diintip oleh zionis israel....
Lihat dan baca bagaimana tidak ada politikus amerika yang berani bersuara tentang keganasan israel...
Tidak ada yang berani mengkritik israel...
Tidak ada presiden amerika yang berani menyuarakan tentangan terhadap bom nuklear israel...
President amerika terakhir yang berani bersuara tentang bom nuklear israel ialah john f kennedy...
You see... apa yang terjadi...??

APCO malaysia pasti sedang merancang untuk memastikan kepentingan israel terjaga....
APCO malaysia pasti mengawal dan memastikan dasar luar malaysia tidak akan bertentangan dengan kepentingan isreal...

Yakinlah ejen-ejen zionis akan mula masuk ke pust pusat pentabiran negara kita...
Kenapa kita benarkan zionis dalam kerajaan kita..?
Kenapa kita membenarkan ajen zionis bergerak bebas...?

Pengikut syiah kini di buru dan di tangkap...
Manakala ejen zionis terus di bela dan di pelihara...

Untuk lebih lanjut lagi...Sila baca berita di bawah ini...


US HIRES ISREALI FIRMS TO SPY ON CITIZENS – Press TV

(Press TV) - A major part of the intelligence agencies working for the US government are in fact Israeli companies, a former CIA officer has said.

“What is happening is that many of these state agencies are actually Israeli companies that are working for the States,” Philip Giraldi said on Tuesday.

“This happened recently in Pennsylvania, where an Israeli company was collecting information on war protesters and in the state of New Jersey an Israeli was appointed as homeland security director for the State,” he said in an interview with Press TV.

“So, this penetration of American security by Israeli companies and Israeli individuals has been going on for some years,” Giraldi emphasized.

A Washington Post investigative report shows the US government is using the largest and most technologically advanced system in the country's history to spy on its citizens.

The system collects, stores and analyzes information on thousands of US citizens with the help of every state and law enforcement agency and then feeds the information to the FBI.

US intelligence officials claim due to nearly two dozens of alleged acts of terrorism this year, the need to identify US-born or naturalized citizens that may be planning violent attacks has been more urgent than ever.

Moreover, former agents are helping local authorities turn thousands of garbage collectors into a spy force that reports to the police.

At least 935 organizations -- each with its own counterterrorism responsibilities and jurisdictions -- have been created or become involved in counterterrorism acts since the September 2001 terror incidents in New York and Washington.


Nota:

Waspadalah jangan satu hari nanti kita jatuh bawah telunjuk zionis israel !!!

100 Hari..200 Hari....Itu PR Punya Hal Laaa....!!

100 Hari : PAS Bidas Najib - HD

KUALA LUMPUR, 22 Dis: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hairan dengan sikap Perdana Menteri serta Timbalannya yang mendakwa 'janji 100 hari Pakatan Rakyat' tidak berpijak kepada realiti.

Mengulas kenyataan Datuk Seri Najib itu, Tuan Ibrahim berkata janji Pakatan bukannya kosong malah sudah menilai kemampuan sebenar dari segala aspek termasuk kemampuan ekonomi negara.

"Kita pelik bagaimana Perdana Menteri dan timbalannya mengatakan bahawa janji Pakatan ini diluar kemampuan kerajaan.

"Untuk memberikan imbuhan RM500 kepada guru-guru tidak ada kemampuan, tetapi membina menara warisan berharga RM5 bilion mereka mampu. Malah memberi RM500 juta seorang kroni sebagai komisyen pembelian kapal selam BN mampu lakukan.

"Begitu juga BN mampu berikan subsidi sehingga RM20 bilion untuk IPP (penjana tenaga bebas), tetapi untuk rakyat dikurangkan," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Menurutnya, Pakatan Rakyat yakin berkemampuan melaksanakan janji 100 hari Pakatan memerintah negara kerana ianya telah dibuat melalui kajian terperinci melibatkan tenaga pakar pelbagai bidang.

Keyakinan itu juga jelasnya berasaskan kepada perubahan pengurusan kewangan negara yang akan dilakukan dengan menghapuskan amalan rasuah, penyelewengan, pembaziran dan salah urus pentadbiran kerajaan BN.

Perkara tersebut tegasnya telah berjaya dibuktikan dalam pemerintahan Pakatan Rakyat di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak ketika Pakatan memerintah negeri itu.

"Di Kedah, ketelusan pengurusan kewangan negeri menyebabkan hasil balak meningkat daripada RM7 juta zaman BN kepada RM35 juta dibawah pemerintahan Pakatan.

"Di Pulau Pinang, bajet negeri berlebih sebanyak RM77 juta pada tahun 2009 dan RM88 juta pada tahun 2008 dalam keadaan negeri dibawah BN difisit teruk dalam perbelanjaan negeri," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Ujarnya lagi, rakyat perlu mengetahui, bahawa sebahagian besar janji Pakatan ini hanya melibatkan perubahan polisi yang selama ini hanya menguntungkan BN sahaja dan memangsakan rakyat.

"Antaranya usaha kita untuk menghapus Felda Plantation bagi melibatkan peneroka dikalangan generasi kedua Felda memang sesuatu yang mampu dilakukan. Selagi Umno BN memerintah, ianya memang tidak boleh dilaksanakan.

"Rakyat tidak perlu bimbang untuk menukar kerajaan kepada Pakatan, kerana mereka tetap diberi hak untuk mengubah kerajaan dimasa akan datang, sekiranya janji Pakatan tidak ditunaikan," katanya.

Nota :

Bila BN buat konvensyen...Ada rakyat ambil pot ke..??
Rakyat pun bosan laaa...Kovensyen BN tapi dok sibuk pasal ketuanan melayu...
Cina, Inda, Dayak, Melanau naik menyampah....

Bila PR buat konvensyen...semua rakyat tunggu....
Rakyat nak dengar dasar yang akan di bawa oleh PR...
Bila dasar 100 hari PR di putrajaya di umumkan....
Rakyat terus melompat kegembiraan bila mendengarnya...
Dasar yang akan di perjuangkan..betul-betul untuk rakyat....
Cina, India dan semua kaum rasa bahagia bila mendengarnya....

Tup..tup..tup...UMNO pulak yang jadi susah hati...
Pemimpin UMNO jadi tak keruan dan gila babi...
hasut rakyat supaya jangan percaya....
Tak realiti laaa...tak teliti laa....
PR punya hal...kenapa UMNO pulak yang sibuk...
Orang berkonvensyen...ada visi & misi....
Rakyat pun jadi senang hati dan PR jadi pilihan hati...
BN berkonvensyen dapat apa..?? Dapat air liur basi....!!!
Rakyat pun dah mula naik benci...and say sorrrrry...!!
Kah...Kah...Kah...