Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير

Sep 26, 2010

9 Dari 10 Rakyat Malaysia Alami UMNO Phobia...!!!


HAPUSKAN ISLAMOPHOBIA :PM - MK

Najib Razak menegaskan kerjasama Amerika Syarikat (AS) amat perlu bagi mengurangkan salah faham dan pandangan negatif terhadap Islam sehingga memperlihatkan peningkatan fenomena Islamophobia termasuk di kalangan rakyat kuasa besar ini.

Pengetahuan masyarakat AS mengenai Islam adalah rendah dan usaha mempertingkatkan kefahaman mengenainya perlu dilakukan, kata Perdana Menteri sambil merujuk kepada kajian majalah Time baru-baru ini misalnya menunjukkan 26 peratus rakyat AS berfikiran presiden mereka adalah penganut Islam.

‘‘Pengetahuan asas tentang perkara seperti ini (Islam) adalah rendah; jadi kefahaman tentang Islam perlu dipertingkatkan,” katanya kepada wartawan Malaysia di hotel penginapannya hari ini.

Nota :

Amanat TG Haji Hadi :

Saudara-saudara sekelian percayalah,


Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka....
Allahuakbar...Allahuakbar....!!!

Pak Turut Memang Tak Tahu Apa Yang Dia Turut...!!!


Zunar: Polis pun tidak tahu apa yang ditanya - MR

Bermula dengan perintah reman satu hari dari Majistret Sepang, disusuli pula dengan lawatan polis ke pejabat Malaysiakini, babak Cartoon-O-Phobia melabuh tirai pada hari ini apabila kartunis Zunar dibebaskan pada kira-kira jam 6.15 petang ini. Bagaimanapun, segala-gala ini gagal menundukkan Zunar, yang tidak akur dengan tindakan polis.

Ketika dihubungi MerdekaReview, Zunar atau nama asalnya Zulkiflee Anwar Ulhaque (gambar kanan) berkata, polis sendiri pun tidak tahu apa soalan yang hendak diajukan kepadanya sepanjang proses siasatan, tetapi sekadar mahu mendapat penjelasan tentang kartun lukisannya.

Nota :

Tindakan polis ini adalah bertujuan untuk menakut-nakutkan Zunar agar beliau berhenti melukis kartun.

Harap brother Zunar akan terus melukis dan berpegang kepada prinsip dan falsafah beliau dalam berkartun iaitu membongkar segala penyelewengan dan korupsi dalam kerajaan....

Be Strong Bro...Wa caya sama lu...!!!

Dollah Hadhari...Derih Bestari....!!!

Lesen Judi UMNO Terengganu Pun Sokong... Inikan Pulak Lesen Karoake...Apalah Sangat...!!!

Luluskan 20 Lesen karoake Baru - BO

KUALA TERENGGANU - Tindakan kerajaan Umno dan Barisan Nasional Terengganu meluluskan 20 lesen karaoke baru disifatkan sebagai mencabar selujruh rakyat, menghina umat Islam dan agama Islam di negeri ini.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah mempersoalkan tindakan kerajaan itu kerana kelulusan lesen karaoke tersebut bukan dalam lingkungan bandar.

"Dalam beberapa persidangan (DUN) yang lalu, saya pernah tanya, bahkan termasuk YB Batu Burok tanya dalam sidang yang lepas, berapakah jumlah karaoke yang telah diluluskan di pernigkat negeri Terengganu ini, dan kita telah melihat maklumat itu sudah (ada) banyak karaoke, bahkan 100 lebih kalau tak silap saya karaoke yang telah diluluskan di seluruh negeri,

"yang banyak (di) Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Kemaman, bahkan kita persoalkan kenapa di Besut, dalam suasana masyarakat disitu yang dekat dengan Islam, yang rapat dengan Islam, bukan bandar sekalipun, kenapa kerajaan luluskan?,"soal Ustaz Mohd Nor yang juga ADUN Bukit Payung.

Menurutnya persoalan isu pemberian lesen karaoke lebih mengejutkan apabila Umno/BN berani meluluskannya di waktu masyarakat sedang berpuasa di bulan Ramadan dan kemudian menyambut Syawal.

"Umno meluluskan 20 lagi karaoke, dalam erti kata seolah-olah mencabar rakyat negeri Terengganu, adakah rakyat Terengganu akan (berani) membuat perubahan dalam pilihanraya yang akan datang?,"ujarnya.

Katanya, Umno/BN Terengganu menganggap seolah-olah suasana yang ada pada hari ini, rakyat Terengganu tidak akan berani untuk buat perubahan dengan sebab rakyat Terengganu hari ini dipancing undi dengan sogokan duit yang banyak.

"sogokan duit raya, duit ehsan yang dibuat (diberi) kurma dan pakaian sekolah, maka (MB Dato' Seri) Ahmad Said dengan Umno/BN dengan beraninya menganggap rakyat Terengganu tidak berani membuat perubahan walaupun meluluskan 20 karaoke baru, dan menghina umat Islam, menghina Islam sendiri,"tegasnya

Oleh itu, beliau menyeru kepada seluruh anak-anak muda negeri Terengganu supaya bangkit melakukan perubahan, bagi mengajar umno bahawa umno cuba mengejek islam dan rakyat negeri Terengganu.

"Jadi saya menyeru kepada anak-anak muda supaya melakukan perubahan kali ini, bagi mengajar Umno bahawa Umno cuba mengejek Islam dan rakyat negeri Terengganu,

"InsyaAllah lusa, hari Ahad, (26 Sept) kita (Dewan Pemuda) akan mengadakan mesyuarat, kita akan buat satu tindakan, sama ada kita kerah semua anak-anak muda (atau kita akan) bertemu dengan anak muda dan rakyat untuk memaklumkan bahawa inilah sikap Umno yang rakus,"jelasnya.

Nota :

"Rakyat perlu insaf & sedar bahawa UMNO bukanlah membela islam, namun mereka sebenarnya menghina umat Islam secara keseluruhan dan telah menjatuhkan maruah rakyat negeri Terengganu secara khususnya...."

Bukan Salah Ibu Mengandung....Tapi Salah UMNO Yang Memimpin....!!!


Tindakan Ganas Mat Rempit Terhadap Polis Membimbangkan -MStar

KUALA TERENGGANU: Tindakan agresif sesetengah pihak terutama golongan muda yang terlibat dalam gejala rempit terhadap polis kini semakin membimbangkan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata kumpulan 'mat rempit' termasuk yang disertai golongan remaja bawah umur bukan sahaja tidak menghormati peraturan malah dilihat semakin berani melanggar undang-undang.

Menurut beliau, ia kini menjadi fenomena serius dan merupakan cabaran yang perlu ditangani pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) seluruh negara.

"Kini anggota (polis) terpaksa berhadapan dengan tindakan ganas sekumpulan masyarakat yang tidak hormat undang-undang ini. Saya telah arahkan semua kontinjen memberi perhatian serius dalam menangani perkara ini," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Ibupejabat Polis Kontinjen Negeri, di sini Ahad.

Beliau sebelum itu melawat dua anggota polis yang terlibat dalam kemalangan yang kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini. Ismail turut diiringi Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Shukri Dahlan.

Konstabel Arizan Mohamad, 24, berasal dari Sarawak, patah tulang selangka kiri dan juga tulang kaki kiri selain menerima 10 jahitan di kepala akibat rempuhan sebuah motosikal dan kini masih menerima rawatan di HSNZ.

Kejadian berlaku pada kira-kira 11.30 malam 15 September lepas semasa Konstabel Arizan bersama 15 anggota dan pegawai polis sedang membuat sekatan jalan raya di Jalan Masjid Zainal Abidin di sini.

Anggota itu dirempuh motosikal yang dinaiki dua remaja yang cuba untuk membolosi sekatan polis.

Sementara itu Konstabel Mohd Hishamudin Shafiee, 23, pula dimasukkan ke hospital sama setelah mengalami kecederaan di bahagian kaki kiri semasa mengikuti program gotong-royong di Balai Polis Cabang Tiga di sini pada 17 Sept lepas.

Sementara itu, beliau berkata pelancaran akaun laman sosial popular Facebook milik PDRM bertujuan untuk mengukuhkan hubungan antara pasukan itu, media dan masyarakat.

Katanya, laman sosial Facebook itu merupakan usaha terbaru pasukan itu menyampaikan perkhidmatan seiring dengan perkembangan semasa. -BERNAMA

Tiada Apa Yang Boleh Di Banggakan Dengan UMNO...!!!!


Dasar UMNO Jadikan Melayu, Islam Lemah - HD

MARANG, 26 Sept: Sejarah telah membuktikan bahawa bangsa Melayu dan agama Islam di negara ini menjadi lemah akibat dasar Umno yang sekular dan tidak mahu mengambil cara hidup Islam sebenar.

Menurut Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail, dua hujah dan fakta mudah yang jelas menyokong dakwaan tersebut adalah berhubung isu melulusakan lesen judi, dan menyekat bantuan dan peruntukan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR).

Berucap pada satu majlis ceramah di sini malam semalam beliau berkata, terbaru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pula didakwa meluluskan cadangan membina sebuah kasino di Sabah sebagai sebahagian daripada ETP (Program Transformasi Ekonomi).

Kasino itu dikatakan sebahagian projek pelancongan hijau di Karambunai yang turut membabitkan pembinaan pusat rekreasi air atas tapak 500 ekar dan dicadangkan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), sebuah unit di bawah Jabatan Perdana Menteri.

"Baru ni kita dah lawan dah judi bola yang diluluskan pada zaman Tun Dr Mahathir, sekarang Najib lulus pulak lesen kasino di Sabah.

"Adakah yang lulus ini Guan Eng, Kit Siang, Karpal Singh atau Tian Chua? Yang lulus ini adalah Umno, maka Umno lah yang merosakkan Islam dan menodai kesucian Islam," katanya yang juga Setiausaha Agung PKR.

Hujah kedua, jelasnya adalah berhubung penarikan semula bantuan kepada SAR yang juga dibuat pada zaman Dr. Mahathir yang didakwa terpengaruh dengan pidato Presiden Amerika pada waktu itu, George Bush.

Bush dalam pidatonya pada satu ketika dulu mengkritik sekolah agama di Pakistan yang didakwa sebagai tempat melahirkan pengganas yang kemudiannya turut dipercayai Mahathir.

Mahathir kemudiannya bertindak mengarahkan kerajaan menarik balik peruntukan kepada SAR.

"Yang tarik bukan Guan Eng, Kit Siang, Karpal Singh atau Tian Chua, tetapi yang tarik peruntukan dan bantuan SAR tempat anak kita kenal Allah, kenal Rasul, kenal al-Quaran kenal adab, adalah pemimpin Umno," katanya.

Dalam pada itu beberapa pihak telah mendesak Najib menjelaskan kebenaran dakwaan bahawa kerajaan akan membina kasino di Sabah tersebut.

Mereka berpendapat, rakyat berhak untuk mengetahui hala tuju negara ini yang dilihat gemar mempopularkan judi.

Nota :

"Yang tarik peruntukan dan bantuan SAR tempat anak kita kenal Allah, kenal Rasul, kenal al-Quaran kenal adab bukannya Guan Eng, Kit Siang, Karpal Singh atau Tian Chua, tetapi yang tarik peruntukan tersebut adalah pemimpin UMNO..."