Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jun 26, 2010

Melayu Bangga Jadi Kuli FELDA.....!!!

Hanya Ini Saja Warga Felda Dapat...Jadi Kuli Dari Dulu & Sampai Akhir Hayat...

'Felda bankrap' - Suara Keadilan, Zaid disaman -MKini

Lembaga Tanah Persekutuan (FELDA) akan menyaman akhbar organ PKR Suara Keadilan dan beberapa pemimpin pembangkang kerana didakwa menyiarkan laporan "fitnah yang berniat jahat".

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata, tuduhan yang dibuat dalam edisi terbaru akhbar itu, terutamanya di muka depannya dengan tajuk 'Felda Bankrap' adalah keterlaluan.

"(Akhbar) ini digantung di mana-mana. (Tajuknya) 'Felda Bankrap', titik. Bukan tanda soal. Kalau (mereka) sebut mungkin bankrap, lain sikit," katanya yang bertanggungjawab membantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam hal ehwal FELDA.

"Fitnah, fitnah, fitnah dan fitnah (semua itu). Perkara ini tidak boleh dibiarkan berleluasa. Ia mesti dihentikan."

Selain pemilik permit, pihaknya akan turut menamakan ketua pengarang akhbar itu, wartawan-wartawan terbabit dan empat pemimpin pembangkang iaitu penyelaras Pakatan Zaid Ibrahim, ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Tan Kee Kwong dan Suhaimi Said serta wakil rakyat PAS Mohd Abdul Wahid Endut.
---------------------------------------------------------------
Kah....Kah....ITULAH PASAL...SELALU AMALKAN GUNA BAHASA IBUNDA...!!!

Kah...Kah.....ORANG PUTIH KATA BANKRAP...ORANG MELAYU KATA MUFLIS...!!!

Kah...Kah.....SEMUA PERKATAAN INI MENGGAMBARKAN KEADAAN YANG NAZAK DAN NAK MAMPUS...!!!

Kah..Kah.....BUKANLAH BANKRAP...CUMA DUIT SEKARANG DAH TAK BERAPA BANYAK...!!!

Kah...Kah....MANA PEGI DUIT FELDA YANG BANYAK-BANYAK TU....???

Kah...Kah....DUIT FELDA BUKAN DI GELAP....TAPI MUNGKIN TELAH DI SONGLAP...!!!

Kah...Kah....AIMAN TAK KISAH....BANKRAP KE..?? GELAP KE...?? SELAMA INI APA WARGA FELDA DAPAT...??? HABIS SIAPA YANG SEBENARNYA DAPAT...???

Ini Sebenarnya Jaguh...Berani, Berprinsip & Ada Telur...!!!

Wajah Seorang Jaguh Yang Tulen...Ini wajah Jaguh Yang Tak Ada Telur..Berani & Berprinsip...!!!

Saya akan terus berkartun hingga titisan dakwat terakhir

1. Kerajaan/KDN menuduh bahawa kartun-kartun saya mengandungi bahan yang boleh mempengaruhi pemikiran rakyat untuk menentang kepimpinan dan dasar kerajaan dan sekiranya dibiarkan, ia boleh memudaratkan ketenteraman awam. Ia adalah satu tuduhan yang serius dan harus ditunjangi dengan alasan perundangan yang kukuh.

2. Dengan mengharamkan keenam-enam penerbitan ini, ertinya sebanyak 312 karya-karya kartun saya dan pasukan kartunis saya yang terdapat dalamnya diharamkan.

3. Saya menuntut KDN/kerajaan memberi penjelasan apakah yang dimaksudkan dengan takrif "mempengaruhi pemikiran rakyat untuk menentang kepimpinan dan dasar kerajaan dan sekiranya dibiarkan, ia boleh memudaratkan ketenteraman awam."

4. Saya menuntut KDN/kerajaan memberi penjelasan karya yang mana dan pada muka surat yang mana dari 312 kartun tersebut yang dikategorikan sebagai mengancam keselamatan negara dan tidak sesuai untuk bacaan umum. Saya bertanggungjawab dan sedia mempertahankan karya-karya saya. Saya sedia menghadapi tindakan undang-undang.

5. Dari sudut perniagaan, larangan KDN ini sudah pasti membawa kerugian besar kepada syarikat saya. Saya menjangka pengedar-pengedar seluruh Malaysia akan memulangkan naskah yang telah beredar di pasaran dan kerugian sekitar RM50,000 hingga RM80,000.

6. Tetapi, keuntungan material bukanlah matlamat utama saya. Sebagai kartunis, tanggungjawab sosial adalah keutamaan saya. Melalui karya kartun, saya akan terus membongkar kezaliman, rasuah dan salah laku kerajaan BN. Saidina Ali berkata, "Bercakap benar kepada pemerintah yang zalim adalah patriot sebenar".

7. Kerajaan boleh mengharamkan buku saya, kerajaan boleh mengharamkan majalah saya, tetapi kerajaan tidak boleh mengharamkan minda saya. "Saya akan terus berkartun sehingga ke titisan dakwat terakhir."

Latar belakang:

Setakat kenyataan ini ditulis, saya belum mendapat surat rasmi dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenai pengharaman buku saya.

Berdasarkan laporan Malaysiakini (24 Jun 2010), KDN berkata tiga buku/majalah saya - 1Funny Malaysia, Perak Darul Kartun dan Isu Dalam Kartun telah diharamkan. "1Funny Malaysia" adalah koleksi karya-karya pilihan kartun saya yang tersiar dalam ruangan Cartoonkini dalam portal web Malaysiakini dari tahun 2005 hingga 2009.

"Perak Darul Kartun" adalah buku terbitan syarikat saya sendiri, Sepakat Efektif Sdn Bhd. "Isu Dalam Kartun (IDK)" adalah majalah bulanan yang mempunyai permit penerbitan dari KDN dan setakat ini tiga edisi IDK telah diterbitkan; vol 1, vol2 dan vol 3.

Tahun lepas, sebuah lagi majalah saya "Gedung Kartun" telah dirampas dan juga telah diharamkan. Berdasarkan kenyataan KDN ini bererti keenam-enam penerbitan saya dan juga pasukan kartunis saya telah diharamkan.

Dalam laporan Malaysiakini, Ketua setiausaha KDN, Mahmood Adam dipetik sebagai berkata buku-buku tersebut diharamkan kerana ia tidak sesuai untuk bacaan umum.

"Ketiga-tiga bahan penerbitan itu dikenakan perintah larangan kerana mengandungi bahan yang boleh mempengaruhi pemikiran rakyat untuk menentang kepimpinan dan dasar kerajaan. Ia tidak sesuai untuk bacaan umum dan sekiranya dibiarkan, ia boleh memudaratkan ketenteraman awam," kata beliau.

*Zunar (Zulkiflee Anwar Ulhaque) ialah kartunis dan Editor kartun
-----------------------------------------------------------
Kah...Kah.....NAK JADI JAGUH MESTI BERANI...!!!

Kah..Kah......JAGUH TAK SEMESTINYA ADA TELUR..YANG PENTING PRINSIP...!!!

Kah...Kah.....WALAU ADA TELUR TAPI PENAKUT..BUKAN JAGUH NAMAYA...!!!

Kah...Kah....RAMAI YANG MENGAKU JAGUH SEBAB ADA TELUR..TAPI TAK ADA PRINSIP..!!!

Kah...Kah....AIMAN TAK KISAH....KRITERIA SEORANG JAGUH PRINSIP MESTILAH KONSITEN,,BUKAN YANG KLUK-KLEK...!!!

Giliran Menantu Ayah Pulak Yang Tibai...!!!

Bukan Setakat Menantu...Ayah Pun Tibai Jugak..!!!

Khairy: Ibrahim Ali 'jaguh kampung' -MKini

Perang mulut antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) , Datuk Ibrahim Ali semakin memuncak dan kini berlarutan di Twitter dengan Ibrahim dilabelkan sebagai 'jaguh kampung'.

"Dia ahli politik jaguh kampung di dunia antarabangsa dan masanya hampir berakhir. Dia juga halangan kepada 1Malaysia," kata ahli parlimen Rembau itu di blog web mikronya.

Merujuk cabaran Ibrahim supaya ketua pemuda itu meletakkan jawatannya, Khairy berkata: “Dia bukan pengundi Rembau, bukan juga ahli Umno. Dia tiada hak menyuruh saya letak jawatan.”

Pertengkaran kedua-dua mereka tercetus dua hari lalu apabila Khairy membela rakannya, ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong, selepas 'diserang' oleh Ibrahim berhubung isu biasiswa.

Ahli parlimen Pasir Mas itu mengecam Wee berhubung pernyataannya minggu lalu yang menggesa kerajaan supaya mengekalkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
----------------------------------------------------------
Kah...Kah.....KALAU AYAM KAMPUNG DAH TETU MAHAL HARGANYA....!!!

Kah...Kah....NASI GORENG KAMPUNG PUN SEDAP JUGA....!!!

Kah...Kah....INI JAGUH KAMPUNG....INI YANG TAK SERONOK NI...!!!

Kah...Kah...APA MAKNA JAGUH KAMPUNG...???

Kah...Kah...SI KAHIRY PUN SATU...BAGI LAH TAHU JAGUH KAMPUNG TU APA DIA...!!!

Kah..Kah....MAKNANYA SAMSENG KAT DALAM KAMPUNG JE...BILA KAT LUAR MACAM TAK ADA TELUR...!!!

Kah...Kah...SAMA JUGAK MAKNANYA DENGAN SAMSENG TAIK KUCING....!!!

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH....UMNO PUN MACAM TU..DENGAN MELAYU AKULAH HERO..DENGAN CINA...CIS.. PORRAHHH...!!!

Ulama' Atau Lembu Umno....!!!


'Mengapa kami sertai Umno' -MKini

Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fadlan Mohd Othman berkata tujuan beliau dan 39 lagi ulama muda menyertai Umno malam ini adalah untuk membantu kerja-kerja dakwah dalam parti itu.

Beliau mewakili kumpulan ulama tersebut menyerahkan borang keahlian mereka kepada Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di PWTC malam ini.

Seramai 16 daripada mereka hadir manakala bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang diuar-uarkan akan turut menyertai Umno tidak bersama kumpulan itu malam ini.

"Saya mewakili kumpulan ulama muda untuk bekerjasama dengan Umno dalam perkara-perkara keagamaan dan kerohanian.
------------------------------------------------------
Woitttt......KAH...KAH....TAK PAYAH CAKAP LA BODOH...SEMUA ORANG KAMPUNG DAH TAHU....!!!
Kah...Kah...YANG PERTAMA...SEBAB LAPAR DUIT....!!!

Kah...Kah...YANG KEDUA....SEBAB KEBULUR JAWATAN...!!!

Kah...Kah...YANG KETIGA...SEBAB KAU TU PERASAN YANG KAU TU ULAMA'...!!
Kah...Kah...YANG KEEMPAT...SEBAB KAU TAK CUKUP ILMU AGAMA...!!!

Kah..Kah....YANG KELIMA...SEBAB KAU MEMANG JENIS MANUSIA BANGANG...!!!

Kah...Kah...YANG KEENAM....SEBAB KAU TAK TAHU UMNO HANYA NAK KUDAKAN KAU...!!!

Kah...Kah....AIMAN TAK KISAH....YANG MENGAKU ULAMA' MEMANG RAMAI..YANG SANGGUP BERJIHAD MEMANG TAK RAMAI...!!!

Bukti Pentingya Kita Berdemonstrasi....!!!


PM: K'jaan tidak akan keluar lesen judi sukan -MKini

Kerajaan tidak akan mengeluarkan lesen judi sukan atas pertimbangan agama dan juga kesan politik, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini.

Katanya, perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam ini, dan keputusan tersebut disokong sebulat suara.

Menurut Najib, di peringkat awalnya, terdapat perbezaan pendapat mengenai perkara itu, tetapi selepas itu, semuanya akur dengan keputusan berkenaan.

Ditanya mengenai parti-parti komponen BN yang menyokong pemberian lesen judi sukan itu, Najib berkata:

"Saya percaya mereka terima kerana ini keputusan kerajaan. Kerajaan memikirkan sebaik-baiknya kepentingan masyarakat pada keseluruhannya."
------------------------------------------------------------
Kah...Kah....CAKAPLAH TAKUT PADA DEMONSTRASI RAKYAT....!!!

Kah..Kah.....INI BUKAN KEPUTUSAN JEMAAH MENTERI...!!!

Kah...Kah....INI ADALAH KEPUTUSAN MAJLIS TERTINGGI UMNO....!!!

Kah...Kah.....SEBENARNYA UMNOLAH YANG TERLIUR SANGAT NAK KAN JUDI BOLA...!!!

Kah...Kah....INI BUKAN KEPUTUSAN ULAMA' DALAM UMNO....!!!

Kah..Kah....KEPUTUSAN INI DI BUAT SEBAB TAKUT RAKYAT BERDEMONSTRASI....!!!

Kah...Kah...BUKAN TAKUT PADA BRAHIM ALI...TAPI TAKUT PADA KHAIRY....!!

Kah...Kah...BUKAN TAKUT PADA HARUNSANI...TAPI TAKUT NANTI TAK DAPAT UNDI...!!!

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH...SEBENARNYA KEPUTUSAN INI ADALAH GIMIK...PETANDA PILIHANRAYA UMUM DAH DEKAT...!!!