Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jun 15, 2010

Istana Negara Yang Baru Mungkin Tak Selamat..???

Bina Stadium..Stadium Runtuh..

Kontaktor Yang Sama Jugak Dapat Kontrak Buat Istana..Ini Mesti ada Apa-Apa Ni...!!!


Kontraktor Stadium Gong Badak bina istana baru -MKini

Keselamatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bakal dalam keadaan berbahaya, kata ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming kerana seorang daripada kontraktor yang dipertanggung-jawabkan membina laluan ke istana baru itu adalah kontraktor yang sama membina Stadium Gong Badak di Kuala Terengganu yang runtuh tahun lalu.

Pada kejadian itu, struktur bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang bernilai RM300 juta itu runtuh, kurang setahun selepas siap pada 2008 dan digunakan sempena Sukan Malaysia Ke-12 (Sukma) yang Terengganu menjadi tuan rumah. Ia kini tersadai tanpa sebarang usaha pemulihan.

Syarikat yang dipertanggung-jawab membina laluan dari Jalan Duta ke istana baru itu pada kos RM130 juta adalah kontraktor yang sama membina stadium berkenaan.

Sehubungan itu, Ngar hari ini di lobi parlimen mendesak Kementerian Kerja Raya memberi penjelasan mengapa kontraktor yang mempunyai reputasi buruk dibenar terbabit membina Istana Negara yang bakal menempatkan kediaman Yang Dipertuan Agong.

Semalam, Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa kos pembinaan istana baru di Jalan Duta, Kuala Lumpur meningkat dua kali ganda dalam tempoh empat tahun.

Semasa sesi soal-jawab semalam, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Yong Khoon Seng berkata istana tersebut dianggar menelan belanja RM400 juta pada tahun 2006 tetapi kini kosnya meningkat kepada RM811 juta.

Kontrak pembinaan istana itu diberikan kepada tiga syarikat melalui perundingan langsung, dan bukan melalui tender terbuka, kata Yong.

Katanya, kontrak tersebut diberikan melalui cara tersebut kerana Istana Negara adalah "unik" dan memerlukan pertimbangan keselamatan tambahan.
-------------------------------------------------------------
Woittt.....TOLONG BAGI TAU SIAPA NAMA KONTRAKTOR STADIUM YANG RUNTUH TU....???

Kah...Kah...YA..ALLAH..SELAMATKAN LAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU...!!!

Kah...Kah...PILIH PUNYA PILIH...KONTRAKTOR ITU JUGAK YANG DAPAT...!!!

Kah...Kah...SPRM TUNGGU APA LAGI...??? PEGI LAH SIASAT..BODOH..!!!

Kah..Kah...DULU 400 JUTA..LA NI DAH NAIK 800 JUTA PULAK..BANYAK DUIT NAMPAK..!!!

Kah...Kah..NAMPAK MACAM DAH DEKAT MOOD PILIHANRAYA NI...!!!

Kah...Kah..UMNO/BN MEMANG BANYAK NAK PAKAI DUIT PILIHANRAYA KALI NI...!!!

Kah...Kah..MELEPAS DUIT HASIL JUDI ...TIBAI DUIT UNTUK BINA ISTANA PULAK...!!!

Kah..Kah...AIMAN TAK KISAH..BILA KONTRAK RUNDING TERUS..MACAM-MACAM BOLEH BINCANG..NAK ITU..NAK INI...!!!!

Mulia Sungguh Hati Tok Guru...!!!


Anwar Paling layak Jadi Pemimpin Utama PR- Harakah

KOTA BHARU, 14 Jun: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau menyokong penuh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin nombor satu Pakatan Rakyat kerana beliaulah paling layak dan sudah teruji.

“Saya tak mahu jadi orang nombor satu, walaupun ada orang yang mencadangkan saya begitu. Dari dulu lagi saya sentiasa menyebut orang paling layak ialah Anwar sebab dialah orang yang telah lalui tahap peperiksaan (ujian) fizikal dan mental.

“Kalau orang lantik saya, saya akan beri pada dia," kata Nik Aziz kepada media selepas merasmikan Simposium Persatuan Biologi Gunaan Malaysia Ke-11, di sini hari ini.

Nik Aziz juga berkata, Anwar juga telah lulus ujian dari segi moralnya apabila menghadapi segala cabaran dengan tabah dan penuh dedikasi.

Beliau ditanya apa komen beliau terhadap cadangan seorang perwakilan dalam muktamar PAS selepas kejayaan beliau memimpin PAS dan kerajaan negeri Kelantan selama 20 tahun.

Dalam saranannya, perwakilan dari Perlis Wan Khairizal Wan Hazim berkata gaya kepimpinan Nik Abdul Aziz juga diterima semua pihak dalam komponen pakatan pembangkang itu.

Sebelum ini, Datuk Zaid Ibrahim yang kini menyertai PKR mencadangkan agar Nik Aziz dilantik sebagai Pemimpin Spiritual (Spiritual Leader) Pakatan Rakyat.

Mengulas mengenai pandangan wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang menyamakan beliau dengan pemimpin ulung India Mahatma Gandhi, Nik Abdul Aziz berkata: “Tidak mengapa, saya terima daripada segi sifat orang melihat saya.”

Nota :
Bila memandang wajah Tok Guru..
Berkerlipan cahaya zuhud yang ada padanya...
Setiap tutur katanya yang membuatkan kita insaf..
Bait-Bait ayat yang melambangkan akhlak yang baik yang patut kita contohi...
Semoga Allah terus memeberi kekuatan pada Tok Guru untuk menerajui Parti Islam Semalaysia ( PAS )

Kerajaan Yang " TIDAK MUKTAMAD"

Tunggu Sampai Menguap..Tapi Masih Tak Muktamad..

BELUM ADA SYOR MUKTAMAD TUBUH MAJLIS MEDIA KEBANGSAAN - melayau

Persidangan Dewan Rakyat hari ini diberitahu, penubuhan Majlis Media Kebangsaan tertangguh kerana Jawatankuasa Penyelarasan Media yang diwakili pelbagai pihak masih belum membuat syor muktamad.

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Joseph Salang berkata, ia juga disebabkan kuasa perundangan bagi media cetak terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN), manakala pengawasan am di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau), di sini hari ini.

Mengenai kesediaan kerajaan meminda atau memansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta menggantikannya dengan sebuah badan bebas bagi mengawal selia industri media terutama dengan perkembangan media alternatif, beliau berkata, perkara itu terserah kepada KDN.

"Tetapi kementerian ini berpandangan bahawa kewujudan Majlis Media Kebangsaan akan dapat membantu kerajaan secara tidak langsung dalam mengawal kandungan dalam talian,” katanya. –
--------------------------------------------------------------
Woitttt....SATU LAGI YANG BELUM MUKTAMAD...!!!

Kah...Kah..BILA MUKTAMAD AKAN SAMPAI...TIDAK PULA DI KETAHUI..!!!

Kah...Kah.. DULU KATA DOLAH ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ....!!

Kah...Kah...BAIK DOLLAH..SEMUA TAK TAHU...DARI CAKAP SEMUA TAK MUKTAMAD...!!!

Kah..Kah... PERDANA MENTERI JENIS APA NI..???

Kah..Kah....INI MESTI APCO YANG SURUH...!!!

Kah...Kah...APCO SURUH HENTI JUAL GASOLIN PADA IRAN...CEPAT AJE MUKTAMAD...!!!

Kah..Kah...APCO CAKAP HENTI BANTU PALESTIN..SAAT TU JUGAK MUKTAMAD...!!

Kah..Kah....TIADA BONUS UNTUK KAKITANGAN AWAM...LAJU JE UNTUK MUKTAMAD...!!!

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH...KALAU KAT EROPAH..KERAJAAN MACAM NI DAH LAMA DI TOLAK RAKYAT..!!!

Patut Lah Kalut Sangat...!!!


'Memang ada yang tak puas hati dengan MB'

Kalangan pemimpin Umno di Perak mengakui memang wujudnya rasa tidak berpuas hati, termasuk di kalangan ADUN BN, terhadap Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berhubung peruntukan bagi menjalankan program khidmat masyarakat di kawasan masing-masing.

"Dakwaan (melompat parti itu) tidak benar... Kalau dapat ikan bawal, bagi makan ikan bawal sama-sama. Peruntukan tak cukup, tapi kita kerja hingga setengah mati," kata seorang pemimpin Umno yang enggan namanya disebut.

Malaysiakini difahamkan terdapat wakil rakyat yang terpaksa mencari perbelanjaan sendiri untuk menjalankan sesuatu program.

Pemimpin Umno itu diminta mengulas dakwaan Ketua Penerangan PKR Perak Zulkifly Ibrahim bahawa tiga ADUN dikatakan akan melompat parti kerana didakwa tidak berpuashati dengan Zambry (kiri).

Semalam Zulkifly dilapor mendakwa, 12 ketua Umno bahagian di negeri itu juga tidak puashati dengan senario politik di Perak dan merancang untuk menyertai PKR tidak lama lagi.

Beliau memberitahu bahawa rundingan sedang berjalan antara tiga ADUN Umno dengan pucuk pimpinan PKR tetapi enggan mendedahkan nama mereka.
----------------------------------------------------------------
Kah...Kah.....NAMA DAH MENTERI BESAR MAHKAMAH....!!!

Kah..Kah.....MEMANG TIADA MANUSIA YANG SUKA DENGAN MAMAT NI...!!

Kah...Kah....RAKYAT PERAK DAH LAMA LOYA DENGAN MAMAT NI...!!!

Kah..Kah....SAMA-SAMA PARTI PUN NAK KENCING JUGAK....TAK PATUT..!!!

Kah..Kah....YB UMNO TAK PENTING..YANG PENTING 3 EKOR KATAK YANG BETUL KENA JAGA...!!

Kah..Kah....KALAU TAK CUKUP MAKAN..NANTI KATAK AKAN LOMPAT...!!!

Kah..Kah...AIMAN TAK KISAH...ITU TANDANYA MENTERI BESAR MAHKAMAH TAK BERKAT..!!