Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Sep 26, 2010

Bukan Salah Ibu Mengandung....Tapi Salah UMNO Yang Memimpin....!!!


Tindakan Ganas Mat Rempit Terhadap Polis Membimbangkan -MStar

KUALA TERENGGANU: Tindakan agresif sesetengah pihak terutama golongan muda yang terlibat dalam gejala rempit terhadap polis kini semakin membimbangkan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata kumpulan 'mat rempit' termasuk yang disertai golongan remaja bawah umur bukan sahaja tidak menghormati peraturan malah dilihat semakin berani melanggar undang-undang.

Menurut beliau, ia kini menjadi fenomena serius dan merupakan cabaran yang perlu ditangani pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) seluruh negara.

"Kini anggota (polis) terpaksa berhadapan dengan tindakan ganas sekumpulan masyarakat yang tidak hormat undang-undang ini. Saya telah arahkan semua kontinjen memberi perhatian serius dalam menangani perkara ini," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Ibupejabat Polis Kontinjen Negeri, di sini Ahad.

Beliau sebelum itu melawat dua anggota polis yang terlibat dalam kemalangan yang kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini. Ismail turut diiringi Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Shukri Dahlan.

Konstabel Arizan Mohamad, 24, berasal dari Sarawak, patah tulang selangka kiri dan juga tulang kaki kiri selain menerima 10 jahitan di kepala akibat rempuhan sebuah motosikal dan kini masih menerima rawatan di HSNZ.

Kejadian berlaku pada kira-kira 11.30 malam 15 September lepas semasa Konstabel Arizan bersama 15 anggota dan pegawai polis sedang membuat sekatan jalan raya di Jalan Masjid Zainal Abidin di sini.

Anggota itu dirempuh motosikal yang dinaiki dua remaja yang cuba untuk membolosi sekatan polis.

Sementara itu Konstabel Mohd Hishamudin Shafiee, 23, pula dimasukkan ke hospital sama setelah mengalami kecederaan di bahagian kaki kiri semasa mengikuti program gotong-royong di Balai Polis Cabang Tiga di sini pada 17 Sept lepas.

Sementara itu, beliau berkata pelancaran akaun laman sosial popular Facebook milik PDRM bertujuan untuk mengukuhkan hubungan antara pasukan itu, media dan masyarakat.

Katanya, laman sosial Facebook itu merupakan usaha terbaru pasukan itu menyampaikan perkhidmatan seiring dengan perkembangan semasa. -BERNAMA

No comments:

Post a Comment